A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow SATU PANDANGAN DAN SATU CADANGAN

SATU PANDANGAN DAN SATU CADANGAN PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 08 January 2009 13:13

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Ketika Terengganu dan Kelatan di bawah kerajaan Pas, saya pernah bertanya kepada seorang kawan yang rapat dengan Pas tentang kemungkinan di wujudkan satu program pemberian tanah kepada orang-orang India yang tidak memiliki tanah. Pertanyaan ini muncul pada tahun 2000 yang lalu.

Kini, pada tahun 2009, 5 buah negeri telah di miliki oleh pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat – sebuah pakatan yang menjanjikan kesejahteraan warga bukan mengikut bangsa atau agama tetapi berpandukan keperluan.

Justeru pertanyaan saya sembilan tahun dahulu ingin saya jadikan satu cadangan. Saya mencadangkan agar di wujudkan satu skim pemberian tanah berkelompok kepada bangsa India yang tidak memiliki tanah.

Saya bukan ahli akademik atau pun tukang kaji selidik – maka saya tidak tahu peratus dan jumlah keluarga India yang jatuh ke dalam status miskin tegar, daif dan hidup dalam kesesakan.Tetapi secara impirikal kita tidak dapat menafikan bahawa gulungan ini wujud.

Dari apa yang saya baca mereka ini adalah buruh-buruh ladang getah yang telah di tinggalkan bagitu sahaja apabila ladang-ladang ini beralih tuan, dari getah menjadi ladang kelapa sawit atau ladang-landang ini bertukar status dari pertanian ke perumahan.

Rasa saya adalah tepat jika bangsa India yang memiliki pengalaman dalam hal perladangan getah ini di berikan tanah agar mereka dapat menggunakan pengalaman lama mereka untuk perladangan sawit.  

Tanah untuk yang mereka yang memerlukan tanah wajib dijadi dasar Pakatan Rakyat. Tanah untuk penggarap adalah dasar pertanian yang tepat. Jika kita menolak Tuan Tanah British yang duduk di London maka kita juga wajib menolak Tuan Tanah yang duduk di Country Heights. Siapa menggarap maka dialah yang seharusnya menjadi pemilik tanah.

Generasi muda hari ini mungkin kurang sedar bahawa masyarakat India yang kelihatan terbiar hari ini telah memainkan peranan pembangunan ekonomi yang bagitu penting dalam negara ini. Laluilah jalan-jalan dari kota ke kampung-kampung pendalaman. Dari bandar ke pekan-pekan kecial. Semua jalan-jalan ini adalah hasil dari tenaga buruh bangsa India.

Mereka juga bertanggung jawab membanting tulang untuk membariskan landasan keretapi dari Singapura hingga ke Padang Besar – dari Gemas hingga ke Wakaf Baru. Mereka juga memburuh membanting tulang penyumbang 60% untuk ekonomi British ketika kerajaan kolonial British menjajah Tanah Melayu.

Masyarakat imigran dari India yang di bawa oleh Britsh ke Tanah Melayu ini memiliki struktur sistem budaya berkasta-kasta. Justeru, secara licik dan sedar sistem kasta ini telah di ekploit ke maksima oleh penjajah British. Kasta yang paling terendah dijadikan kuli di ladang-ladang milik British. Kasta yang lebih tinggi dijadikan mandor atau pegawai rendah. Untuk melalai dan mententeramkan kehidupan kuli-kuli ini kedai-kedai todi telah disediakan oleh Tuan Ladang.

Seperti mana yang berlaku terhadap masyarakat Melayu, bangsa India juga telah di jual oleh para pemimpin mereka kepada kepetingan ekonomi British. Kalau bangsa Melayu telah di jual kepada British oleh kelas feudal Melayu, buruh-buruh India pula telah dijual bulat-bulat oleh pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mereka.

Sejarah penjualan kuli dan buruh India di Tanah Melayu ini berterusan dari zaman British hingga ke hari ini. Pemimpin-pemimpin bangsa India yang kita kenali atau kita baca nama-nama mereka sama ada dalam parti Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kebanyakan adalah dari kasta yang lebih tinggi dari kasta yang menjadi kuli dan buruh. Atau pun mereka, walau pun Tamil, tetapi bukan datang dari tanah besar India tetapi dari pulau Ceylon.

Malah banyak diantara mereka ini bukan sahaja tidak tahu berbahasa Tamil malah dari segi budaya mereka ini adalah saki baki dari kumpulan Anglo-Indian – yang berbontot hitam tetapi pengampu Mat Saleh. Bila Mat Saleh balik kampong mereak menjadi pengambu gerombolan United Malays National Organisation.

Masyarakat Melayu hari ini wajib menyedari jika kita membuat perbandingan diantara Melayu/India dan Melayu/Cina – maka kita akan menemui hubungan yang amat intim dan rapat diantara budaya Melayu dengan budaya bangsa India. Dalam sejarah pembudayaan negara bangsa, budaya Melayu di seluruh kepulauan Melayu ini amat rapat pertalian budayanya dengan budaya tanah besar India dari budaya tanah besar China.

Struktur feudal budaya Melayu yang kita gunapakai hari ini adalah serpihan dari budaya feudal India. Secara bijak pembentukan budaya feudal Melayu telah menapis keluar struktur kasta kolot dari tanah besar India. Secara positif bangsa Melayu telah menerima bangsa India tanpa melihat kasta dan keturunan mereka. Bangsa Melayu tidak mengenali Brahmin, Chettiar, Pariah atau Mandor. Bangsa Melayu tidak memiliki nilai untuk memisah-memisahkan bangsa India mengikut kasta-kasta mereka. Dalam mata hati bangsa Melayu semua bangsa India itu sama. Ini amat positif.

Dari segi pembudayaan bahasa – Bahasa Melayu tanpa menapis telah menerima pakai bukan sahaja perkataan-perkataan dari Sanskrit tetapi menghayati konsep-kosep yang dibawa oleh perkataan-perkataan ini. Mungkin ramai yang kurang sedar bahawa konsep dosa dan pahala itu memiliki akar umbi dari bahasa India Sanskrit.

Apa yang saya tulis diatas adalah sebagai hujah untuk menyokong cadangan saya agar bangsa India yang menjadi penduduk miskin kota ini di sediakan satu skim pemberian tanah berkelompok. Adalah adil untuk kerajaan Pakatan Rakyat melahirkan satu dasar skim tanah berkelompok sama seperti bangsa Melayu yang tidak bertanah yang telah mendapat skim tanah Felda.

Cadangan saya ini adalah sebagai jawapan positif kepada tuntutan Hindraf. Tuntutan Hindraf ini jika kita baca kelihatan tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Tuntutan Hindraf ini mengingatkan saya ke zaman kemahasiswaan yang naif tetapi penuh dengan idealisma.

Masanya telah sampai untuk kita semua tidak lagi menyalahkan penjajah British. Itu adalah sejarah. Kita berkeupayaan untuk menyusun dan mendirikan sebuah masyarakat negara bangsa yang adil. Lesong di tangan dan lada dalam mangkuk maka kitalah yang wajib menumbuknya untuk menjadikan sambal. Menyalahkan British memang senang kerana mereka tidak wujud lagi dalam percaturan siasah harian kita. 

Kita seharusnya menghadapi masaalah penduduk India yang miskin tegar ini dengan fikrah terbuka. Kemiskanan membawa pelbagai bentuk permasalahan. Masalah mereka akan menjadi masaalah kita semua. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita semua. Jika mereka senang kita juga akaan menikmati kesenangn itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang berpaksikan Ketuanan Rakyat jika ingin dilihat adil dan melintasi politik perkauman wajib melakukan langkah-langkah yang bukan retorik tetapi dapat di pegang, di cium dan di makan. Jesturu satu skim tanah untuk bangsa India yang miskin tegar adalah satu cadangan dari saya.

Comments (15)Add Comment
...
written by Garend, January 08, 2009 13:42:23
Wahai Bang Rais... Bagus juga cadangan hang.. memang lebih baik dari dibiarkan merosot.. baik bagi saudara-saudara kaum India kita mengerjakan ia.. Saya sokong cadangan begini..

report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by asguard, January 08, 2009 13:44:23
Satu cadang menarik tetapi perlu berhati... kerana ini boleh diputar belit oleh UMNO untuk kepentingan sendiri!
report abuse
disagree 2
agree 24
...
written by carribeanking7, January 08, 2009 13:52:32
Idealism brings out the naivety in the best of us Saudara Rais, not everyone knows how to articulate their views properly. A good suggestion worthy of consideration, but it must be done in the context of being just one of the many measures undertaken in the larger effort of eradicating poverty irregardless of ethnicity.
report abuse
disagree 0
agree 24
...
written by Badaksumbu, January 08, 2009 14:02:18
Bila dorang layak, dorang Malaysians, tak kira bangsa ugama la, orang UMNO yang banyak wang dia boleh cari rezeki-kita orang harus sokong pendapat yang baik.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by Democrats, January 08, 2009 14:40:40
The UMNO malays will rather hang on to these lands with their iron grip and let it be idle rather than giving it away or work on them..... Better sit and wait for hand out from the government.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Comodo, January 08, 2009 15:25:20
Hi Abang Rais,
Saya pernah tertanya diri sendiri sepuluh tahun yang lalu, kenapa sibotak Samy tak berjuang untuk mendapatkan tanah seperti FELDA bagi kaum India selepas ladang estet ditutup atau berubah tangan. Tak salah tawar tanah terbiar untuk diusahakan, mungkin dah menjana ekonomi Malaysia.
Hari ni kebanyakan kaum India dah berhijrah kebandar dan banyak jugak yang dah sesat kerana nak hidup di bandar.
Tapi saya pasti satu hari mereka akan maju dengan usaha sendiri kerana Indian been pushed to a corner already and start to explode. Nov-25-2007 Handraf rally adalah buktinya.

Any way your idea should be implemented few years back by bastard samy v....
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by sactyr, January 08, 2009 15:41:45
Mr Rais,

I fully support your idea. Even though I am an Indian, don't you think we should not only help the poor Indians but also the poor across all races? I am sure there are poor Malays and Chinese and others who do not have home too.

If we decide to help only the Indians who do not have a home, then how different is our policy to NEP, which aims only to help Malays?

I believe that if we are to abolish poverty in this country, we should do so across all races.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by IbnAbdHalim, January 08, 2009 16:27:47
Suatu cadangan yang baik! Maka kita berharap usaha ke arah ini tidak tertangguh-tangguh. Satu pukulan maut buat UMNO/BN yang selama ini bersikap seperti penjajah.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by advocatusdiaboli, January 08, 2009 20:56:29
Hishamuddin Rais..I thank you.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by ThugMentality, January 08, 2009 21:33:00
1 idea yg bernas,tapi adakah PR akan melaksanakan ketuanan Rakyat jika PR menang PR ke 13!.Kita tunggu dan lihat.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Vasily, January 09, 2009 00:40:46
Tanah FELDA???...bullshit!!!...fcking bullshit!!....aku tengok geran tanah FELDA baoak aku, dapat masa year 2000 dulu...NAJIB sendiri yg kasi...sebab bapak dia dah mamapos!!...aku tak amik pot sgt...pasal aku tak harap langsung tanah bapak aku tu....ttp baru nie aku tanye bapak aku, nak tgk geran tuh...so bapak aku yg tak skolah tinggi, bodoh, (setakat tau membaca papan tanda & isyarat jalan supaya tak kena langgar ngan mercs& BMW puak2 feudal & burjois bila melintas jalan...)..pun bagilah...aku tengok2 "HAK MILIK SEMENTARA/PAJAKAN 99 TAUN"..bkn hak milik kekal, selama nie mati2 aku ingat hak milik kekal lepas 25-30 taun....so aku pun tak sure lah, ttp aku cakap kat pak aku...aku beli rumah semua hak milik kekal..bkn pajak/sementara..free hold...bkn lease hold...biar harga mahal pun ttp jd hak kita...so bapak aku pun termenung gak...macam nak nagis pun ada....pasal aku kata, kalau abis tempoh "pajakan" tu nanti...kalau gomen nak buat padang golf/ kelab dangdut/pusat pelacuran...any time dia org blh halau anak cucu cicit abah yg duduk menetap kat situ....ttp entahlah kot paham ke tidak abah aku tuh....biasalah mentaliti orang MELAYU FELDA...ttp aku tak salhkan bapak aku walau sekelumit zarah pun....his sacrifices & hardships make me what am I now!!
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by anakmalaysia777, January 09, 2009 01:21:46
HINDRAF has been been standing-up for the marginalized people of Indian labour origin. MIC under Samy Velu's leadership miserably failed them. The BN completely and conveniently closed its eyes to this segment of its citizens. And now they do wnat to know the truth.

While I do not completely agree with some of the analysis in the article, I think that your suggestion to award land to the landless persons of Indian labour origin is a brilliant idea.

These people can become very productive citizens. It does not have to be rubber or oil palm plantations. Select those who are truly landless and have the physical ability to work and give them land and assist them in commercial farming - producing fruits, vegetables, flowers, dairy products (most of the milk consumed in this country is imported)and animal husbandry. The government could identify Indians who have been able to break out of the vicious cycle are doing well for themselves and their children and use them as good examples for those who have been marginalized. MARDI and other government agencies who have been spending millions annually on all kinds of exotic research should be asked to help develop truly useful agricultural industries. After all this is one of the main objectives of the Malaysia Plan.

And this can also be done for the poor, marginalized and landless people of all races. The government should encourage and support them to become productive, self reliant and proud citizens. This should be the concept of Malaysia Boleh and not all the ills - cronyism, corruption and get rich quick schemes and other nefarious that are being perpetuated under that slogan.
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Sphinx, January 09, 2009 09:31:11
A very matured point of view. Well, i think what is needed now is a much more comprehensive approach towards eradicating poverty and instill equality. Giving them land is a great idea, but how can it be done in a fair manner, and it should not be secluded to only the Indians. It should be done to any Malaysians who needs to whole nations support. They are still poor Chinese and poor Malays. One Malaysia for all Malaysians.

Well done Hishamuddin Rais
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by tmf, January 11, 2009 16:57:43
Dear sactyr,

Thank you for your enlightening words. We shall look at each other as fellow Malaysian and better still, fellow human with the inherent God given rights and freedom to persue well being and happiness without any form of discrimination.
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by zarms97, January 15, 2009 02:11:07
smilies/grin.gif BILA TIBA-TIBA RAIS YATIM JADI ALMARHUM...MAKE SURE PR PUT HISHAM THERE.
CHEERS
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM