A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Jika Dr M anggap pilihan buruk, pengundi mesti tolak Wan Farid

Jika Dr M anggap pilihan buruk, pengundi mesti tolak Wan Farid PDF Print E-mail
Posted by admin   
Tuesday, 06 January 2009 07:23

(Hrkh) - Jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," para pengundi di Kuala Terengganu mesti menolaknya dalam pilihan raya kecil di bandaraya itu 17 Januari nanti, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

"Dr Mahathir dengan jelas mendedahkan bahawa (Datuk) Wan Ahmad Farid (Wan Salleh) akan menjadi proksi dan alat kepentingan pihak tertentu untuk mengepung (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, bukan untuk kepentingan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu.

"Kalau Bekas Presiden Umno sendiri yang menegaskan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon untuk kepentingan pihak tertentu, bukan untuk kepentingan pengundi dan rakyat Kuala Terengganu, saya yakin pengundi Kuala Terengganu akan menolak orang yang tidak dicalonkan demi kepentingan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Berdasarkan apa yang didedahkan oleh Dr Mahathir itu, Mahfuz menyelar Umno dan BN kerana langsung tidak mementingkan calon yang memenuhi kepentingan dan aspirasi rakyat dan hanya mementingkan kehendak dan kemahuan pemimpin parti itu sahaja.

"Sikap Umno dan BN berbeza sama sekali dengan PAS yang memilih calon yang benar-benar diyakini dan terbukti berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

"Sebagai calon pembangkang, jika Mohd Abdul Wahid Endut tidak berkhidmat untuk kepentingan mereka, rakyat tidak akan memilihnya sebagai Adun Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut dan dengan majoriti yang besar pula," katanya.

Dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu, Mohd Abdul Wahid mengekalkan kerusi Wakaf Mempelam dengan majoriti 2,193 undi mengalahkan calon BN, Othman Awang.

Dalam kenyataannya semalam yang disiarkan dalam video Malaysiakini, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya (Najib)," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini (di sini).

Comments (5)Add Comment
...
written by DreamLady, January 06, 2009 07:34:21
Mahathir, thank you very much for the further elaboration of the bad choice of UMNO to select Wan Farid. You have done a special favour for the rakyat of Trengganu and people of Malaysia for voicing out your valued opinion.

I must confess this news is going to serve AS inspiration and motivation for the voters and those who are working hard right now to make sure PAS WIN THE RACE!!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by CPY, January 06, 2009 09:23:32
MM, Tq very much!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by DezMalaysia, January 06, 2009 09:59:35
Wan Ahmad Farid will be the next Deputy Minister if he's successfully won the Kuala Terengganu by-election. As what Tun Dr. Mahathir had said, Wan Ahmad Farid is PM Bodohwi's proxy nepotism favouritism !

PANGKAH X PAS !
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Garend, January 06, 2009 10:24:30
Poor Najib... now he is caught in between... smilies/tongue.gif (Don't you just love these type of days)

Behind him is AAB with his Goons trying to bring him down every steps.. In front of him is the daunting Economy Crisis (since he is the finance minister now), on his right is the upcoming KT by-elections, on his left is the Dr M with his cynical comments sharp as a knife... Above him is the Guilt and issue of the dead Mongolian Beauty, below him is the AAB newly released anti-corruption scheme which aimed at him..

Yeah.. i would't want to be in his shoes now.. he is really in hot-plate.. (which serve him right.. ) Muahahahaha smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cheekhiaw, January 06, 2009 12:17:00
Che Det,

Kami tahu. Yang mana pencuri juga pilihan buruk. Mereka di bimbing masa kamu jadi ketua.

xxx
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM