A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow PRK: 'Berubah demi kesejahteraan hidup', tema calon PAS

PRK: 'Berubah demi kesejahteraan hidup', tema calon PAS PDF Print E-mail
Posted by admin   
Thursday, 08 January 2009 08:30

(Hrkh) - Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut meminta agar pengundi Kuala Terengganu bangkit melakukan perubahan demi menjamin kesejahteraan hidup mereka pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam.

"Kita perlu mengubah keadaan masyarakat di Kuala Terengganu ini yang masih tidak mendapat apa-apa kesan daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini," katanya.

Oleh itu, katanya beliau menampilkan tema kempen beliau iaitu 'Berubah demi kesejahteraan hidup.'

Beliau turut merayu kepada pengundi Cina agar memberikan peluang kepada pakatan rakyat.

Dengan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan Paktan Rakyat ditambah dengan isu-isu lokal yang banyak membantu, beliau tetap berkeyakinan bahawa pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepadanya.

Image"Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan Umno-BN.

"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa masyarakat Cina di Kuala Terengganu cukup faham dan menerima penjelasan mengenai hudud.

"Mereka faham dan terima Hudud kerana ia bukanlah untuk bukan Islam tetapi hanya dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, yang sebilangannya orang Melayu.

"Pihak yang marah dengan Hudud ini sebenarnya adalah Umno, bukan orang Cina atau bukan Islam," tegasnya.

Mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru, beliau menganggap bahawa ia adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

ImageMohd Abdul Wahid juga berjanji akan menambahkan suara Pakatan Rakyat di parlimen setelah memenangi pilihan raya tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas mengenai calon lain.

Adun Wakaf Mempelam itu yakin dengan kekuatan yang dimiliki PAS setelah berjaya memenangi tiga daripada empat Dun dalam parlimen Kuala Terengganu.

"Pengundi Cina memberikan sokongan yang cukup bagus dan saya kenal ramai di kalangan mereka kerana saya pernah bertanding di Dun Bandar pada 1986," ujarnya lagi.

Beliau turut menafikan anggapan sesetengah pihak bahawa dengan kedudukan sebagai wakil rakyat di peringkat negeri itu akan mengurangkan sokongan terhadapnya dalam pilihan raya kecil kali ini.

Comments (5)Add Comment
...
written by asguard, January 08, 2009 08:59:16
Please give your support ....
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by DreamLady, January 08, 2009 09:48:09
Wahai, saudara Abdul Wahid, you dress like a winner, you talk like a winner, You are definitely going to be THE BIG TIME WINNER !!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Garend, January 08, 2009 09:51:39
Sudah sampai masa untuk BERUBAH.. Jom.. ayuh beramai-ramai pergi berundi.. and undilah PAS..
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by cheekhiaw, January 08, 2009 11:19:41
KT Chinese, Remember the wisdom of the Chinese saying 'To ride a mule while looking for a horse'. In this case, it seems to be better than a mule. Ride that dark horse. The other is just a stealing ass.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by ahmadneil, January 08, 2009 11:47:29
Chinese have verbally given their assurance that their votes will be PAS.umno will have no votes from the chinese unless they put Ahmad Ismail in Kamunting.
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM