A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Persoalan Kuil Di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris

Persoalan Kuil Di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 10 January 2009 20:42

YB Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
 
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN tetapi mereka tidak mampu menyelesaikannya.
 
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
 
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
 
Saya menyatakan yang merupakan wakil rakyat di sini adalah saya, bukan dia. (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
 
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
 
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.
 
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
 
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
 
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
 
WalLahu ‘Alam

NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

Comments (13)Add Comment
...
written by onnetline, January 10, 2009 21:34:43
The good teachings of Islam are not shown proper to good Muslims by UMMNO corrupted elites.
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Tompios, January 10, 2009 23:11:39
Species 'wakil raykat' Melaka ini adalah jenis manusia yang mempunyai otak BATU pinggir longkang di belakang kandang BABI. Mangkok!!
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by antiilluminati, January 10, 2009 23:44:01
"kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”.

This is true ISLAM not practices by UMNO goons.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by MalaysianUnited, January 11, 2009 03:21:01
yeap! thats what we call 'wakil rakyat'!. Alhamdulillah kita ada seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tahu perundangan berada di atasnya, bukan dibawahnya.SYABAS!
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by mypanida, January 11, 2009 06:42:28
Umno tu bukan nya ISLAM.
Umno mengikuti ajaran sesat.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by OilMan, January 11, 2009 07:54:06
I want to open a basketball court next to the ‘gelanggang silat’. Next we will have a feast right next to the ‘gelanggang silat’.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Sudahlah tu, January 11, 2009 08:43:28
selama 52 tahun , persoalan perkauman selalu dipertengahkan oleh rakyat agar semua dapat menerima kebudayaan masing-masing yang penting demi bangsa itu sendiri dipermainkan oleh umno supaya rakyat sentiasa bermusuhan dan tidak akan dapat menerima pandangan antara satu sama lain.
selam 52 tahun , umno telah membina kubu kuat mereka dengan melatih anjing dan binatang ganas yang begitu banyak dan taat kepada mereka kerana wang.
persoalan agama tidak menjadi satu batasan untuk perpaduan dan perlembagaan negara melainkan umno tidak pernah mempertengahkan landasan perantaraan itu sejak dari mula lagi.
Tamak manusia yang rela menjadi anjing umno dan berkhidmat untuk mereka agar kekayaan mudah dicapai telah merebak hingga ke generasi muda sekarang.
kerosakan moral dan sistem struktur kekeluargaan kini mengubah kekayaan budaya bangsa.
Jangan mempermainkan isu keagamaan sebab kita cuma harus menghormati mereka sahaja.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by bumiputeri, January 11, 2009 10:44:51
YB Khalid Samad,

If Malaysia had MPs like you since independence, I bet the non-Malays or non-Muslims wouldn't mind donating money for the mosque building fund and likewise, the Muslims or Malays, to the building fund of Tokong, Hindu or Buddhist temples and the church.

Thank you so much for dealing with the temple issue so delicately, you will definately gain the non-Muslims respect as well as the TRUE Muslims'!!!!

Kee up the good job!!!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by captmarco ramius, January 11, 2009 12:04:33
Dear YB Khalid Samad,

My highest salutations to you SIR. You make us proud. Thank you YB.

marco ramius
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by milestone, January 11, 2009 13:12:43
Congatulation YB,

This is very good example in multi-racial country like Malaysia. I would like to emphasize all YBs either Muslim or Non-Muslim should follow this thought when solving Rakyats problem in any situation.

Let's we open our eyes and heart open; put our mind on reality, to understand about 'kesaksamaan' in Malaysia reality. All must be willing to open for discussion, and this message I dedicated to ALL M'SIAN!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by shatis, January 11, 2009 23:50:00
Malaysian will love you YB. You are the true YB with big heart and rational mind. Salute you my brother..
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Rozlan, January 12, 2009 12:08:46
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.


Saya difahamkan skg ni PEKIDA Melaka sebuah pertubuhan gangster Melayu mendapat perlindungan sepenuhnya dari Ali Rustam.Mereka boleh melakukan apa shj tanpa risau terhadap tindakan udg2.Itu sebab mereka terlampau berani skg.Eloklah kegiatan mereka ini didedahkan selalu
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Apek, January 13, 2009 14:02:18
YB Khalid Samad,

Teruskan kerja YB untuk orang ramai di Seksyen 19 Shah Alam. Orang Melaka ini pernah juga buat kacau di depan Bar Council dan juga buat kacau dalam kononnya "insiden" cucuk kepala babi di Melaka. Tidak sesiapa di Melaka mempercayai bahawa Kepala Babi dicucuk oleh "kaum lain" untuk mempertegangkan talian kemasyarakatan di antara rakyat Malaysia (Baba Melayu, Baba Cina, orang Melayu dan orang Cina Melaka).

Adalah pandangan orang ramai bahawa "Insiden cucuk kepala babi di Melaka" sebenarnya "engineered" oleh PEWARIS dan PEKIDA sendiri bagi tujuan samseng ini "provoke" kaum lain untuk membalas slogan samseng (kumpulan ini sahaja) yang mahukan kononnya 70% equiti dan lain-lain slogan yang mana Akta ISA boleh diperguna-pakai.

Saya juga percaya bahawa Islam sepertimana yang ditafsirkan oleh YB adalah betul dan saya tidak takut mengundi PAS sebegini. Teruskan kerja YB untuk orang ramai di Shah Alam. Saya sesungguhnya percaya bahawa orang ramai di Shah Alam juga tidak terasa dihampakan dalam pengundian YB.

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM