A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow 'Tiba-tiba sahaja Umno peka terhadap kebajikan rakyat di Kuala Terengganu'

'Tiba-tiba sahaja Umno peka terhadap kebajikan rakyat di Kuala Terengganu' PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 06 January 2009 07:27

(Hrkh) - PAS mempersoalkan kemampuan kerajaan Umno-BN Terengganu yang baru sahaja dilihat peka terhadap kebajikan dan masalah rakyat.

Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong berkata beliau begitu kesal dengan keadaan Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu tetapi tidak lengkap kemudahan asas termasuk sistem pengurusan bencana.

"Dalam keadaan Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yakni tempat yang paling membangun tetapi malangnya ia masih tidak memiliki kemudahan asas yang cukup," katanya dalam satu sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Malah beliau menempelak sikap kerajaan yang membazirkan wang yang banyak kepada projek yang tidak menguntungkan rakyat, sehingga Terengganu menduduki tempat kedua dalam kategori negeri termiskin di Malaysia.

"RM300 juta yang dibelanjakan untuk Monsoon Cup lebih bermanafaat dihabiskan untuk membantu rakyat yang hidup dalam kesempitan dan menghadapi belenggu kemiskinan.

"Kita malu apabila Terengganu yang dikatakan sebagai negeri yang kedua terkaya di negara ini juga merupakan negeri yang kedua mempunyai rakyat yang miskin.

"Sebab itu ada pihak yang menyatakan bahawa keperluan rakyat khususnya dalam musim tengkujuh bagi mengelakkan banjir ini adalah dengan menyediakan sistem perparitan yang baik atau kita katakan bahawa kerajaan perlu menyediakan projek Monsoon Parit dan bukan monsoon Wan Farid," katanya sambil diiringi ketawa para wartawan.

Ditanya mengenai peluang calon PAS dalam pilihan raya kecil ini, beliau yang juga bekas Adun Batu Burok menegaskan bahawa apa yang penting pilihan raya ini adalah suatu penentuan terhadap kemampuan calon apabila mendapat peluang.

"Ia bukan melibatkan personaliti sangat, tetapi abiliti atau kemampuan seseorang calon setelah diberikan peluang dan mandat oleh rakyat," katanya lagi.

Sidang media tersebut diadakan bagi menjelaskan tindakan serta pelan PAS bagi menghadapi hari penamaan calon, hari ini.

sebelum itu, beliau bersama beberapa pimpinan PAS yang lain telah bertemu dengan Ketua Polis Negeri serta Dato' Bandar Kuala Terengganu bagi mendapatkan penerangan serta kerjasama.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali.

Comments (5)Add Comment
...
written by DreamLady, January 06, 2009 07:42:35
The people of Trengganu are not naive, they could see the sudden attitude of UMNO goons who become more concern toward the development of Trengganu of late, talking about making new roads, repair longkang, etc...previously the goons shun KT people as though they are non-existence.

PAS is going to win big. Thank goodness, to add icing on the cake, Mahathir condemns Wan Farid as the bad choice for UMNO regime..What a special day to start with..

Cheers, everyone!!!!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by DezMalaysia, January 06, 2009 10:00:50
Kalau bodoh ! Sila pilih BN !
Kalau Bijak, Sila PANGKAH X PAS !
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by borneoman, January 06, 2009 11:34:16
saya sudah jampi supaya semua wakil rakyat bn sakit jantung dan mati supaya semua rakyat ada peluang untuk menikmati pembangunan yang sebenarnya.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by ATSaari, January 06, 2009 14:52:02
Memang itulah dasar Barisan Nasional dan UMNO. Bila ada pilihanraya, pilihan raya kecil baru lah PEKA. Habis pilihanraya, menang atau kalah mereka akan jadi PEKAK. Pekak akan amalan korupsi, keperluan rakyat, pembangunan lestari. Kejadian penyalahgunaan kuasa akan kembali ke barisan hadapan. Jahanam bangsa Melayu dan Islam jika UMNO dibiarkan terus berkuasa. Pada mereka amalan RASUAH dan RIBA seperti satu amalan yang diHALALkan Islam. Selamatkan Islam, bangsa Melayu akan selamat. Selamatkan UMNO bangsa Melayu dan Islam akan hancur.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by AUTAR, January 06, 2009 16:45:59
Kesian Pak Lah, Orang nya bagus sesangat, tapi malang, orang yang di belakangnya semua HAMPEH.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM