A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tangkap penyokong Palestin: Rakyat KT mesti hukum BN

Tangkap penyokong Palestin: Rakyat KT mesti hukum BN PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 11 January 2009 15:18

(Hrkh) - Para pengundi di Kuala Terengganu bertanggungjawab menghukum sikap hipokrit kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menahan 21 orang dalam perhimpunan nyalaan lilin menyokong mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka, kata Pengerusi Gerakan Anti-Zionis (Gaza), Mahfuz Omar.

Polis menahan 21 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago serta Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam serta beberapa aktivis dari Suaram dan Jerit.

"Kerajaan BN mendakwa ia menyokong perjuangan rakyat Palestin yang kini diganasi oleh Israel. Tetapi pada masa yang sama, ia bertindak zalim terhadap rakyat yang berhimpun menyokong mangsa keganasan di Palestin dan Sri Lanka.

"Tindakan itu tindakan zalim, kejam. Tidak ada istilah lain yang lebih tepat. Rakyat tidak boleh lagi berdiam diri terhadap kezaliman kerajaan BN itu dan para pengundi dalan pilihan raya kecil Kuala Terengganu mesti menghukum tindakan kejam itu dan jangan sama sekali mengundi BN," tegas beliau.

Kerajaan BN, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan sahaja menentang arus dunia yang menyuarakan bantahan besar-besaran terhadap kekejaman dan keganasan Israel, malah tidak menghormati perasaan dan keprihatinan mereka yang berhimpun menentang kedurjanaan itu.

"Kerajaan BN bukan sahaja tidak menghormati mereka yang berhimpun itu, malah tidak menghormati gelombang kemanusiaan di seluruh dunia yang menentang keganasan Israel dan lebih dari itu, tidak menghormati rakyat Palestin yang berjuang, berdarah dan terbunuh untuk memerdekakan tanah air mereka," katanya lagi.

Mahfuz mempersoalkan, adakah kerajaan BN hendak mengambil hati Amerika Syarikat dengan tindakan menzalimi mereka yang berhimpun menyokong mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka itu?

"Adakah kerajaan BN menerima isyarat dari Amerika supaya menyekat pembelaan dan ruang bantahan terhadap keganasan Israel ke atas rakyat Palestin?

"Adakah kerajaan BN diberi amaran oleh Amerika supaya jangan membiarkan gelombang bantahan di negara ini bertambah meluas dan membesar sehingga menjejaskan kepentingan ekonomi syarikat-syarikat dari negara penaung keganasan Israel itu di negara ini? " beliau mempersoalkan lagi.

Comments (9)Add Comment
...
written by OVERLORD, January 11, 2009 15:42:46
On one hand, they approve and encourage the stupid boycott of American products and services, on the other hand , they crack down on peaceful demontration against the Israeli regime....another case of flip flop syndrome....i say to KT voters, pick up your sandles and shoo this idiot BN away!!
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by AUTAR, January 11, 2009 18:02:23
Begitu lah BN sebenarnya dimata kita semua rakyat malaysia termasuk juga di Indonesia. Ada pejuang Islam yang boleh di hantar ke medan hadapan, semua habis di bunuh oleh pemerintah, sedangkan di pihak yahudi langsung di bela malah di sembunyikan dari khalayak.

Nak harapkan persatuan (pekida)bunyi sahaja gah, tapi habuk pun tadak. Apa perlu bercakap banyak nak memperjuangkan hak asasi manusia lain, kan lebih baik tumpukan sahaja pada rakyat yang ada lagipun pemerintah yang ada mana ada yang layak untuk itu semua. Yang betul betul layak pada padangan saya adalah TDM sahaja (lihat bagaimana TDM mentadbir negara dulu). Cakap banyak akan lebih cepat mati.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Tompios, January 11, 2009 18:11:59
Maklumlah!! Kalau Khairy yang ikut demonstrasi tiada tangkapan dibuat oleh Pasukan Barua PDRM pro BN. Namun, kalau wakil Pakatan rakyat ikut demonstrasi ditangkap oleh PDRM. Barua sungguh!!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by tryme, January 11, 2009 18:24:46
Double standard from polis, shame on them!! anjing BN! they should arrest KJ too.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by SiHangChai, January 11, 2009 18:59:53
Polis tidak dapat berkas mereka yang berprotes pada hari Jumaat kerana penjara kita tak dapat tampung beribu mereka. Jadi, mereka pergi tangkap golongan kecil di dataran Merdeka. Yang patut di tangkap sebenarnya si Khairy, Tun M dan anaknya kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan mewujudkan keadaan situasi merbahaya. Polis telah jalankan kerja mereka tetapi menangkap mereka yang bukan penganjur sebenar. Bila pula nak protes sama kerajaan Hamas yang masih berdegil dan memperalatkan rakyat Palestine? Long Live the Fatah!
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by rocky, January 11, 2009 22:44:00
double standards as usual. and don't forget BN/UMNO are also above the law.Or is police can't see them
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by wongnoball, January 12, 2009 07:47:58
Ini yang di Maksudkan Regim Ganas UMNO Melayu yang adalah penganut Islam tapi adalah Islam jenis Munafik dan Sesak. Ramai Malaysia tahu perangai Ganas Regim UMNO yang hendak tunjukkan merekalah yang SAH buat bantahan. Ini semua Guna Kesempatan Palestine Main Politik untuk terus Berkuasa. Undilah PAS kat KT!!

Bawa bendera PAS, DAP, PKR yang ditampil dengan bendera Palestine...Bila Siaran langsung, turunkan Bendera Palestine dan naik bendera DAP, PKR PAS.....ini yang dikata "Highjack Agenda"!!

Malangnya gua sokong Isreal, tapi kasihan juga anak & ibu yang jadi mangsa, sama dengan ibu kat IRAQ, Somalia, Afganistan dan dimana wanita Islam di Bedil dan Belasah juga!! Di Malaysia pun ada banyak anak2 dan ibu yang mati kerana lapar, tak cukup makan dan Kegiatan Ganas tentera UMNO, Polis, Jakim, JAIS Rela
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by IbnAbdHalim, January 12, 2009 10:32:53
UMNO/BN adalah 'YAHUDI' di Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Garend, January 12, 2009 11:30:34
Ya ya ya... I agree with wongnoball.... They are MUNAFIK.. and the worst.. now our Education Minister wanna use our children to "impose" pressure to Israel.. I wonder if they will catch those ppl...
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM