A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tampal poster: 5 anggota Pemuda PKR bebas dengan jaminan polis

Tampal poster: 5 anggota Pemuda PKR bebas dengan jaminan polis PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 06 January 2009 07:35

(mStar Online) - KUALA TERENGGANU: Lima anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan awal pagi ini kerana menampal poster wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu di sekitar Kuala Terengganu awal pagi tadi - tindakan yang dipercayai berkaitan dengan jenayah intimidasi, telah dibebaskan petang tadi.

Mereka dibebaskan atas jaminan polis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di sini petang tadi.

Termasuk mereka yang ditahan polis ialah Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa dan empat lagi ahli skuad sayap negeri ini.

Fariz juga Timbalan AMK pusat.

Poster yang hanya membawa wajah Altantuya tanpa sebarang mesej ditampal di banyak kawasan yang menjadi laluan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang berada di sini untuk menghadiri siri majlis menjelang hari penamaan calon esok.

Poster sedemikian juga ditampal di kawasan pusat media Jabatan Penerangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fauzi Abduri mengesahkan pihaknya telah menahan keenam mereka di Jalan Cerung Lanjut pukul 4.45 pagi tadi.

Mereka dibebaskan selepas dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman.

Dalam pada itu, Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pihaknya kesal dengan tindakan polis menahan mereka.

Kata beliau, penahanan Fariz jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

"Apa yang menghairankan ialah apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam?" kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata beliau lagi, AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar Altantuya yang dibunuh dua tahun lalu.

"Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?" kata beliau lagi.

Comments (9)Add Comment
...
written by DreamLady, January 06, 2009 07:48:35
Siapa makan cili, dialah rasa pedas! What is wrong with the poster of the late Attantuya??The issue of Attantuya serves as a revengeful ghost to haunt UMNO regime in the coming election.

Karpal, instead of making so much noise about Hudud, how about bringing out the father of Attantuya for sight-seeing on the 17th Jan.? I am sure you would love to play your part well as one of the components of Pakatan rakyat !!!
report abuse
disagree 2
agree 16
...
written by kent chong, January 06, 2009 08:21:54
Tampal poster kena lokap? snatch thief,robber and rapist freely walk around ! NO MORE BOLEHLAND.. we need to change!!!
report abuse
disagree 2
agree 12
...
written by borneoman, January 06, 2009 09:40:10
maybe its time the rakyat "tampal muka/slap the monkey faced tuan polis in our own way!
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by batsman, January 06, 2009 11:08:28
The arrests will get more publicity than a few miserable posters. Najib should tell Musa to do his job with some intelligence. When will UMNO learn that use of force is unpopular?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by tanwi, January 06, 2009 14:08:11
this is another idiotic arrest. At best you can charge them for being a public nuisance ie dirtying the town walls. But by doing so, than you might as well charge all the BN and PR parties who are pasting all sort of posters on the walls!

Face it, there is NO charge. Criminal intimidation?? HAHAHA NO BLADY WAY!

SH really needs to step down as Home Minister. He is the worst and the biggest insult to public intelligence.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by AUTAR, January 06, 2009 16:20:09
Pukimak punya anjing anjing polis termasuk anak amit mulut jubur ayam.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Tompios, January 06, 2009 19:49:54
Waduhai!! Terasa pedas ya? smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by SiHangChai, January 06, 2009 22:08:13
Keenam-enam mereka yang ditahan polis boleh menyaman kerajaan dan polis atas menyalahi undang-undang. Tindakan menampal gambar Mongolian untuk mengiat si Najib yang sekadar Najib boleh mengambil tindakan menyaman secara sivil pada 6 orang ini tetapi polis dan si botak SH tiada kuasa langsung untuk memberkas. Majlis Perbandaran KT boleh mengeluarkan surat saman denda pada mereka. Ternyata pihak polis and SH telah menyalahi undang-undang. Yang ingat rakyat bodoh dan tak tahu undang-undang!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Rozlan, January 08, 2009 21:18:17
Poster Altantuya tu mmg boleh mengancam tau..BUkan ancaman pd negara tapi pd Najib..Pada polis ancaman pd Najib tu kira kiranya ancaman pd negara la.Bukan ke UMNO tu negara dannegara tu UMNO.Tu sebab dua polis tu pergi bunuh Altantuya bila diarahkan sebab mereka di beritahu Altantuya adalah ancaman pd negara.Jatuhnya UMNO maknanya jatoh lah negara.

Anyway these logics were for bangang people .Those who cannot use their brain properly.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM