A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow PEPSI COLA DAN COCO COLA

PEPSI COLA DAN COCO COLA PDF Print
Posted by admin   
Monday, 12 January 2009 12:15


DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Apabila Barack Obama dipilih untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 44, dunia telah memberikan sambutan yang cukup hangat lagi menceriakan. Dari Portland ke Pantai Dalam, dari Geneva ke Gemencheh, dari Kenya hingga ke Kelabit, rakyat dunia telah mengalu-alukan Obama.

Sambutan meriah ini bukan salah. Yang di rayakan oleh rakyat dunia dan yang disambut ialah kesampaian Barack Obama seorang president yang berkulit hitam ke Rumah Putih. 


Sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan hakiki yang sedang berlaku. 


Pada tahun 60'an dahulu Pepsi Cola dan Coca Cola telah sampai dalam botol kaca ke Malaysia. Kemudian minuman ini datang pula dalam tin alimunium dan botol plastik. Cola Cola dan Pepsi Cola tetap sama tidak ada apa-apa yang berubah. Yang nampak berubah ialah cara minuman ini dikotakkan, cara ianya di iklankan dan cara produk ini di jual.


Bagitu juga dengan Parti Democrat atau Parti Republican dari Amerika - dua parti politik - Coco Cola dan Pepsi Cola. Tidak ada perbezaan dasar yang haikiki. Kedua parti ini mewakili kepentingan kaum pemodal multinasional, kaum Zionis dan industri senjata Amerika Syarikat.


Barack Obama menjadi presiden ketika sistem ekonomi kapitalis berhadapan dengan satu krisis yang amat besar. Sistem ekonomi kapitalis sedang dilanggar oleh masaalah lebihan pembuatan dan kurang permintaan. Krisis seperti ini berulang-ulang berlaku sepuluh tahun sekali. Ini adalah sebahagian dari hukum sistem kapitalis – kembung kemudian kempis. Atau seperti ular sawa bersalin kulit apabila badanya di rasuk hama, pacat atau kutu babi – berubah-ubah tapi ular yang sama.


Kaum pemodal dan tuan empunya industri senjata memahami krisis yang dihadapi oleh sistem kapitalis. Mereka juga sedar bahawa Bush yang mewakili kepentingan mereka selama lapan tahun telah melakukan apa yang wajib dilakukan dengan terbaik. Kepentingan ekonomi mereka telah dipertahan di seluruh dunia. 


Bush telah melancarkan perang. Dasar 'war on terror' sedang berjalan. Undang-undang Patriot Act telah diterima pakai. Semua ini telah menguntungkan kaum pemodal. Maka telah sampai masanya untuk meneruskan projek mereka untuk mendominasi dunia dengan satu taktik yang baru.


Kaum pemodal Amerika memerlukan kotak yang baru untuk mengekspot dasar lama mereka.


Justeru, kepimpinan parti Republican wajib diubah. Parti Democrat perlu dinaikkan. Dalam suasana dunia yang haru biru ini dasar yang terbaik untuk ialah menaikkan seorang presiden yang berkulit hitam. Dengan munculnya seorang presiden berkulit hitam, pasti untuk seketika waktu ianya akan dapat mengabui mata rakyat Amerika dan juga pandangan rakyat dunia. Ini terbukti dengan 'heboh-heboh' belaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia pada minggu pertama sesudah Obama menang.


Rakyat Amerika sendiri dan rakyat dunia telah menunjukkan muak dan bosan dengan dasar yang di bawa oleh George W Bush. Mereka mahukan satu perubahan. Ombak menentang dasar perang yang didalangi oleh Bush cukup ampuh – bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia. Jika seorang lagi Republican menginap di Rumah Puteh seperti McCain maka besar kemungkinan pemberontakan akan berlaku di Amerika sama seperti di era Nixon – dimana anak muda Amerika bangun menentang dasar berperang dengan rakyat Vietnam. 


Justeru untuk mematahkan semangat anti-perang dan anti-Amerika yang meluap-luap di seluruh dunia, maka taktik yang dilakukan ialah menaikkan seorang lelaki berkulit hitam ke Rumah Puteh. Ini cara kaum pemodal internasional dan kaum Zionis merancang.


Apabila Barack Obama masuk ke Rumah Puteh dia akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang maha besar. Belum pernah krisis ekonomi yang berlaku hari ini dihadapi oleh seorang Presiden Amerika. Bank-bank Amerika yang besar telah tutup kedai, syarikat dana keewangan gergasi telah lingkup, tiga kilang pembuat kereta terbesar di Amerika sedang jatuh muflis. Banyak warga gagal membayar hutang membeli rumah. Hasilnya banyak rumah diambil oleh bank dan warga tidak berumah. Dalam masa yang sama warga Amerika kehilangan kerja semakin melimpah.


Zaman meleset tahun 1929 pun tidak seberat yang akan di hadapi oleh Barack Obama. Kalau tahun 1929 dahulu yang jatuh muflis hanya Amerika – pada tahun 2008/2009 ini sistem ekonomi kapitalis telah menjadi sistem ekonomi global. Tidak ada negara dan pulau yang akan terselamat dari krisis yang pasti akan sampai ini.


Krisis ini lebih molek dihadapkan kepada Presiden yang berkulit hitam. Yang berkulit lebih baik dan dapat dilihat 'kosher' untuk 'membaham rakyat yang berkulit hitam di Asia, Afrika dan Latin Amerika.'


Ketika menulis ini, Barack Obama hanya baru melantik beberapa susuk untuk turut sama dalam pentabirannya. Malah ramai kaki tangan Bush juga akan turut sama dalam pentabiran Obama. Apa yang jelas dasar luar Obama tidak jauh bezanya dari dasar yang telah dijalankan oleh Bush – terutama dalam dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Barack Obama 'belum mengeluarkan dasar yang jelas untuk menghentikan perang di Iraq dan Afghanistan'. 


Ini bukan kerana Obama tidak sedar tentang kemusnahan yang dibawa oleh perang. Obama sedar. Dia bersekolah dan boleh membaca. Obama juga tahu angka soldadu Amerika yang gugur di Iraq telah melintasi 4000. Tetapi, Obama juga sedar jika dia mengambil dasar anti-perang maka pastilah wakil dan tuan empuanya industri senjata dan kaum Zionis di Amerika tidak akan memberi derma untuk kempennya. Obama juga sedar kumpulan ini memiliki kuasa dan boleh mengarahkan media-media berpengaruh di Amerika untuk bersimpati dengan Obama atau sekurang-kurangnya tidak memperlekeh kempennya.


Sebenarnya kulit hitam atau kulit putih yang menduduki Rumah Puteh tidak memiliki apa-apa makna untuk rakyat dunia. Dasar imperialias Amerika tetap sama. Dasar luar Amerika belum berganjak. Dasar pro Israeal dan anti Palestine masih belum berubah.


Barack Obama belum menyatakan apakah dia akan meneruskan perang ilusi – War On Terror' – dasar yang dimulakan oleh Bush. Dasar perang melawan keganasan ini adalah strateji perang berjangka panjang yang ditelorkan oleh kabal Zionis dan kumpulan neocon di Washington. Dasar ini bertujuan untuk melahirkan apa yang dipanggil New World Order/Tataan Dunia Baru. 


Yakinlah dalam masa yang terdekat semua hu ha hu ha dan gedebak gedebuk kegembiraan menyambut Barack Obama ini akan pancet. Kulit hitam atau kulit putih bukan persoalan. Ianya tidak ada apa-apa makna yang hakiki. Untuk ujian : sila beli satu botol Coca Cola dan satu botol Pepsi Cola. Tutup mata dan minum. Pasti tidak ada perbezaan. Dua-dua milik kuasa modal Amerika.

Comments (13)Add Comment
...
written by ahmadneil, January 12, 2009 12:21:30
To umno,why are you all playing so dirty in KT,closing down DAP office,PKR and DAP flags been torn and openlt intimating RPK and those speakers.You shall pay a heavy price for all this stupid act.If we can't do it on the 17 Jan,then the next general election will be our answer.
report abuse
disagree 1
agree 32
...
written by Msian Idol3, January 12, 2009 12:32:28
The writings are on the walls but UMNO could not care. We may lose the battle but we will win the war in GE13. Anyway even to lose a battle, we make sure UMNO pays the price.
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by carribeanking7, January 12, 2009 13:32:07
Rasuah di dalam UMNO tidak dianggap haram
Perut buncit rakyat makan garam
pergi padang main bola
Boikot coca cola

kala jengking yang menyengat , dipukulnya nyamuk
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ibabonma, January 12, 2009 13:48:35
Contoh terbaik ialah Ibrahim Katak, luar katak dalam UMNO!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by educationist, January 12, 2009 14:52:29
Dalam konteks sekarang, satu lagi persoalan ialah sama ada Obama akan memberikan regime Zionist Israel 'blank cheque' untuk melakukan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa tanpa sebarang sekatan.
Saya harap tidak!!
Tetapi kenyataannya adalah kuasa 'zionist lobby' di Washington itu begitu berkuasa.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by DezMalaysia, January 12, 2009 15:44:47
what you wrote there is the REAL TRUTHs that I couln't deny, I agree with you and we can do nothing to stop the superpower!
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by The dragonheart, January 12, 2009 15:51:45
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terletak di New York, Amerika syarikat, mempunyai 5 negara yang menjadi ahli melantik diri mereka sendiri sebagai Super Powers. Tetapi Amerika Syarikat sahaja yang jadi jaguh.Dia jadi raja, dia jadi hakim dan dia jadi polis dunia.

Dari dulu hingga sekarang saya tidak faham kenapa negara2 yang benci geganasan dan yang di ganasi tidak mahu boycott PBB dan tubuh satu lagi badan dunia di rantau Asia Pacific? OIC, NAM, ASEAN, SOUTH SOUTH sepatutnya bergabung menjadi satu pertubuhan yang lebih kuat dari PBB.

Dengan cara in sahaja kita boleh berubah. Melawan keganasan melalui keganasan tanpa bersatu tidak akan ada kesudahannya.

Negara-Negara yang menentang keangkuhan negara2 yang di sokong Amerika Syarikat harus bersatu dan bergabung dan samaada pindahkan PPB ke tempat lain, atau keluar dari PBB atau lucutkan autonomi kuasa Super Power di PBB.

Selagi pemimpin manusia ini korup,tidak adil, tidak bertakwa, selagi itu lah dunia tidak akan aman. Mari lah kita ubah diri kita dengan boycott orang yang tak mahu ubah diri.

Kita boleh mula dengan UMNO dan barangan buatan USA.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by kclim2, January 12, 2009 21:01:24
Long live PR and Anwar. Down the UMNO bastards and its running dogs
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by SiHangChai, January 12, 2009 21:44:02
Yang berharap dan anggap Obama penyelamat Palestine dan Islam akan ternyata sedih dan dukacita deng pemimpin ini. Obama adalah pemimpin yang lemah dan akan memburukkan keadaan tegang di Asia Tengah. Obama adalah pro-Zionist.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Umar Rentaka, January 12, 2009 22:08:18
Dear Hisammudin Rais,
I always like your articles. However, on this occasion, I disagree with you. Granted that Jews control America, but Obama has his agenda and I think he will live to fulfill it. It has been too long since America had a President on the level of Washington, Jefferson, Theodore Roosevelt or Lincoln. Obama has a great destiny to be in the league of these great leaders if he does what he pledged at his campaign. As far as Israel bombing of Palestine, my theory is they are trying to draw Iran into the war. As a reason to attack Iran before Obama takes over. They know very well that he intends to sit and talk with Iran and that is something they don't want.
report abuse
disagree 6
agree 5
...
written by shissun, January 12, 2009 23:34:52
We should just let Obama performs once he takes the oath of office on 20th. As for now, Bush is still the Chief.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by freaque, January 13, 2009 00:23:58
well said Sham. kita mesti berwaspada terhadap 'Obama hype'. Beware of the Obama hype. The hype serves as the smokescreen, hiding the fact that the the US foreign policy remains the same. Black or white in the white house, it is still the corporations that pull the strings. So far what has Obama said about the Israeli attacks... think abt it.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by BUTEK, January 16, 2009 22:33:25
ITULAH KETENTUAN ALLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA AMERIKA DAN YAHUDI TIDAK AKAN MENGECAPI KEGEMILANGAN MELEBIHI 100 TAHUN.... MOGA KEMELESETAN EKONOMI AKAN JADI PALING TERUK TAHUN INI DALAM SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA AGAR AMERIKA, YAHUDI DAN ANJING2 MEREKA (RAJA2 NEGARA TELUK DAN UMNO) TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI....

INSYAALLAH.......
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM