A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Tamparan Hebat Buat Umno

Tamparan Hebat Buat Umno PDF Print
Posted by admin   
Monday, 26 January 2009 09:01

Difahamkan, Nasarudin yang menjadi mangsa politik wang dan tekanan dalaman Umno khususnya di bahagian Parit telah membuat keputusan meninggalkan parti yang semakin sukar dipulihkan kemelut dalamannya.

Wan Hamidi Hamid, The Malaysian Insider

Semua orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal dalam usahanya untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan beliau mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September tahun lalu.

Tetapi ada orang yang telah lupa bahawa bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali juga gagal dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak melalui lompat parti menyertai BN pada 31 Ogos tahun lalu.

Setelah lima bulan berlalu, Tajol yang masih memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan merangkap Pengerusi BN Perak mungkin berharap ramai orang akan terus lupa dengan episod politik yang agak memalukan itu.

Tetapi langkah sumbangnya itu tiba-tiba kembali menghantui beliau apabila berlaku sesuatu yang tidak disangka sama sekali.

Hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Umno dari Bota di Perak Datuk Nasarudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mencatatkan sejarah politik pasca-tusnami politik 8 Mac tahun lalu apabila menjadi Adun pertama dari BN yang melompat kepada parti gabungan Pakatan Rakyat.

Difahamkan, Nasarudin yang menjadi mangsa politik wang dan tekanan dalaman Umno khususnya di bahagian Parit telah membuat keputusan meninggalkan parti yang semakin sukar dipulihkan kemelut dalamannya.

Malah, kalangan pemerhati politik Umno di Perak meramalkan keputusan Nasarudin, yang juga bekas Pengerusi Felcra, akan menyerlahkan lagi masalah perebutan kuasa dan pengaruh di negeri itu.

Hakikat ini berbeza sama sekali dengan harapan besar Tajol Rosli pada tahun lalu yang berazam merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri. Pada Julai tahun lalu, Tajol Rosli begitu yakin dengan kemungkinan lebih dari dua wakil rakyat Pakatan Rakyat menyertai Umno.

Pada masa itu, BN hanya memerlukan dua kerusi untuk berkuasa semula berikutan majoriti kecil Pakatan, iaitu 31 kerusi berbanding BN 28.

Setelah usaha awal memujuk Adun PKR menyertai Umno gagal, Umno mencuba nasib dengan Pas tetapi jemputan itu dipandang sepi sahaja walaupun menawarkan Pas untuk terus memegang jawatan Menteri Besar dengan ditambah perwakilan dalam exco negeri.

Jika Pas benar-benar kemaruk kuasa, pujukan Tajol Rosli adalah tawaran terbaik untuk parti Islam itu kerana walaupun calonnya Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kini adalah  Menteri Besar, Pas hanya mempunyai enam wakil rakyat. Parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat Perak adalah DAP dengan 18 kerusi dan PKR tujuh.

Tajol Rosli amat mengharapkan Pas menyertai Umno kerana ia akan memberikan sejumlah 34 kerusi kepada kerajaan campuran BN-Pas. Tetapi suara rasional dalam Pas khususnya dari Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghampakan Umno.

Kepada mereka yang telah lupa, pada 3 Ogos tahun lalu, Tajol Rosli telah dipetik oleh media massa sebagai berkata: “Pakatan Rakyat Perak kini berada dalam keadaan goyah dan terumbang-ambing dengan pelbagai isu. Ini mungkin menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan kecewa di kalangan wakil rakyat mereka. Sebab itu saya beritahu dengan Adun BN, yakinilah yang kerajaan negeri Perak akan tumbang pada 31 Ogos (2008)”.

Kini apa yang sebaliknya pula telah berlaku. Apa yang amat membimbangkan Umno di Perak ialah kemungkinan Adun-Adun dan Ahli-Ahli Parlimen Umno yang merasakan diri tertekan atau dipinggirkan dari parti mungkin mula berfikir untuk menyertai Nasarudin.

Lebih membimbangkan pucuk pimpinan Umno pusat ialah kemungkinan langkah Nasarudin akan menimbulkan rasa berani di kalangan wakil-wakil rakyat Umno, sama ada di peringkat DUN atau Parlimen, untuk mengubah selera.

Khabar-khabar angin semakin bertiup kencang dengan cerita lompat parti di beberapa negeri termasuk Sarawak yang berkemungkinan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal dari jangka hayat DUN pada 2011.

Pada November tahun lalu, Adun bebas dari Ngemah Gabriel Adit telah memilih untuk menyertai PKR setelah mendapati parti-parti komponen BN di Sarawak terlalu banyak dilanda masalah dalaman terutama dalam perebutan kuasa di kalangan pemimpin mereka.

Bagi Anwar dan para penyokongnya, 16 September tahun lalu adalah kepahitan politik yang terpaksa ditelan. Namun kini usaha menarik wakil-wakil rakyat BN mungkin lebih berhasil jika dilaksanakan secara diam-diam.

Tekanan semakin meningkat buat pucuk pimpinan Umno khususnya menjelang perhimpunan agung parti yang diadakan pada minggu akhir Mac depan untuk memilih barisan kepimpinan baru.

Keadaan bertambah buruk buat Umno apabila tewas di kubu kuat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu di mana dengan jelas dilihat undi Melayu telah beralih kepada Pas.

Jika Umno terus memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap desakan rakyat untuk berubah menjadi parti yang lebih bersifat terbuka, tidak mengamalkan politik wang, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak perkauman, tidak mustahil lebih ramai lagi “Nasarudin” akan menyeberangi jambatan menuju kea rah Pakatan Rakyat.

Sama ada melompat parti sekarang atau menanti untuk berentap dalam pilihan raya umum akan datang, senario politik negara semakin teruja kerana rakyat yang mula sedar hak-hak mereka kini menuntut pelaksanaan keadilan dan kebebasan.

Comments (12)Add Comment
...
written by ahmadneil, January 26, 2009 09:12:30
umno sudah masok dalam intensif,mata sudah tutup!
report abuse
disagree 2
agree 22
...
written by rajaphillips, January 26, 2009 09:18:20
Pembangkang, iaitu Umno Perak yang diterajui oleh Tajol Rosli tu berada di zaman batu, tidak mempunyai sebarang etika politik atau harga diri. Semasa memegang kuasa dulu, tak diendahkan, tak dilayan parti lawan tapi sekarang walaupun Kerajaan Pakatan berkuasa Umno sebagai pembangkang diberi sebuah pejabat baru untuk berfungsi.
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by ibabonma, January 26, 2009 09:19:52
Orang UMNO sudah mencium apa itu hukum karma dalam politik. Tidak ada satu pun parti politik dalam dunia yang boleh bertahan lama, semuanya berkubur. Mereka sedar UMNO sudah terlalu tua dan terlalu rasuah. Apa lagi nak ditunggu? Lagi pun, selama ini, UMNO/BN menang kerana menipu dan dibantu oleh SPR.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by axppin, January 26, 2009 10:02:26
Padan muka. Overconfident sangat nak take over. Perasan terrer. Kan dah malu. Hee hee..!

report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Tompios, January 26, 2009 10:25:53
Smile. Don't cry for me Argentina.
report abuse
disagree 3
agree 4
...
written by biggun129, January 26, 2009 10:37:43
Sesungguhnya YB Nasarudin telah lama ingin meninggalkan BN, beliau sedar bahawa demi negara dan rakyat, sebagai se-orang Wakil Rakyat, adalah tanggungjawab beliau untuk membuat sesuatu untuk kepentingan pengundi2 di Dun beliau, selain daripada berkerjasama dengan Kerajaan Perak, tiada lagi jalan yang terbaik untuk memberi manfaat kepada penduduk2 di-BOTA, saya ucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau kerana tindakan beliau yang tepat.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Peace4A11, January 26, 2009 10:44:24
YB Datuk Nasarudin Hashim - thanks for deciding to serve the rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by othman hitam, January 26, 2009 10:55:55
Mana mungkin parti ini bisa berubah...Lihat sahaja sikap sesetengah pemimpin / menterinya yang masih berada di kayangan, contohnya:
1. zahid hamidi; arahan bodohnya kpd pegawai kerajaan persekutuan di Perak
2. syed hamid: ugutanya terhadap dua timbalan menteri berhubong kes mendiang Kugan tetapi tidak ada kenyataan yang di buat terhadap pihak yang bermungkinan bertanggung jawap terhadap apa yang berlaku terhadap mendiang. Juga masih tidak ada tindakan yang konkrit terhadap bekas ketua bahagiannya yang memainkan api perkauman hingga seorang pemberita wanita di tahan demi keselamatannya...
3. Satu demi satu penyelewengan yang di laporkan, terbaru syarikat yang berkaitan dengan kementerian pelancongan, tetapi tidak ada tindakan yang munasabah di ambil terhadap mereka yang terlibat
4. Laporan rasuah yang banyak di buat terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang tidak di ambil tindakan seperti bekas mb Selangor, rafidah aziz dll
5. Tekanan terhadap hak rakyat untok berhimpun
6. dan banyak lagi....

report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by biggun129, January 26, 2009 11:22:38
Selepas YB Nasarudin, Adun BOTA,Perak meninggalkan BN untuk menyertai PR, difahamkan bahawa ada lagi dua orang Ahli Parlimen akan meninggalkan BN, berita di petir bahawa Menteri Dalam Negeri,Syed Hamid Albarr telah mengumumkan bahawa Kerajaan BN tidak teragak2 mengambil tindakan terhadap Dua orang Timbalan Menteri BN kerana terlibat dalam Kes Kugan secara langsung,Kami mengalu alukan dua orang Timbalan Menteri membuat pengumuman segera meninggal BN demi kepentingan negara dan rakyat, nasib dan hak rakyat keturunan India di negara kita harus dijaga dan dipelihara secara keadilan, sertailah Party Keadilan Rakyat untuk membela masa hadapan bangsa beliau dan semua kaum dinegara kita!Keputuasan dua orang Timbalan Menteri amat digalakkan dan disanjung tinggi!!!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Jivathma, January 26, 2009 11:23:10
Good move Datuk Nasarudin Hashim. Hopefully your move will trigger a domino effect in UMNO, all falling towards PR too a point where BN and most importantly, thickest skin UMNO will be forced to reform.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by asguard, January 26, 2009 15:00:31
Pilihan yang tepat... bagi bekas UMNO Datuk Nasarudin ....untuk masuk PKR...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Badrol, January 26, 2009 22:55:38
Memang betul satu tamparan hebat buat umno. Kalau boleh sebelum dato' berpindah tempat duduk dalam dewan undangan negeri Perak tu, boleh dato' bagi sebiji lagi tamparan hebat kat pipi Zambri si yb dari pangkor tu. Mulutnya asyik riuh melalak aje dalam dewan.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM