A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kemenangan PAS di Kuala Terengganu penting - DAP

Kemenangan PAS di Kuala Terengganu penting - DAP PDF Print E-mail
Posted by admin   
Tuesday, 06 January 2009 23:40

(Hrkh) - Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok.

Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding.

"Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini.Image

Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail.

Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004.

ImageMalah katanya, beliau juga pergi ke Kuala Terengganu menemui masyarakat Cina bersama Abdul Wahid dalam satu kempen yang diadakan baru-baru ini.

"Pada kempen tersebut Abdul Wahid memberi hadiah bunga kepada wanita-wanita Cina yang ditemui. Keadaan itu begitu menarik sekali kerana ia jarang berlaku sebelum ini.

"Malah masyarakat Cina tempatan menerima kedatangan kami dengan ramah sekali," katanya.

Sementara itu, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimana begitu ramai anggota polis dikerah ke Kuala Terengganu bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, seramai 6,000 anggota polis dipunggah ke Kuala Terengganu seolah-olah mengggambarkan suasana tidak elok akan berlaku.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, situasi baru politik di kalangan pembangkang berlaku di negara ini bermula tahun lepas apabila dua parti yang berlainan ideologi dapat duduk bersama dalam satu pasukan.

"PAS dan DAP masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, namun sekarang dapat duduk semeja dalam mentadbir beberapa negeri..

"Oleh itu kalau berlaku silap salah ia menjadi perkara biasa ke arah memantapkan lagi Pakatan Rakyat," katanya.

Comments (10)Add Comment
...
written by Zym Zym, January 06, 2009 23:48:04
Oi Teresa, lu apa bikin pigi kem Najiib? Lu mau kena C4 kah? btw, were you wearing skirt? Coz, Najiib will go after everything that wear skirt. I guess u were wearing pants, ya. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 4
agree 22
...
written by joeawk, January 06, 2009 23:55:24
The process for change has started and they shall be no turning back. Malaysians must march forward to ensure real change which is for a better Malaysia for all Malaysians.

We shall not fall for the lies of the BN, ever again.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Motherchell, January 07, 2009 00:20:30
PAS you will win BIG !!!! All my prayers are for you . God Bless !.

In retrospect -- with a the large contingent of Police and SB with Najib tells me he is not a representative of the people . Only African rebel chiefs walk around with so many gun slinging COPS and henchman. Najib does not give any display as a peoples rep -- rather a tribal head hunter!! after all he is not an elected DPM ------ its the Party's choice . See what i mean -- shame on the UMNO with the number of cops ! like it was some Somalian provincial elections.
http://sjsandteam.wordpress.com/
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by miwaki, January 07, 2009 00:50:57
Kemenangan PAS adalah penting untuk negara kita,kita kena jatuhkan BN satu demi satu sekarang dan pada pilihan raya akan datang,kita hancurkan mereka sekali gus.
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by johanssm, January 07, 2009 01:55:18
Bukan saja penting untuk Pakatan Rakyat menang sahaja.
ada lah sangat bermakna untuk kami yang anti ISA .
Penting untuk rakyat yang berjuang hak asasi dan juga penting untuk yang berjuang untuk keamanan Malaysia.
Malaysia and KT say NO No NO to umno.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by future, January 07, 2009 04:29:24
So much rakyat's money wasted by the reinforcement of police and security personal
to protect UMNO VIP.There are not on official duties but a political function but
that is UMNO which believe the country belong to them.They are no difference from
those in Zimbabwe and the warlords in Africa.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by batsman, January 07, 2009 07:41:29
DAP - Thank you.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Garend, January 07, 2009 09:42:23
Yeah thats the way.. we have our differences.. but thats ok.. thats what make us unique.. and that means that each of the component parties are truly doing their job.. not like some UMBER Control Freak Party where no one is allowed to have a different voice.. and the voices of the ppl are killed if they are not aligned with the leaders.

At leaast the PR is open enough with their problems.. at least the real BOSS.. (Rakyat) can see what is going on and it is not done hidden..

I say.. it is enough.. time to change..

But dear PR Members and Pete in KT.. please be extra careful... I guess the Police are up to no good there.. please don't do anything that would give them excuse to withheld anyone..
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by amoker, January 07, 2009 13:25:13
Almost the whole list of YBs from DAP is up in KT to support. Very proud at how PR is supporting each other.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Bluechip, January 07, 2009 17:01:29
Kemenangan PAS di Terengganu memang penting bukan sahaja untuk PAS tetapi untuk Parti-parti lain yang bertanding.

PAS, walaupun menang di Terengganu pada musim Pilihan Raya Kecil ini nanti, PAS pastinya tidak dapat melaksanakan manifestonya atas nama daripada rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat. Ini kerana PAS memperoleh hasil melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat. Hanya BN yang mengenakan cukai ke atas rakyat.

PKR pun senasib dengan PAS, walaupun cemerlang, gemilang, dan terbilang pada musim Pilihan Raya Kecil ini, PKR tidak boleh memperoleh hasil melalui cukai ke atas rakyat.

Walau bagaimanapun, kemenangan P36 ini penting buat PAS mahupun PKR. Kemenangan yang sedikit mampu menggoncang BN dimasa yang akan datang.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM