A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Jika BN kalah…

Jika BN kalah… PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 15 January 2009 00:27

Kekalahan BN akan dilihat sebagai kelemahan Najib buat kali kedua selepas gagal memenangkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk BN dalam PRK pada Ogos tahun lalu.

Wan Hamidi Hamid, The Malaysian Insider

Jika Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu, ia bukan sahaja akan menjadi tamparan hebat buat Umno tetapi juga memberi kesan buruk kepada bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kekalahan BN akan dilihat sebagai kelemahan Najib buat kali kedua selepas gagal memenangkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk BN dalam PRK pada Ogos tahun lalu.

Lebih buruk kali ini, jika BN kalah, ia bererti tumpas di kubu kuat sendiri kerana kerusi Kuala Terengganu adalah milik Umno sejak 50 tahun lalu (kecuali dalam pilihan raya umum 1999).

Dengan itu, kesan psikologi mendalam akan melukakan Umno yang selama ini masih tercari-cari jalan untuk kembali popular bersama rakyat setelah kehilangan lima negeri dan dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Walaupun keputusan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan pusat atau kerajaan negeri, tidak ada sesiapa dari Umno dan BN mahu menanggung malu besar jika kecundang di kubu yang dianggap selamat di Pantai Timur Semenanjung.

Minggu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa PRK ini bukan untuk membentuk kerajaan negeri atau Pusat tetapi untuk menilai pengiktirafan kepada BN.

“Kita sedang melakukan penambahbaikan dan memberi respons terhadap apa yang rakyat isyaratkan. Rakyat sudah tentu hendak tengok penambahbaikan selepas pilihan raya lalu dan saya percaya BN akan menjadi parti yang lebih baik untuk semua.

“Pas sudah menjenamakan diri sebagai parti untuk semua. Tetapi kita harus menjadi parti untuk memberi kebaikan kepada semua, bukan setakat menjadi parti untuk semua tetapi tidak memberi kebaikan,” kata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu kepada pemberita baru-baru ini.

Harapan Annuar akan berkecai jika pengundi Kuala Terengganu memilih Pas sebagai wakil Pakatan Rakyat untuk dihantar ke Parlimen. Apa yang beliau katakan sebagai penambahbaikan BN akan dianggap ditolak oleh rakyat jika calon Umno Datuk Wan Ahmad Farid Salleh gagal mencapai kemenangan.

Pandangan penganalisis setakat ini menunjukkan BN dan Pas mempunyai peluang yang sama walau pun tinjauan di kalangan pengundi Cina – mewakili 11 peratus jumlah pengundi – mendapati kemungkinan mereka beralih kepada Pas.

Inilah yang dibimbangi Najib. Bagi beliau, ia bukan sekadar soal menang kalah BN atau Umno tetapi reputasi beliau sebagai pemulih semangat parti yang belum menunjukkan apa-apa kesan sejak tsunami politik 8 Mac tahun lalu.

Najib telah pun mengingatkan semua pihak bahawa PRK Kuala Terengganu bukan satu pungutan suara atau referendum untuk mengukur populariti BN dan pemimpin-pemimpinnya.

“(PRK ini) bukan referendum untuk saya atau Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said,” katanya.

Namun, ramai yang melihatnya sebagai referendum, bukan sahaja terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN tetapi juga di kalangan Pakatan Rakyat yang diwakili Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

BN yang amat sangat memerlukan kemenangan dalam PRK ini. Jika ia berjaya mempertahankan kerusi, ini akan dijadikan tapak untuk mematahkan semangat Pakatan Rakyat yang semakin meluap dalam mempersiapkan diri untuk PRU akan datang.

Sudah banyak di kalangan Pakatan, terutama Pas dan DAP, untuk melupakan cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuk Ahli-ahli Parliamen BN supaya melompat masuk ke dalam parti-parti komponen Pakatan. Mereka kini lebih berminat untuk mencari jalan mengambil alih kuasa melalui PRU akan datang.

Jika kerusi Kuala Terengganu dimenangi calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut, ia akan memberi suntikan semangat baru untuk kepimpinan Pakatan, terutamanya dalam mengembalikan keyakinan pengundi terhadap gabungan mereka.

Tetapi, jika Pas sekali lagi tewas di Kuala Terengganu, ia mungkin dianggap kurang mengejutkan kerana kawasan itu sememangnya kubu kuat Umno.

Namun, walaupun itu akan menjadi alasan Pas jika kalah, ia tetap memberi kesan besar terutama kepada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan orang kanannya Datuk Mustafa Ali – kedua-duanya adalah orang kuat Pas di Terengganu. Apatah lagi Mohd Abdul Wahid sebagai calon adalah anak didik Mustafa.

Lebih meninggalkan kesan pahit bagi Pakatan Rakyat adalah di peringkat nasional kerana kekalahan Pas akan dilihat sebagai keputusan rakyat menolak gabungan alternatif. Kemeriahan Permatang Pauh akan menjadi suram jika pengundi Kuala Terengganu sekali lagi memilih BN pada Sabtu ini.

Jika Pas kalah dalam PRK, suasana malap akan melanda Pakatan Rakyat. Sebaliknya, jika kemenangan berpihak kepada Umno ia akan dicanangkan melalui media arus perdana yang dikawal pemerintah sebagai petanda bahawa BN kini kembali relevan di kalangan rakyat.

Keadaan sebegini pastinya akan melonjakkan populariti Najib dalam persiapannya untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dari Abdullah pada Mac ini.

Comments (15)Add Comment
...
written by Fuminari, January 15, 2009 00:50:51
if this corrupted , rotten to core n the racist nazi umno be end regime 'kalah' at KT,clear cut;it it can only implys that malaysian is right n do not agree to a leadership that is badly tainted with filth!!a leadership which carry a very heavy luggage of scandals,a leadership which is meant only for self gain , a leadership which carry only 'hollowness n no substance' but filled with racial cards,a leadership which is super-hypocritical on human right n do not believe in the proper rule of law!!
vote Pas,PR !!!!
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by Lim Lim, January 15, 2009 01:12:41
vote Pas,PR is a vote against racism n ISA.
vote Pas,PR is a vote against injustices on altanytuya.
vote Pas,PR is a vote against the badly tainted judiciary system.
vote Pas,PR is a vote against PDRm brutality.
vote Pas,PR is a vote against umno be end election bribery n intimidation.
vote Pas,PR is a vote against the corrupted,everything is iself gain umno be end regime.
vote Pas,PR is a vote against the lawlessness n tyranny of umno be end thieves n bandits.
vote Pas,PR is a vote against the ever rising crime rate.
vote Pas,PR is a vote against the like of mad cow ahmad ismail,khir toyol,keris kisser.
vote Pas,PR is a vote against 'Bala n family' are still remain 'missing in action'.
vote Pas,PR is a vote against s.hit hamid's policy of protecting the rakyat by detaining them under ISA.
vote Pas,PR is a vote against umno corruption, tipu every where.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by myvoice, January 15, 2009 08:12:48
Jika BN kalah, apa lagi....celebrate lah!
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by asguard, January 15, 2009 08:54:00
Jikalau sudah kalah, sila tanam ubi kentang, padi, kelapa sawit dan lain tanam... untuk sendiri tak payah susah lagi untuk bertanding ....
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by devious17, January 15, 2009 09:15:32
umno/bn are a pathetic bunch of hypocrites! when there is a need for the chinese umno/bn will butter the chinese for their votes and once they take the seat the chinese are no longer in existance until the next election comes around. The chinese to umno/bn are like brooms, when there are garbage to clean they will use the chinese and when the garbage is disposed so will the broom.

Come on you chinese! Stand up and show yourselves!! Make that difference!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by SamSan, January 15, 2009 09:17:12
Jika BN kalah, saya harap Najib akan serahkan kepimpinan UMNO balik kepada Pak Lah dan saya harap rungutan UMNO dan Che Det / Muhyiddin supaya Pak Lah undur tidak akan kedengaran lagi. UMNO perlu beri mandat penuh kepada Pak Lah untuk merestui janjinya pada Pilihan Raya 2004 untuk memperbaiki mertabat Negara supaya ia tidak akan jadi "laughing stock" dunia luar.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by mypanida, January 15, 2009 11:27:02
Bukan "Jika BN Kalah"
Tetapi BILA BN KALAH.
AKU dan teman2 sekalian akan ROTFLMAO
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by lynn, January 15, 2009 13:55:59
I remember a while ago, some arrogant monkeys from umno called the Indians "pariah", "keling" and another monkey with brains in this anus called the Chinese "pendatang".
So if you think umno deserved a lesson, this is payback time.
Make sure everyone of you esp. who received "bribery angpow", make sure you vote PAS!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by exzonerator, January 15, 2009 13:57:53
Like Pak Lah always say: Dah kalah, kalahlah...apa boleh buat? Correct.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by miwaki, January 15, 2009 16:09:52
Sudah-lah Najis,menang kalah di KT ada-lah permainan politik.Yang mustahak kamu dapat jadi PM cukup-lah.BN dah tak lama lagi,Pakatan Rakyat makin lama makin kuat.Satu hari nanti kita semua pun ada kerajaan baru yang lebih canggih dan bersih.

Takut dak jika kerajaan baru di bentuk ? Ya -lah Cik Altantuya belum selesai lagi-lah.Tidur tak lena ? Padan muka hang !
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Futurist, January 15, 2009 17:08:26
With the BN's ego at stake, a loss will be humiliating for them. As such, these goons will go for broke trying to do everything by the backdoor. They will try every tricks known to them as they are old hands at it. So KT folks, watch out. Give the PR a thumping victory and send BN to the deep.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by lamepug, January 15, 2009 17:25:45
saudara myvoice,

pkr~pas~dap~setiap kememangan adalah satu permulaan, tidak perlu "celebrate"...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by laksa maner, January 15, 2009 21:01:53
orang cina mesti undi PAS...kalu tidak Najis akan basahkan keris dia dengan darah cina..INGAT TU..mayat 8 lagi yang diletupkan dekat Puncak Alam yang diakui oleh pegawai polis terlibat,..kaum mana...jantina apa? Mengundi UMNO sama seperti mengundang maut....
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Running Sardines, January 16, 2009 10:36:06
Only those who has vested interest will vote for BN ... and rata rata we rakyat are a neglected lot ... sure BN try to frighten the Chinese with Hudud law but the Hudud law is anytime better than corruption and abuse of power ... so, vote for PAS and bring on the wind of change in KT ...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by killer_eagle, January 16, 2009 23:24:29
Pak lah will say" kita masih majority lagi di parlimen, tak perlu bimbang".
Najib will say " itu apa yang rakyat KT mau, apa boleh buat."

Then, both of them will continue to sleep, sleep, sleep ....
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM