A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Hanya untuk sebuah kerusi parlimen

Hanya untuk sebuah kerusi parlimen PDF Print E-mail
Posted by admin   
Tuesday, 06 January 2009 12:56

RATUSAN JUTA WANG RAKYAT LEBUR

Dangkal dan sengkek sungguh pemikiran seorang Menteri Besar yang diangkat menjadi Menteri Besar bukan atas sokongan Barisan Nasional itu. Dia lupa diri bagaimana hanya untuk meletakkanya sebagaiMenteri Besar seluruh Terengganu jadi kecoh dan tercetus budaya caci mencaci membabitkan kemuliaan istana. 

KAMAL AMIR MENULIS

SEKALI lagi secara terang wang rakyat dibazirkan. Hanya untuk sebuah kerusi Parlimen bagi pilihanraya kecil maka pimpinan kerajaan hari ini sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat semata-mata sebagai upaya meraih sokongan. Selain dari hamburan dan taburan wang ringgit untuk mempastikan berbondong-bondong rakyat dari kawasan luar diangkut ke Kuala Terengganu, tidak terkecuali adalah janji seribu mimpi pelbagai peruntukkan diumumkan bakal diperolehi oleh pengundi kawasan Parlimen tersebut.

Sebagaimana lazimnya menurut laporan di media massa lebih dari lima ribu anggota keselamatan (pasukan polis) dipunggah ke Kuala Terengganu atas alasan mahu menjamin keselamatan. Selain para pegawainya di tempatkan menginap di hotel mewah turut disedaikan kemah-kemah seperti musim haji di Arafah disediakan bagi tempat tinggal anggota polis yang berkampung selama lebih sepuluh hari di Kuala Terengganu.

Melihat dari persiapan yang diatur kita dapat menjangkakan hanya bagi kos mengangkut dan memunggah anggota pasukan keselamatan siap dengan senjata dan perisainya serta kenderaan sebegitu banyak ia pastilah melibatkan wang rakyat jutaan ringgit bagi tujuan tersebut.

Bagaimana pula dengan kehadiran Menteri-menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha –setiausaha politik menteri, anggota kaum kerabat di pejabat menteri, apakah kehadiran  mereka ke Kuala Terengganu dibiayai oleh wang  dari kocek sendiri atau peruntukkan kerajaan seperti kos penerbangan, minyak kereta, pemandu mahupun tempat pengginapan?

Datuk Hishamuddin mengumumkan ratusan juta ringgit diperuntukkan bagi rakyat  Terengganu sebagai usaha memancing undi, beberapa orang Menteri yang berada di  Kuala Terengganu juga tidak terkecuali turut sama dalam pesta menabur seribu janji musim bulan madu. Jika dicongak dan dihitung ia mencapai ratusan juta ringgit. Apakah itu bukannya datang dari hasil cukai yang dikutip dari setiap  rakyat? Apakah hanya  untuk sebuah kerusi Parlimen maka sebegitu banyak wang rakyat dihamburkan?

Lebih melucukan apabila Menteri Besar Datuk Muhamad Said menjadi badut politik yang cukup comot lagi  berlendir oleh nanah-nanah politik songsangnya apabila mengumumkan bahawa peruntukkan sejumlah 5.3 juta yang disedaiakan  oleh kerajaan negeri adalah untuk dinikamati oleh para pengundi di kawasan Parlimen tersebut sekiranya memilih calon Barisan Nasional.

Hampeh dan cukup menjijikkan apabila ungkapan kerajaan Barisan Nasional akan membayar sokongan para pengundi yang memilih calonnya sahaja dan sekali gus ia turut menggambarkan seolah-olah jika rakyat Kuala Trengganu tersalah pangkah memilih calon pembangkang maka mereka akan di hukum untuk merasa kempunan dengan jumlah wang sejumlah 5.3 juta ringgit itu.

Dangkal dan sengkek sungguh pemikiran seorang Menteri Besar yang diangkat menjadi Menteri Besar bukan atas sokongan Barisan Nasional itu. Dia lupa diri bagaimana hanya untuk meletakkanya sebagaiMenteri Besar seluruh Terengganu jadi kecoh dan tercetus budaya caci mencaci membabitkan kemuliaan istana.  Mohd Said lupa bahawa dia berada di anjung kuasa di negeri Terangganu bukan atas sokongan dan kehendak pemimpin Barisan Nasional tetapi kerana rakyat yang memilihnya.

Tanpa rakyat bersedia memberi sokongan kepadanya sudah pasti dah lama dia tersingkir atau terlungkup? Apakah dia lupa betapa kecewanya hati dan perasaannya apabila Presiden Umno dan Setiausaha Agung Umno berserta pimpinan yang ada hari ini mahu memecatnya dari menjadi ahli Umno seandainya dia tetap bertegas mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar?

Baru lima enam bulan peristiwa tersebut dialaminya, mungkin dakwat perlantikkannya sebagai Menteri Besar Terengganu belum kering lagi diatas watikah istana, sebaliknya Mohd Said sanggup melukakan hati rakyat dengan ocahan dan melontarkan kenyataan sebegitu jijik di musim pelan peralihan kuasa bakal berlaku dan di musim rakyat sudah berani menghukum pemimpin dengan slogan “suara rakyat kuasa keramat”.

Kembali menyorot cerita sebgitu ramai anggota polis dikerahkan dan dipunggah ke Kuala Terengganu musim pilihanraya kecil Parlimen di situ timbul persoalan apakah rakyat dan pengundi di kawasan tersebut benar-benar jahil serta tidak bertamadun untuk mesti dikawal selia dan dipasung kebebasan mereka dalam sistem demokrasi yang hakiki?

Apa jadahnya sebegitu ramai anggota polis diperlukan? Tidak cukupkah dengan kawalan seperti biasa atau paling tidakpun cukup sekadar dua tiga ratus anggota polis disediakan sebagai membantu pengundi dan rakyat Kuala Trengganu agar mematuhi undang-undang yang sedia termaktub sejajar dengan perlembagaan negara.

Perlu apa pihak kerajaan memunggah anggota polis seolah-olah bakal berlaku peperangan seperti yang tercetus di Gaza oleh rejim Israel. Apakah rakyat tidak memahami hukum hakam dan para penyokong akan bertempur serta berbunuh-bunuhan sesama sendiri hanya untuk sebuah kerusi Parlimen? Cukup tidak masuk akal rasanya apabila kenyatan demi kenyataan yang berbaur ungutan kononnya demi menjamin keselamatan pihak yang berkuasa akan melakukan tindakan apa cara sekalipun.

Sudah terlupakah pihak polis bagaimana peristiwa tembakan terhadap Azman dan Subandi yang masih belum selesai kesnya dimahkamah kesan ditembak dengan peluru hidup dan terpasung untuk beberapa hari?

Tanpa sebarang provokosi dan ocahan pihak-pihak tertentu pastinya hari pencalonan dan musim pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan berada ditahap yang selamat. Kalaulah musim pilihanraya umum lalu seluruh negara melaksanakan hari penamaan calon dan membuang undi, ratusan ribu pentas kempen di buka dengan pelbagai penceramah melontarkan seribu satu cerita politik tidak termasuk kegiatan berkempen rumah kerumah, tidak pula terdengar adanya kes berbunuh-bunuhan antara penyokong Barisan Nasional dan parti pembangkang.

Masakan situasi tersebut tidak boleh terjelma dimusim pilihanraya kecil kali inidi Kuala Trengganu. Setiap mereka yang hadir ke Kuala Trengganu adalah merupakan  rakyat cinta damao yang tahu batas-batas dan kebebasan yang ada sempadannya. Untuk itu tidak perlulah dipunggah sebgitu ramai anggota pasukan keselamatan berkubu dan bertaburan di Kuala Trengganu. Rakyat tetap akan mempastikan pilihanraya kecil  Parlimen Kuala Trengganu  tetap berjalan dengan aman dan tenteram.

Janganlah hendaknya pihak yang berkuasa melihat rakyat negara ini tidak bertamdun serta sanggup melakukan tindakan yang bukan-bukan atau ganas. Rakyat tahu memilih siapa yang mereka mahu angkat sebagai pemimpin. Pentas politik hari ini tidak memerlukan retorika bangsat yang memainkan isu perkauman atau chauvanis. Rakyat nampak siapa pemimpin berjiwa rakyat dan siapa pemimpin perampok sebegitu lahap wang rakyat......!

Usahlah bermain dengan sentimen tidak menentu dan ugut mengugut seperti yang dihamburkan oleh beberapa orang pemimpin sengkek lagi dangkal seperti Mohd Said. Bagi rakyat cinta damai mereka tetap akur bahawa “suara rakyat kuasa keramat” dan angin perubahan bukan sesuatu yang boleh dicanai dengan umpanan janji projek serta taburan wang ringgit. Rakyat dahagakan kepimpinan yang jujur serta meletakkan keperihatinan terhadap untung nasib rakyat. Usahlah diperlekeh pemikiran kerana mereka tidak jumud. Sebaliknya hari ini kepongahan pemimpin yang korup dan jumud kian terdedah...... selamatkan demokrasi dibumi tercinta Malaysia.

Comments (10)Add Comment
...
written by carribeanking7, January 06, 2009 13:07:15
Jangan lupa Saudara Kamal, MCA dan Ong Tee Kiat akan kesana untuk menghulur ang pow tunai RM300/- untuk pengundi Cina sempena Tahun baru Cina.

Saya sarankan kepada pengundi KT- bagi ang pow -ambik, bagi laptop ambik-
tapi bila undi pangkah bulan.

Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by mightywill, January 06, 2009 13:10:41
To KT voters: Take whatever they give & vote for PAS. Even with hudud it is better than robbing us to enrich themselves...!!!
report abuse
disagree 2
agree 30
...
written by LKO, January 06, 2009 13:17:54
Aaah, how nice to have a by-election in your area. Ijok is peanuts compared to KT.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Evol, January 06, 2009 13:44:44
in by election, everything from BN we will definitely taken, the only TAK NAK will be on voting day, we only vote for others, anything but not BN!!
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Al Ambia, January 06, 2009 13:45:23
Yep,Orang memberi kita merasa.Bila time mengundi,pangkah bulan.Actually BN takut hudud because they are corrupted.
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by karpi77, January 06, 2009 13:49:48
PERMATANG PAUH 2 akan berlaku di Kuala Terengganu!!!!

Makkal Sakhty!!!
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by hjab, January 06, 2009 13:54:41
previously i didn't usually agree with most of kamal amir's views, but i think he got it spot-on on this one.
some of us who voted PR in the last GE, did so to teach BN some lessons, that the rakyat is not stupid, but it is so glaring to see, 10 months on, they have yet to learn anything, in fact it's getting worse.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Mahad, January 06, 2009 15:45:34
BN knows that the rakyat is against them, that is why Musa Hassan is mobilising his police force to be use for voting purpose. It is really ridiculous for thousands of police personnel to be deploy for only by election.Hopefully the PR election machinery be alert on any suspicious development espescially the SB's.Their dirty jobs was proven earlier on at Batu burok.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by CPY, January 06, 2009 18:44:47
Biasalah tu! Bila kempen nanti, nyanyi lagu 'Bulan mewakili hatiku'!(月亮代表我的心) smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by shissun, January 06, 2009 23:20:14
月亮代表我的心 lol. Wish anwar can sing that for us...
report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM