A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rasuah halangan utama pembangunan - Dr. Mahathir

Rasuah halangan utama pembangunan - Dr. Mahathir PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 28 January 2009 08:39

(Bernama) - Rasuah merupakan satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, rasuah adalah penyakit sosial yang wujud di seluruh dunia dan tiada negara yang benar-benar bebas daripada gejala ancaman itu dan di sesetengah negara rasuah menjadi satu kelaziman.

"Dan rasuah merupakan antara jenayah yang paling sukar dikesan, malahan payah untuk dikenakan sabitan dalam perundangan mahkamah. Namun rasuah adalah satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara.

"Keputusan yang baik tidak dapat dilakukan dan apatah lagi keputusan yang lemah hanya akan menyebabkan kelewatan.

"Akhirnya, pelaburan bagi pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilakukan," katanya semasa berucap pada Forum Persaingan Global di Riyadh, Arab Saudi.

Teks ucapan beliau yang bertajuk "Berkongsi Pengalaman Malaysia Untuk Menjadi Negara Berdaya Saing Dunia" diterima Bernama di sini.

Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa kontraktor bagi projek-projek kerajaan lazimnya menjadi mangsa utama rasuah tetapi "apa sahaja yang membabitkan kelulusan pihak berkuasa dikaitkan dengan permintaan bagi memperoleh ganjaran haram."

"Dengan rasuah, kos mestilah meningkat. Berapa banyak ia bertambah, tidaklah dapat ditentukan.

"Tiada kadar bagi rasuah dan tidak ada kepastian bahawa selepas pembayaran dilakukan tidak akan ada pihak lain yang meminta sogokan.

"Rasuah berlaku di Malaysia, walaupun ia berada pada peringkat awal semasa zaman saya (memerintah) iaitu pegawai rasuah menyembunyikan penerimaan sogokan kerana mereka takut ditangkap atau mereka tidak suka melakukan kesalahan secara terbuka," kata Dr. Mahathir.

Pada peringkat ini, beliau berkata, masih ada kemungkinan untuk membanteras rasuah tetapi apabila ia sudah mencapai peringkat kedua dan menjadi sebahagian budaya masyarakat, dengan setiap orang daripada peringkat atas hingga bawah menerima sogokan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata rasuah boleh dikurangkan walaupun ia tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

"Di Malaysia, kami mahukan supaya proses dan tempoh membuat keputusan disingkatkan.

"Ini dilakukan dengan memperkenalkan manual prosedur kerja bagi setiap tugas, dan menerusi carta aliran kerja dan fail meja bagi setiap pegawai.

"Jika masa yang diambil bagi melulus atau menolak melampaui masa yang ditetapkan dalam prosedur, kami dengan mudah dapat mengetahui sesuatu tidak kena berlaku dan kami akan tahu di peringkat mana kelewatan terjadi dan siapakah yang terbabit," katanya.

Beliau berkata, hasil pelaksanaan sistem seumpamanya sangat memberangsangkan dan dalam masa singkat Kuala Lumpur membangun pesat, pelaburan diluluskan, kilang-kilang dibina dan semua projek infrastruktur dilaksanakan.

"Memang diakui masih berlaku rasuah tetapi tidak sehingga pembangunan negara tidak dapat dilakukan atau tertangguh begitu lama," kata Dr Mahathir.

Comments (14)Add Comment
...
written by taufan, January 28, 2009 08:45:59
Bukankah kamu pengasas sindrom rasuah dalam negara ini?
Buat apalah buang masa melalak lagi sedangkan umum sudah meluat habis dengan gelagat kamu.
Baik buat kerja yang boleh menyelamatkan kamu dari seksaan api-neraka!
report abuse
disagree 2
agree 44
...
written by asguard, January 28, 2009 08:53:38
Cikgu mengajar dan mengamalkan rasuah oleh itu murid-murid pun ikut apa yang diajarkan oleh cikgu!
report abuse
disagree 1
agree 32
...
written by Fart Fart Wah, January 28, 2009 08:56:14
Salah langkah pertama Mahathir adalah ketidakinsafannya. Dia salahlangkah. Dengan penerimaan ini dia patut menghambakan diri dengan kenyataan ini dan guna peluang ini saperti batu loncatan untuk membina perpaduan. Kenyataan ini adalah suatu kebenaran bahawa orang Melayu besar hati dan boleh memikir matang dan boleh juga menerima sesiapa jua asalkan orang itu ikhlas dan jujur. Disebaliknya Mahathir tidak arif. Dia cuba membuktikan kepada orang Melayu bahawa dia lebih Melayu daripada kaum Melayu apabila dia berkata "Melayu Senang Lupa". "Kebetulan dia lupa". Dia mengexploitasi bangsa dan agama. Dia telah menyeleweng dan mengukohkan apa penjajah Tanah Melayu telah buat ia itu memisah ketiga2 bangsa.

Sebagai Perdana Menteri dia patut mensasar perpaduan dahulu. Kerana peranannya untuk membesar besarkan kedudukan orang Melayu( ini kerana agenda dia menjadi lebih popular dan juga untuk mengkayakan diri dan rakan2nya) sebahagian dari UMNO kini tidak mahu pandang dengan pemikiran yang waras..supaya penduduk2 Malaysia adalah satu dan boleh disatukan saperti mana dia diterima.

Dia pakai pletform bahawa orang Melayu papa dan perlu bantuan. Ini memang benar. Tetapi akhirnya siapakah yang menguntong? Dia dan rakan2nya. Bantuan ini patut diberi tetapi dengan tulus dan " good governance" Ada cara yang lebih effektif kalau kita kaji dengan lebih dalam. Banyak wang ibu pertiwi kita hilang tanpa apa jua maklumbalas atau audit yang berpatutan. Orang nya apabila ditangkap buat salah tidak diambil tindakan dan berbanyak kali diselamatkan kerana dia campur tangan. Ini terbukti dalam banyak kehakiman yang orang awam sedar tidak adil. Apa yang berlaku diUMNO bukan akibat Abdullah tetapi apa yang telah ditanam dan diair oleh kesegananya untuk bertindak kerana pesalah itu orangnya. Tanggung jawabnya ada lah membina kerajaan yang BERSIH-CEKAP-AMANAH...tetapi rasuah dan wang rakyat dimain dan di manipulasi olehnya..KINI BAPA BOREK ANAKNYA RINTEK.

Patriotisme kepada bangsa bukan utama. Patriotisme kepada ibu pertiwi lebih mustahak dan perlu disanjung. Banyak perkara yang patut dibuat dengan cekap dan amanah dan tulus diketepikan kerana warna kulit. Kaki tangan yang malas dan berat tangan tidak dipecat kerana sikap" dia orang kita" Akhirnya seluruh system diracun. Polis kita , imigresen, kastam dan banyak lagi didapati korupsi. Kini terlewat untuk bertindak. Lebih2 lagi ada orang UMNO yang fanatik, berani dan "arrogant" hingga menyuruh orang Cina dan India balik ke negara asal. Benih Mahathir dah jadi pokok. Mereka kini membesarkan jurang yang telah dimulakan oleh Mahathir.
Tambahlagipula agama digunakan untuk menjadi jurang ini lebih besar.

Orang UMNO perlu menjadi contoh baik sebagai orang Islam. Kini banyak orang menyumpah dan berludah kalau kalau orang UMNO bercakap.

....semua..ini...bermula dengan seorang India yang dimelayukan oleh orang Melayu dan disayangkan mereka..ia itu Mahathir..dan dia masih tak sedar...dia kata.."ORANG MELAYU SENANG LUPA".....siapa kata Melayu lupa???? DIA TERLUPA!!!!
..dan UMNOnya masih bermaharajalela....orang UMNO Melayu bukan orang UMNO Melayu dahulu..mereka kini direndam..RASUAH...
report abuse
disagree 2
agree 37
...
written by Bigjoe99, January 28, 2009 09:43:08
All major problems in this country, corruption, crime, racial problem, waste, religious issues, can be traced back largely to Mahathir. The best thing Mahathir can do for his country now is just to drop dead. He is nothing more than dead weight holding back this country and everyone else..
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by jayenjr, January 28, 2009 10:23:04
Sudahla Mat Kelentong......no one listening to you any more la....
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by arazak, January 28, 2009 10:55:02
The "Bapa Rasuah" Malaysia is talking about evils of corruption on the World Forum. It is like a thief telling others to stop stealing.

Well, he can tell that to his apprentice, Najis Mongolia too. . .!
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by daniel, January 28, 2009 11:01:14
SHIT sure floats!!! Always coming to the surface even when no one wants to see it.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Old Man Jasin, January 28, 2009 11:10:46
TDM,
You created this 'BEAST', which is out of control under the present government. The whole country is suffering under its wrath and aftermath.

Just give you an e.g. a trunk road which was constructed almost 40 yrs ago is still under heavy repairs every day of every year since !
report abuse
disagree 2
agree 6
...
written by Bloodhound, January 28, 2009 11:59:04
Bitter are those who can no longer reap or taste the fruits they had planted.

Someone coined the phrase "MONEY POLITICS" to gain acceptability. Then we have "Ketuanan" to gain advantage and privileges. Next came "GHOST voters" to retain powers and accessibility to our national treasures/reserves.....etc, etc, etc.

Now,our Father of all White Elephants and Mother of all ill wills and corruptions - all wrapped in one that epitomised our "Vision 2020" - is calling for a time out!

Too late!........We are now, a nation in dire stress and bled dry!

Today, we as a nation have all the White elephants, all the ill wills of racial discords and total corruptions.........no money (not much anyway), no talents and looks like not much of a bright future for our education standards are now down the drain and our ketuanans had effectively stifiled our competitiveness and foreign investments......way to go!..........

.......... Give us a break!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Kuda Belang, January 28, 2009 13:33:55
Look who is talking. Does Mahathir thinks that we are idiots? or he is simply acting dump? or has he really forgotten his misdeeds that has now caused UMNO to put its life on line!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Badrol, January 28, 2009 13:45:39
*****thir,
Itu sebabnya kamu gembar-gemburkan wawasan 2020. Kononnya target date untuk Malaysia jadi fully industrialised first world nation. Sudahlah rupanya wawasan itu hanya untuk menutup amalan rasuah regime kamu.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Come clean, January 28, 2009 19:15:25
What baloney coming from the one who promoted and exacerbated corruption. Your advice is truly a load of shit and bull.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Fat Zorro, January 29, 2009 00:38:48
Rasuah became entrenched in UMNO, Malaysian Cabinet and civil service during Mahathir's time and Badawi has had a hard time to remove this culture, So he gave up instead of pursuing to eradicate what Mahathir has sucessfully entrenched
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by exzonerator, January 29, 2009 16:49:36
Maybe he has repented?
report abuse
disagree 1
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM