A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow SEKALI LAGI - ZIONISMA DAN NILAI MELAYU

SEKALI LAGI - ZIONISMA DAN NILAI MELAYU PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 21 January 2009 13:34

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Bila saya menulis ini Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis ini warga Palestine di Gaza masih lagi di guddam. Ketika saya menulis ini masih ramai lagi warga di negara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisma.

Zionisma ini adalah satu pandangan politik. Zionisma bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisma memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklusif orang Yahudi. Zionisma yang wujud dan sedang mengoddam rakyat Palestinee ini, majoritinya didukong hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisma. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisma. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisma ini ke Palestinee. Untuk kumpulan ini mereka percaya bahawa fahaman atau idealoji Zionisma ini telah membawa porak peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestine.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisma bermatian-matian.

Ini adalah satu bukti bahawa Zionisma bukan ajaran agama Judaism. Zionisma adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisma. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.

Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisma - Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun semenjak tahun 1986. Selama 18 tahun Vanunu telah kurung bersendirian. Bila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang di penjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestine. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan Israel kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.  

Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestinee/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine bukan konflik agama. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.

Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.

Betul agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang di perjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestine yang telah dirompak dan di rampas oleh penganut fahaman Zionisma. Tanah air Palestine yang telah di rampas ini telah melahirkan nasionalisma Palestine. Semangat nasionalisma Palestine inilah yang membolehkan rakyat Palestine terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih dalam tentang apa itu Zionisma. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – bangsa Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain di anggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru di sini jelas bahawa Zionisma ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi dari fahaman ini. Keganasan yang wujud di bumi Palestine adalah hasil dari falsafah rasis Zionisma. Merompak tanah-tanah warga Palestine, menghalau orang Palestine keluar dari tanah air mereka adalah juga manifestasi dari fahaman rasis Zionisma.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestine datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib di teruskan. Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestine. Pasti ada lebih dari ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisma dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau di California. Zionisma wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan fahaman Zionisma dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika malah – Kesatuan Eropah – Peranchis, German, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestine – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisma ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisma dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisma ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa. Israel yang sedang memporak perandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal. Ini menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Saudi Arabia. Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestine.

Bila telah memahami semua ini saya rasa kita akan dapat melakuan lebih dari apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu pekara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada fahaman Zionisma. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisma di mana sahaja ianya berada.

Zionisma pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestine sahaja. Zionisma telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah saya nyatakan tadi bermakna mereka juga adalah pendukung fahaman Zionis. Zionisma ialah kezaliman.

Disini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestine untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan dimana sahaja ianya berada termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisma tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah di runtuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah di runtuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chu Badak. Orang Melayu marah apabila Masjid di roboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asal diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemo kerana tanah rakyat Palestine di rampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan di rampas. Atau tanah adat di Serawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Dimana silapnya fikrah Melayu ini ? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan. Dimana akal fikrah mereka terputus. Kalau di Palestine mereka yakin rakyat Palestine sedang di zalami. Kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu. Apakah mereka tidak memahami bahawa zalim dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama. Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu. Dimana songsangnya fikrah Melayu ini. Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan. Atau kita hanya menjadi Pak Turut – berGaza ke hulu berGaza kehilir. Orang bercakap hal Gaza kita bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

Comments (21)Add Comment
...
written by Mee Udang, January 21, 2009 14:04:59
Great article, strong & straight to the point. Especially last few paragraph.
Truely show the kiasuness of malaysians. Gajah disebelah tak nampak, kutu disebelah tebing di-huhahuha-kan.... This is so true! smilies/cry.gif
report abuse
disagree 4
agree 38
...
written by Shiva, January 21, 2009 14:05:34
Saudara, rais, saya selalu meneliti dan mengamati pandangan- pandangan yang bernas yang diujakan oleh sauda, tetapi sering saya tertanya - berapa banyakah rakyat malaysia yang memahami hakikat sebenarnya.Sebulat kata, bolehlah diandaikan yang kebanyakkan rakyat malaysia terlaly ikutkan emosi dan tidak berupaya mengamati sesuatu isu.
harap saudara dapat melahirkan banyak lagi rencana yang dapat membuka hati rakyat.

Selagi kebanyakkan rakyat senantiasa menghulurkan tangan untuk menerima sedekah zionis, agar mereka senantiasa dapat berkuasa, selagi itulah rakyat yang bersedakah dan disedakah ini akan celik hurufnya dan buta matanya kerana konsep pemikiran yang terpesong mengikut emosi sahaja dan bukan lagi nilai nilai kemanusian
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by Cash Money, January 21, 2009 14:07:51
Ituleh! Kami dah bilang banyak kali, Melayu dulu baru yang lian.Lepas itu tenguk macam mana buah fikrah Melayu ....
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by rajaphillips, January 21, 2009 14:12:18
Hishamuddin ni cekap memberi keterangan pelbagai isu. Kini sebahagian besar isu Palestin lebih jelas. Pandai dia asingkan isu "pandangan politik" segelintir rakyat Israel daripada isu bangsa orang Yahudi.
report abuse
disagree 2
agree 16
...
written by Victorya98, January 21, 2009 14:13:54
Hats off to you Encik Hishammuddin for enlightening us with FACTS! If only all would be able to understand the peaceloving Jews just like you have, the Zionists would definitely disappear from the face of the world!
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by Tompios, January 21, 2009 14:56:54
Sekian lama majoriti kaum Muslimin Malaysia menilai conflict di negara lain dari sudut agama. Padangan yang benar kolot dan terperangkap dalam tempurung kelapa sawit.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by anban, January 21, 2009 15:03:02
Syabas Hishamuddin, Superb article. I have read many of you articles here but this is your best I have read so far.

Dunn get me wrong, I do not condone war but Malaysian Muslims in general gets very emotional when it comes to Palestine issue, but surprisingly silent when it comes to crisis Zimbabwe and Sri Lanka.

Malaysian goverment on the other hand allows protest on Palestine but not Sri Lanka. One of our previous PM even went to the extend of inviting Mugabe to come to Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by hamid, January 21, 2009 15:05:05
Clap Clap clap clap!! Hishamuddin Rais......aku anugerah awak Sasterawan Negara!

Macam mana nak tunjuk semua rakyat Malaysia yang berbilang Kaum bahawa kita semua Malaysia? Yang Bumiputera Tulin adalah Orang Asli. Macam mana nak ajar bahawa melayu telah CURI hak istimewah Orang Asli? Teruskan tulisan menarik dan penuh logik awak agar Fikiran Songsang Melayu UMNO boleh diubah kejalan yang betul!
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by Surrhead, January 21, 2009 15:27:30
Well said.......En Hishamuddin....And i have forwarded your article to my friends to have a better understanding of what's going on......DOWN WITH ZIONISM anywhere in the world!!!!!!!
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by Tornado, January 21, 2009 17:25:17
Apa yang berlaku di Malaysia adalah rentetan atau kesan dari kaedah berkesan pada pendukung Zionisma.

Dasar pecah & perintah serta kaedah "Lobak dan Pemukul" telah meresap jauh dilubuk hati majoriti bangsa Malaysia dan paling penting kesinambungan ini diteruskan oleh BN, parti yang telah dan sedang memerintah.

Lihat sahaja bagaimana BN menyisihkan kerajaan negeri Kelantan dan Terrengganu semasa dibawah pentadbiran PAS. Lihat sahaja bagaimana dengan sekelip mata wang royalti bertukar wang ehsan, bagaimana wang wajib negeri Kelantan disalur guna pintu belakang dan sebagainya.

BN telah berjaya memperdayakan majoriti bangsa Malaysia terutama Melayu dan Islam. BN berjaya mempermainkan minda melalui "Ketuanan Melayu" sedang ia sebenarnya lebih beri manfaat kepada pendukung BN, bukan bangsa Melayu atau Islam.

Sedarlah anda sedang dipermainkan jika anda menyokong BN, kerana menyokong BN beerti menyokong gagasan permikiran Zionisma.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by carribeanking7, January 21, 2009 17:26:46
UMNOisma lagi hebat dari Zionisma.
UMNOisma selain dari mengujarkan rasisma, ditambah pula dengan kronisma, munafiqisma, nepotisma dan ropakisma......sayangnya bodoh-isma juga termasuk dalam UMNOisma.....orang Zionis memmang sombomg tapi UMNo sombong bodoh....

nak boikut produk Amerika konon, tahukah mereka batu asas pencerobohan palestin dimulakan oleh pengistyiaran Balfour pada tahun 1917 angkara pelobi zionis yanf diberi sokongan oleh pihak british ? ha boikotlah produk british sekali, boikot semua, kita boleh kendalikan ekonomi dengan jual goreng pisang.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Pakyeh, January 21, 2009 17:58:53
Alhamdulilah kebanyakan Muslim faham Zionisma,tetapi mereka tidak faham bagaimana Zionism berfungsi.Zionism di katakan sudah pun kolonise seluruh dunia dengan concept nation state dgn bendera sendiri dan duit kertas sendiri yang mesinnya di cipta oleh mereka.Melalui process ini dan falsafah duit kertas yang murah harga dan mudah di cetak.,maka mereka lahirkan system ekonomi riba bernama Kapitalisma.Pendek kata. Kapitalisma akan jadika yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin.Lagi lama duit kertas di anuti lagi lama yang kaya(Yahudi Zionis) akan memerintah dunia ini.
Amerika telah di jajah Zionis sejak timbulnya Faderal Reserve/Central Bank dan perjanjian Bretton Woode di mana duit kertas tidak lagi di sadarkan dengan emas. Duit kertas di sandar kekada ayer liur Zionis saja.
Negara2 Arab OPEC telah di jajah oleh mereka melalui Amerika mengunakan falsafah nation state, divide and rule,Kapitalism,minyak dan duit kertas.Kita telah di jajah oleh Zionis tanpa pengetahuan kita.
report abuse
disagree 4
agree 6
...
written by cruzeiro, January 21, 2009 19:59:37
Fantastic Sham!
Maybe some Malays of the unthinking kind will read this, and understand that the Palestinian struggle has nothing to do with Islam - the way some people jump around for posterity on the streets like "rage boys".

In Using Islam for their political ends, they do a great disservice to the religion.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by cruzeiro, January 21, 2009 20:01:07
To make matters worse here, we have a Zionist/Fascist like Umno which have evolved into a cult of its own.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Raja Chulan, January 21, 2009 20:24:04
"Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – bangsa Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain di anggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru di sini jelas bahawa Zionisma ialah satu fahaman rasis."

To me the above description remind me of some organisation closer to home. You guessed it. It also uses a similar religious scripture.
report abuse
disagree 0
agree 9
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Kritz, January 22, 2009 03:44:35
report abuse
disagree 1
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Sagaladoola, January 22, 2009 14:10:01
Terima kasih , Encik Hishamuddin.

Penganiayaan orang Palestin sebenarnya ditentang oleh ramai orang Yahudi yang lebih waras.

Nama seperti Naomi Klein, Noam Chomsky, Albert Einstein, Uri Avnery, malah Ilan Pappé.

Dr. Ilan sekarang tinggal di U.K. Dia terpaksa meninggalkan Israel kerana penulisannya mengenai penganiayaan orang Palestine : "The Ethnic Cleansing of Palestinians".

Naomi Klein menyeru masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan boikot.
http://www.naomiklein.org/arti...t-sanction.

Selain dari Neterui Karta , ada juga organisasi lain seperti Gush Shalom, parti di Israel yang menentang pengganasan terhadap orang Gaza !

Beberapa hari lalu, ada segelintir orang Yahudi Gush Shalom berarak menyuruh kerajaan menghentikan serangan !

http://zope.gush-shalom.org/ho...1230833966

Adakah semua ini berlaku kerana kepentingan diri sendiri oleh pihak Zionis?

Jadi, marilah kita semua bersatu tanpa mengira kaum untuk menghentikan penganiayaan ini.

Sekarang bukan lagi pasal kaum, tetapi pasal perbezaan kelas.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Sagaladoola, January 22, 2009 14:26:46
written by Malaysiaputra, January 22, 2009 08:50:26

" If the Arabs put down their weapons today, there would be no more violence. If the Jews put down their weapons today, there would be no more Israel." (Benjamin Netanyahu)

Hi,

I believe Hamas could have said the same thing too.. Let me reword it for you:
" If Israel put down its weapons today, there would be no more violence. If the Hamas put down its weapons today, there would be no more Palestinians."

Wouldn't that sound sensible as well?
report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by freaque, January 22, 2009 21:14:13
UMNOisma tiada bezanya dengan Zionisma.
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM