A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Umno Perak cuba pujuk Adun Bota

Umno Perak cuba pujuk Adun Bota PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 28 January 2009 08:37

(Hrkh)- Badan Perhubungan Umno Perak dilaporkan dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato'Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Dato' Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar online.

Ramly berkata pihaknya telah menghantar beberapa wakil yang rapat dengan Nasarudin untuk mengadakan rundingan dengan beliau.

"Kita sudah hantar wakil yang baik dengan beliau, biar mereka bincang dengan cara yang santai kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak tanpa ada rasa segan silu," katanya.

Ditanya apakah perkembangan hasil pertemuan tersebut, beliau berkata sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.

"Beliau (Nasarudin) sudi berbincang, maknanya laluan sudah terbuka.

"Namun kita akan terus beruasaha mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mengetahui keadaan sebenar dan cuba selesaikan dengan baik," katanya.

Comments (6)Add Comment
...
written by asguard, January 28, 2009 08:51:51
Sudah kena sumpahan sendiri lagi nak berbincang? UMNO?
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by hanisma, January 28, 2009 09:14:45
UMNO Perak ingat Dato' Nasarudin tu pengantin baru ke, untuk dipujuk-pujuk? Kalau orang dah tak suka, apa yang nak disusah-susahkan lagi?
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by ahmadneil, January 28, 2009 11:58:56
Jangan kaseh umno tipu u lagi.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Come clean, January 28, 2009 19:17:19
BN seem to have forgotten that they were the ones who led Sabah politicians to jump ship when PBS ruled that state. Now they accuse the Perak PR state govt is doing the same. Padan muka!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Rozlan, January 29, 2009 10:30:52
Panic in UMNO house..I heard a few UMNO reps start demanding many things from UMNO..Surela utk diri sendiri smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif..They should thanks YB Nasharuddin.If not uMNo will ignore them..
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by exzonerator, January 29, 2009 16:50:29
Kalau pujuk jangan cakap aje, kena hulur......
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM