A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow keADIlan Pulau Pinang Perlu Menjalani Procedur Bedah Gemuk Untuk Menyingkirkan Lemak Berbahaya

keADIlan Pulau Pinang Perlu Menjalani Procedur Bedah Gemuk Untuk Menyingkirkan Lemak Berbahaya PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 28 January 2009 11:44

Sebarang tindakan yang diambil oleh kADILan Pulau Pinang berhubung isu Fairuz tidak akan  membawa sebarang perubahan yang diingini jika lemak yang gemuk yang ada sekarang tidak dinyahkan dari pimpinan parti diperingkat negeri. Kini keadaan parti menjadi semakin celaru bukan sahaja akibat daripada isu Fairuz akan tetapi ia juga  melibatkan pemimpin tertinggi negeri.

Episod anti Fairuz harus dijadikan satu ikhtibar untuk kedua-dua pimpinan serta ahli-ahli biasa parti keADILan supaya mereka tidak melangkau melampaui batas prinsip & budaya parti.


Parti keADILan ditubuhkan berdasarkan perjuangan untuk menegakkan keadilan untuk semua & atas prinsip masyarakat madani yang progresif ke hadapan, akan tetapi selepas Mac 2009, sesetengah pihak tertentu dalam parti mengambil langkah terbalik; membawa masuk budaya melampau dulu, kini & selamanya ke dalam parti.


Budaya seperti penyelewengan, kronisma serta patronisma kini sudah mula berjinak dengan parti reformasi ini terutamanya di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tidak dinafikan bahawa parti-parti lain dalam Pakatan juga menghadapi masalah tetapi ia bukan isu disini & ia akan dibincangkan dalam diskusi yang lain.


Isu Fairuz hanya sekadar mukadimah sahaja, ada lagi kes-kes yang melibatkan pimpinan negeri terutamanya di negeri pulau Mutiara yang belum diketahui umum.


Kebanyakan ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati dengan gelagat pimpinan tertinggi negeri sekarang yang nampaknya lebih umno dari umno. Apa yang dibincangkan & dipersetujui dalam mesyuarat perhubungan negeri tidak langsung diendah oleh pemimpin tertinggi negeri sendiri.


Contohnya, dalam perlantikan baru atau perlantikan semula ahli-ahli majlis untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang/Seberang Prai, mesyuarat perhubungan negeri baru-baru ini telah memutuskan bahawa perlantikan ini akan dibawa ke bahagian untuk dibincangkan & bahagian akan mengesyokkan tiga calon untuk jawatan tersebut. Malangnya, pengerusi perhubungan negeri selaku pengerusi mesyuarat tersebut sendiri tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam mesyuarat negeri.


Ramai ahli bahagian Bayan Baru yang tidak puas hati dengan perlantikan semula En. Muhammad Bakhtiar b. Wan Chik sebagai wakil bahagian untuk ahli majlis yang juga mengangotai jawatankuasa pengurusan kewangan serta jawatankuasa pusat setempat yang berkuasa dalam menentukan kelulusan projek.


Prestasi Bakhtiar dikatakan lemah & ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau merupakan proksi atau kroni untuk pihak tertentu yang berkuasa dalam bahagian tersebut. Sumber dalam bahagian memberitahu mesyuarat bahagian pada 24 Jan 2009 tidak menbincangkan isu perlantikan seperti yang ditetapkan oleh mesyuarat perhubungan negeri malah apabila seorang AJK bahagian menyoal ketua bahagian berhubung perlantikan semula Bakhtiar, ketua bahagian yang juga pengerusi perhubungan negeri tidak layan & menolak usul untuk menbincangkan isu tersebut.


Ini memberi gambaran bahawa ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan pintas membelakangkan mesyuarat bahagian & mengkukuhkan tanggapan bahawa Bakhtir merupakan frontman untuk pihak tertentu untuk mendapat projek-projek majlis perbandaran.


Hal sebegini tidak harus terjadi jika pemilihan raya untuk kerajaan tempatan diadakan. Janji pilihan raya kerajaan tempatan oleh Pakatan Rakyat mesti ditunaikan & ia merupakan salah satu cara untuk membuka proses demokrasi ke akar umbi & mengurangkan berlakunya perkara-perkara tidak sihat seperti kronisma & proksi/patronisma yang biasanya berlaku melalui lantikan politik.


Selain daripada itu, kemungkinan selepas Raya Cina, satu kes yang melibatkan orang kanan pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang akan meletup jika pimpinan pusat tidak mengambil langkah yang tegas untuk memerangi penyelewengan yang melibatkan pimpinan parti di peringkat negeri.


Ada 5 kuari yang haram ataupun bertahun-tahun tidak membayar cukai kepada kerajaan negeri. Dari 5 kuari ini, 3 daripadanya merupakan operasi yang dijalankan oleh syarikat dengan orang kanan pengerusi perhubungan negeri bertindak sebagai pengarahnya. Jika orang sebegini diberi jawatan dalam kerajaan negeri, tidakkah ia akan memudaratkan parti dengan melakukan penyelewengan seterusnya?


Jika pemimpin yang tidak mempunyai pegangan moral & imam yang kuat diamanahkan dengan tugas rasmi kerajaan, masalah besar akan melandar kerajaan & parti kelak.Pemimpin bermasalah akan menarik minat lebih ramai ahli yang tidak berpegang kepada prinsip keadilan sejagat serta anti rasuah/penyelewengan & akhirnya membawa parti ke jalan yang bergelumang penuh dengan najis korupsi ala dulu kini & selamanya.


Dengan membawa kembali rakan-rakan seperjuangan yang neutral seperti Dr Mansor Othman & Cheah Kah Peng, seorang ahli MPT yang sekian lama telah dicold-storagekan oleh pimpinan negeri sekarang  maka mudah-mudahan ia akan membentuk satu check & balance dalam badan penting parti di peringkat negeri. Perlantikan jawatan diperingkat negeri seharusnya mencerminkan kepelbagaian yang sedia ada dalam parti bukannya datang dari kumpulan kroni tertentu yang mempunyai mementaliti "Bisa diaturrr".


Akhirkata, gemuk yang berlebihan jika tidak dikeluarkan dari badan pimpinan parti akan memudaratkan kesihatan badan tersebut & akhirnya akan membawa padah. Slogan berubah sebelum parah & berubah demi maruah adalah tepat dalam situasi di Pulau Mutiara.

 

CK Chew

Comments (5)Add Comment
...
written by asguard, January 28, 2009 11:51:06
Better be on guard for unwanted nasty problems may occur... cure it before it becomes a major problem within PR!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ahmadneil, January 28, 2009 12:18:18
Beware of that racist Ahmad Ismail!He will make a mountain out of a molehill.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by axppin, January 28, 2009 13:32:26
Come on la. Tak kan benda kecik macam ni pun tak boleh handle? YB CM Lim. Tolong bagi lecture sikit kat depa ni. I have said before. Sack saja anyone who cannot perform and those that can be easily corrupted by money and power. Nak ikut sangat perangai orang-orang Ameno tu buat apa? Ciss!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Heaven8402, January 28, 2009 15:50:52
Politik mana bersih! Kalau bersih pun mungkin dalam 5 tahun kot, lepas tu haram apa nak jadi pun tak tau lah... smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by macakmy, January 28, 2009 23:07:21
These people were formerly UMNO members that betted on the wrong horse. Not a surprise if they hold UMNO's values close to their hearts. DSAI,LGE... you better sort this out. Don't let PR become another BN. I am suspicious of PKR from the start. Please proof me wrong....
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM