A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Polis didakwa sukarkan petugas PAS

Polis didakwa sukarkan petugas PAS PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 17 January 2009 17:18

(Hrkh) - Pihak polis didakwa telah menyukarkan petugas-petugas PAS di pusat pembuangan undi Unit Peti Undi (UPU) Chendering yang menjadi tumpuan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Laporan laman web pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang dikendalikan oleh PAS menyatakan, tinjauan di kawasan tersebut mendapati terdapat dua laluan yang digunakan oleh pengundi untuk masuk ke kawasan mengundi yang mana laluan utama telah dimonopoli oleh BN.

Menurut petugas PAS, pihak polis tidak membenarkan mereka mendirikan pondok panas di laluan utama tersebut.

Tindakan polis itu menyebabkan PAS terpaksa mendirikannya di laluan kedua yang kurang dilalui pengundi.

Perayu undi juga tidak dapat merayu undi di kawasan laluan utama kerana kawalan polis dan FRU yang ketat.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu menjangkakan peluang menang lebih cerah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Beliau yang ditemui di UPU Chabang Tiga itu turut dilihat bersama sebilangan pimpinan DAP dan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang turun melawat pusat-pusat pengundian sekitar Kuala Terengganu.

Beliau menyifatkan MCA dan Gerakan takut membantu kempen BN-Umno.

"Sehingga hari membuang ini saya masih tidak lihat kelibat mereka turun membantu, jauh sekali dalam membantu merayu undi, ternyata gelombang peralihan kaum Cina di sini sangat menakutkan parti-parti komponen kuat BN itu," kata beliau.

Menurut laporan wartawan bertugas, MIC dan PPP sendiri juga dilihat tidak datang membantu kempen Umno. Ternyata Umno kelihatan lemah bersendirian dalam pilihan raya kecil kali ini. Gambar-gambar di sini.

Comments (4)Add Comment
...
written by ibabonma, January 17, 2009 17:24:38
Ong Tee Kiat, MCA President, this morning was distributing mandarin oranges as Taman Muda, Ampang!!! Very irresponsible Chinese partner of UMNO bodoh.
report abuse
disagree 0
agree 26
...
written by othman hitam, January 17, 2009 17:26:57
Insaflah...musa hasan & beberapa kpn sebelum dia kaya raya...u dapat apa??? ...hanya sumpah seranah orang ramai....ingat, ini semua doa tau. Kami yang bayar gaji kamu...bukan tuan kamu
Wamakaru, Wamakarullah...Perancangan ketua-ketua kamu tak sehebat mana berbanding perancangan Allah SWT
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by kkselvam, January 17, 2009 17:46:03
Pergi mampus la UMNO dan BN!!! smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by miwaki, January 17, 2009 17:53:20
Tee Kiat pun mau celebrate kekalahan UMNO di KT mah.Dah buat postmorten belum Tee Kiat ? besok pagi saya mau tengok report apa pasai satu undi dari orang tiong hua pun ilek ?
report abuse
disagree 0
agree 15

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM