A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Bukan Wan Farid sahaja, Najib juga pilihan yang buruk

Bukan Wan Farid sahaja, Najib juga pilihan yang buruk PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 06 January 2009 07:30

(Hrkh) - Bukan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sahaja pilihan yang "benar-benar sangat buruk" seperti yang dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah pilihan yang benar-benar sangat buruk, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Dr Mahathir kata, Wan Ahmad Farid akan dipergunakan nanti jika Najib menjadi Perdana Menteri. Maknanya, jika beliau menang, calon Barisan Nasional (BN) Kuala Terengganu itu akan dipergunakan untuk mempergunakan Najib apabila suami (Datin Seri) Rosmah (Mansor) itu jadi Perdana Menteri.

"Maknanya, kenyataan Dr Mahathir meletakkan begitu banyak pihak sebagai pilihan yang benar-benar sangat buruk. Dia sendiri membuat pilihan yang benar-benar sangat buruk apabila memilih (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) sebagai penggantinya.

"Najib juga adalah pilihan yang benar-benar sangat buruk kerana kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan dengan jelas dan tak berselindung lagi bahawa suami Rosmah itu boleh dipergunakan," kata beliau.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai Wan Ahmad Farid, Mohamad Sabu berkata: "Cukup terang dah apa yang Dr Mahathir kata itu. Tak perlu tambah dah".

Diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya PAS "ketandusan isu untuk dicanang pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," Mohamad Sabu menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengidap penyakit tidak nampak yang sangat kronik.

"Tak baiklah kata Muhyiddin buta. Tetapi, beliau nampaknya mengidap penyakit tidak nampak yang sangat kronik. Isu terlalu banyak, masalahnya ruang untuk kita mendedahkannya terlalu terhad.

"Saya nak tanya Muhyiddin, boleh tolong usahakan untuk kita 'airtime' di TV3, RTM dan lain-lain saluran? Tak perlu banyak, satu hari satu jam pun cukup, katakan dari pukul 9.00 hingga pukul 10.00 malam. Kita boleh bagi dia nampak sama ada PAS ketandusan isu atau tidak," katanya.

Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari akan datang sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika Najib menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini (http://www.malaysiakini.tv/video/16548.html).

Sebelum ini, dari pendedahan Dr Mahathir juga, Malaysiakini melaporkan Najib dibayangi "budak-budak Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri)".

Dr Mahathir juga pernah menyifatkan Najib tidak cekap, lemah dan pengecut, tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik dan lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau juga tidak yakin Najib mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Bekas Presiden Umno itu juga pernah menyatakan beliau tidak yakin peralihan kuasa di dalam Umno akan memulihkan parti itu.

Beliau tidak yakin gejala rasuah dan politik wang dalam Umno dapat dibendung meskipun Najib bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya.

Bekas Presiden Umno itu berkata, gejala itu agak sukar dikawal kerana rasuah telah menjadi satu budaya di kalangan ahli-ahli Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.

Sebelum itu, Dr Mahathir menganggap peralihan kuasa adalah sia-sia apabila Najib menyatakan beliau mahu meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Abdullah.

"Najib menyatakan bahawa beliau akan meneruskan Islam Hadhari. Ini bukan petanda yang baik kerana ia menunjukkan peralihan yang berlaku hanya peralihan bentuk tubuh badan sahaja, bukan polisi-polisi.

"Para pengundi tidak suka polisi-polisi yang dibawa oleh Abdullah, oleh itu mereka akan terus menolak Umno. Oleh itu, peralihan itu sia-sia sahaja," The Star memetik beliau berkata.

Comments (8)Add Comment
...
written by USJ 6, January 06, 2009 08:34:16
Cheers.....PAS & PR........ smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cheekhiaw, January 06, 2009 09:12:17
Bukan Wan Farid dan Najib saja. Masih ada lagi pencuri, pembohong dan pembunuh yg lain dalam sana.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by borneoman, January 06, 2009 10:04:17
PR/PAS=85%
bn/umno=15%
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by antiilluminati, January 06, 2009 10:14:36
Kita patut percaya apa yg anak kutty cakap atas hanya satu sebab. "It takes a thief to catch a thief".
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by ATSaari, January 06, 2009 15:26:52
Ini ada lagi pilihan besi-besi buruk dan kayu-kayu buruk yang berlumba-lumba untuk memerintah UMNO dan sekaligus Malaysia.
1. Mohamad Mohd Taib, tak tahu lah apa sebab perasuah macam ini boleh survive lagi. Beliau boleh dikategorikan sebagai pilihan buruk yang terburuk.

2. Ali Rustam, tak termasuk di dalam kayu dan besi buruk tetapi hampeh buruk. Boleh dilihat di tepi pinggang PakLah dan di bontot PakLah sejak kebelakangan ini, melukut di tepi gantang dan menagih simpati sekaligus mempamirkan diri untuk jawatan timbalan presiden. Modal politik dah takde, yang ada cuma muka yang tak beberapa menyenangkan rakyat sahaja.

3. Muhyiddin Yassin. Rekod semasa manjadi Menteri Besar Johor dulu masih belum di'erase' orang-orang Johor lagi. I don't think you get anywhere by playing the wrong politic.

4. Khairy Jamaluddin. Dia ni cuma tukang sorak UMNO yang paling efisyen.

5. Khir Toyo. Jangan sesekali kita membabitkan diri dengan amalan dan kepercayaan kepada Toyo(L), terpesong akidah nanti.

6. Najib Razak. Boleh di kategorikan sebagai chief pada segala benda-benda buruk, toxic, racun, bom, amalan buruk, nafsu buruk dsb.

Apabila individu individu ini berjaya memerintah Malaysia, mati kita!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by miwaki, January 06, 2009 15:28:30
Di dalam party BN,mana ada calun yang berkaliber mahathir ? Semua duduk di sana untuk cari makan saje.Yang berkaliber dah migrate ke luar negeri,yang balance tu macam hang -lah !
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by AUTAR, January 06, 2009 16:38:38
Hanya Tn Guru Hadi atau Anuar saja yang layak nampaknya. Di pihak ameno puaka langsung tak boleh harap dah sebab yang berkaliber semua dah masuk PR. Eh! Eh! lama tak dengar berita big mama tu, mana dia pegi ha?. Entah entah pegi kecikkan lubang dia yang dah memburuk tu atau dia pergi buang kat Batu Buruk di KT, maklum lah Najib kan di KT sekarang ni. Nanti dapat pulak yang sempit di KT tu. Tak tentu pasal keluar lagi sebijik C4.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by SiHangChai, January 06, 2009 22:00:28
Vote Mahathir for PM again!
report abuse
disagree 3
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM