A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow “Suara Rakyat Suara Keramat Siri 2”

“Suara Rakyat Suara Keramat Siri 2” PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 08 January 2009 09:50

MALAM INI PENYU MENANGGIS

Bagaimana mungkin rakyat Kuala Trengganu lupa penganjuran pesta tersebut hanya untuk dinikmati oleh orang-orang “bourjuir” atau golongan bangsawan sedang rakyat sekadar menonton dari jauh dengan kepiluan hati menyaksikan bagaimana hasil dari royalti minyak bagaikan dilimpahkan kepada orang asing.

KAMAL AMIR MENULIS

RENCAM Pilihanraya kecil di Kuala  Terengganu menyaksikan secara tiba-tiba calon Barisan Nasional Datuk Wan Farid tidak lagi menjadi calon “favourite” untuk memenangani kerusi yang ditianggalkan oleh Allahyarham Datuk Ismail memandangkan kerancakkan kempen di gelanggang pentas tajaan BN semakin sepi dan ada kalanya bagaikan tidak bermaya lagi.

Masuk hari kedua seusai penamaan calon kelmarin bandar Darul Iman yang terkenal dengan cerita Monsoon Cup. Masjid Kristal dan insiden Azman serta Subandi “ditabrak” oleh peluru hidup pada tahun lalu kian sepi apabila para penyokong Barisan Nasional yang datang berbondong sebelum hari penamaan calon mula meninggalkan Kuala Terengganu.

Kesepian begitu terasa apabila bas-bas yang dipunggah beratus-ratus biji untuk membawa para penyokong mula meninggalkan bandar Kuala Trengganu kembali ke negeri dan bahagian masing-masing dalam meneruskan kehidupan  yang kian tidak menentu kesan kemelesetan ekonomi dunia.

Esok khabarnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dijangka turun untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional yang  bagai “cacing kepanasan” melihat hari-hari suramnya tidak lagi berkesempatan berada di anjung Seri Perdana. Mungkin ada pengumuman “molek-molek belake” bakal diumumkan oleh pemimpin besar Mazhab IslamHadhari itu sebagai  upaya mengamit sokongan rakyat Kuala Trengganu.

Namun yang pasti  rakyat di Kuala Trengganu tetap dengan kebulatan tekad mereka bagi menjelmakan “Suara Rakyat Kuasa Keramat” kesan kesilapan beberapa tahun kebelakangan ini apabila mereka bagai dipinggirkan oleh suku sakat Datuk Wan Farid terutama  saat pesta Monsoon Cup diadakan.

Bagaimana mungkin rakyat Kuala Trengganu lupa penganjuran pesta tersebut hanya untuk dinikmati oleh orang-orang “bourjuir” atau golongan bangsawan sedang rakyat sekadar menonton dari jauh dengan kepiluan hati menyaksikan bagaimana hasil dari royalti minyak bagaikan dilimpahkan kepada orang asing.

Begitu juga persoalan pembenaan Masjid Kristal yang khabarnya menelan belanja lebih dari dua ratus juta ringgit  dimana keuntungan dari perojek tersebut tidak dinikmati oleh rakyat sebaliknya hanya untuk segelintir orang tertentu yang rapat dengan Datuk Wan Farid. Dan lebih mendukacitakan mereka apabila  rakyat disekitar kawasan tersebut masih terus dibungkus kemiskinan.

Sewaktu melawat persekitaran kawasan Masjid Kristal yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu tidak siapa mampu menahan rasa marah apabila melihat mutu pembenaannya sekadar “indah khabar dari rupa” di mana bahagian pintunya sudah mula dijengah karat dan berlaku keretakkan  dia sana sini.

Beberapa kali laporan dibuat agar pihak berwajib segera menyiasat dan membawa kemuka pengadilan terhadap pihak yang melakukan khianat meluluskan mutu kerja yang amat tidak sepadan dengan harga kos pembenaan,namun sehingga saat ini tiada sebarang berita didengar apakah pihak kerajaan bakal melakukan siasat kemungkinan ujudnya elemen korupsi.

Terbaru saat mengumumkan pemilihan Wan Farid sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil itu, seluruh rakyat Terengganu bagaikan dijaring mimpi mereka apabila pengumuman dibuat sejumlah lebih empat ratus  juta ringgit wang royalti mula dibayar kepada kerajaan negeri beserta jaminan akan menyusul lagi dengan jumlahnya mencecah angka billion ringgit. Namun begitu hinga saat ini sepatah kata rakyat di Kuala Trengganu “indah khabor dari rupe, belum terasa lagi nikmatnya untuk orang ganu kite!”.

Mungkin kerana itulah gelanggang serta pentas politik yang dianjurkan oleh Barisan Nasional kelihatan lenggang, Kalaupun ada yang datang, ia tidak lebih mencecah angka dua tiga ratus orang sahaja, sebaliknya sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pencaknya di Kuala Terengganu, ribuan  rakyat dan pengundi berbondong-bondong menghadirinya.

Disamping itu pendekatan yang dilakukan oleh calon Pakatan Rakyat berserta para pemimpin Pas, Keadilan dan DAP untuk turun melawat dari rumah kerumah ternyata begitu berkesan. Kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka cukup membuatkan para pengundi di Kuala Trengganu  teruja dan menjadikan situasi tersebut bagaikan lagenda “malam ini penyu menangis” untuk Barisan Nasional.

Seandainya situasi sebegini berterusan untuk satu minggu lagi pastinya kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu akan terlepas ketangan Pakatan Rakyat. Sosek-sosek kedai kopi serta cakap-cakap dibeberapa majlis sudah ada menyebut bahawa bukan sahaja ahli dan penyokong Pas serta Pakatan Rakyat bakalmemberikan undi kepada saudara Wahid Rasol, sebaliknya sudah ada  juga orang Umno yang akan berpaling tadah.

Situasi sebegini tentulah tidak begitu baik untuk parti Umno dalam gagasan Barisan Nasional, namu  dari sumber yang rapat dengan ahli Umno Kuala Terengganu ramai para penyokong Zubir Embong merasa kecewa kerana beliau tidak dipilih sebagai calon. Begitu juga dengan pengikut dan orang kuat Datuk Roslan Chik yang kempunan melihat tokoh idola mereka tidak memperolehi kesempatan bertanding.

Sebagai “Post Mortem” awal berhubung pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, kekalahan BN disamping ketegasan gulongan muda dan sebahagian besar mahu memperlihatkan serta menterjemah “suara rakyat kuasa keramat” ia turut didorong oleh krisis dalam bagi Umno Terengganu.

Para juak dan orang keliling Datuk Idris Jusoh khabarnya bakal melakukan “sabotaj” dalam senyap kerana mereka mahu membuktikan Datuk Mohd Said yang mengambil alih teraju kepimpinan dinegeri itu tidak mendapat sokongan rakyat.  Dalam erti kata lain mereka berpendapat kemenangan calon BN bakal mengangkat laginama Mohd Said serta tanda berakhirnya pengaruh Datuk Idris Jusoh mantan Menteri Besar yang  tidak mendapat perkenan dari Istana musim krisis jawatan Menteri Besar tujuh  bulan lalu.

Tidak terkecuali orang kiri dan kanan Allahyarham Datuk Ismail yang  bagaikan mahu membalas  dendam terhadap percaturan politik Umno Kuala Terengganu di mana khabarnya sewaktu hayatnya,  Allahyarham disingkirkan dari saf kepimpinan Umno bahagian tersebut. Lebih mengecewakan mereka lagi  meskipun berjawatn Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri namun Allahyarham gagal diberi  laluan menjadi perwakilan ke perhimpunan Agung Umno Malaysia.

Kalangan mereka merasakan semua ini berlaku disebabkan Umno Bahagian Kuala Trengganu ditabdi secara kroni dan nepotisma di mana didominasikan oleh Wan Farid bersama abangnya Datuk Wan Hisham mantan Exco kerajaan negeri.

Ekoran dari itulah menjadikan Wan Farid bakal menghadapi  situasi sukar memenangi kerusi  Parlimen dalam pilihanraya kecil kali ini disamping itu statusnya tidak lebih sebagai “calon underdog” meskipun kerajaan yang memerintah Terengganu hari ini adalah kerajaan Barisan Nasional.  Apapun yang pasti “malam ini penyu tetap akan menanggis” mengenangkan untung nasib Wan Farid  bagaikan Lebai malang, ayam menang kampong tergadai...... Alahai!!!!

Comments (10)Add Comment
...
written by Motherchell, January 08, 2009 10:11:20
This is the only Country in the World where the State is kept blind to all the plunder by the Federal Govt . Its like a Father poisoning his own son into slow death daily!! Hope the True Malays wake up to see this error and bring the whole BN grouping to book!! Take back KT as the first stage -- the rest will fall into place my dear brothers at KT.
Show them who the people of KT are truly ---for the people OR for the cronies at Putrajaya!!
http://sjsandteam.*********.com/
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Tompios, January 08, 2009 10:15:02
UMNO Bin BN adalah sebuah parti politik yang pembohong. Sangat pembohong sehingga pembohongannya masih meluat dalam otak kepala kita. Pembangunan 100 hari pada tahun 1990 an di Sabah? Sudah ke mana janji2 UMNO penaja BN di Sabah? Sekarang, UMNO memerintah Sabah, tetapi masih termiskin di Malaysia. Pembangunan kepala hotak! UMNO sangat pintar sharing 'aroma wangi masakan' dari dapurnya kepada orang yang kelaparan dan berjanji makan sama-sama. Malangnya, hanya blue blood UMNO saja yang dapat menikmatinya.Rakyat jelata hanya dapat janji KOSONG, bersyukur dapat menghidu aroma masakan dari istana UMNO.

Saya percaya, penduduk KT tidak akan terpancing janji-janji UMNO untuk sharing masakan mereka. Selama ini hanya 'aroma masakan' sahaja untuk penduduk Malaysia.
Tumpaskan UMNO sang Ular yang sudah 51 tahun tukar-ganti kulit!!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by DreamLady, January 08, 2009 10:15:58
Salam sejatera, Kamal, many thanks for the update. You did a wonderful job with your articulate write up. Without your narration, most people do not know much about Trengganu politic in detail. The mass media (the papers) and TV1,2,3, are the running dogs for UMNO regime. Whatever news that is detrimental to the regime is covered up with 'rapi' so that nobody can smell the stench of the carcasses!

Thanks again once again, and continue to keep us posted!!! Have an adventurous day!!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by asguard, January 08, 2009 10:51:51
Biar mereka gaduh sesama sendiri (UMNO) kemudiannya... kerusi itu adalah milik PAS ...
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cheekhiaw, January 08, 2009 11:09:08
Pencuri2 tempatan guna orang asing sebagai alasan untuk curi saja. Akibatnya penyu menangis, rakyat derita. Penyu tak boleh buat apa lagi tapi manusia boleh. Rakyat boleh tendangkan pencuri2 itu kedalam laut Cina Selatan.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by othman hitam, January 08, 2009 11:40:45
Wahai warga Terengganu, terutama warga Kuala Terengganu...fikir habis-habis & semasak-masaknya:
1. berpuloh tahun kerajaan negeri d bawah umno (dari zaman wan mokhtar)menerima wang royalti, berapa banyak yang sampai pada tuan-tuan atau d gunakan untok pembangunan yang menfaatkan tuan-tuan??
2. kenapa rakyat negeri Terengganu berada d tempat nombor dua d mana rakyat miskin paling ramai??
3. Kepada kaum Tionghua, umno perlukan undi tuan-tuan, sebab itu manis mulut mereka bila merayu pada tuan-tuan. Bila dah menang, pemimpin mereka dengan bangga akan mengingatkan bahawa tuan-tuan adalah pendatang & pemimpin umno ada lah TUAN di negara ini
Kepada kedua-dua rakyat Malaysia ini, jangan tertipu lagi dengan umno & b eng. Berilah undi tuan-tuan kepada PAS agar kita bersama-sama dapat bersihkan negara tercinta ini demi anak cucu kita..
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Garend, January 08, 2009 11:49:09
Indeed It is like music in my ears when I listen to all those problems in BN.as they say even if you don't shout it out or hide your internal conflict well that does not mean you don't have problem. I kinda appreciate it when Pakatan would bring out their problem out to the public then we would be updated and ultimately.we can have a say on what we want and things like that.And why all these sabotage stuff? that is because of cronyism.they are sour grape.because they didnt get a cut of the pie.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by ahmadneil, January 08, 2009 12:00:05
There is no way we new malays will trust this corrupted gov't.We have forsaken them.They are spinning out too much bullshit and if we listen to them we will be swallow by this quicksand.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by carribeanking7, January 08, 2009 14:28:00
"Esok khabarnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dijangka turun untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional "

Biarkan , pada PRU 12 pun dia pergi ke lembah pantai, untuk memberi sokongan moral kepada Sharizat yamg memang ramai menjangka akan menang , dan ramai yang memperlekehkan Nurul Izzah yang kononya budak mentah---ahkirnya suara rakyat yang keramat membuat keputusan muktamad.

Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Kritz, January 08, 2009 16:08:38
Wahai pengundi K Terengganu! Pakat pakoh PAS lah belake!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM