A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah

Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah PDF Print E-mail
Posted by admin   
Monday, 05 January 2009 18:42

S Pathmawathy,Malaysiakini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

"Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengulas lanjut, tetapi beliau jelas dilihat merujuk kepada Wan Ahmad Farid sebagai seorang yang rapat dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi menteri dalam negeri pada tahun 2003.

Beliau dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan timbalan menteri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa pilihanraya kecil tersebut amat penting bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai kempen kali ini.

Comments (10)Add Comment
...
written by ahmadneil, January 05, 2009 18:51:09
AAB:Najib proksi Dr Mahathir.
report abuse
disagree 4
agree 20
...
written by DreamLady, January 05, 2009 18:55:54
Syabas, Dr. Mahathir, at long last you spoke your mind!!! God bless Pakatan, God bless the people of malaysia, and God bless Malaysia !!!

The good tiding is on its way to help PAS, from the claws of satanic UMNO regime!!!

I am thrilled at this sudden outburst from Mahathir!!!
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by Democrats, January 05, 2009 19:01:29
This old man, is constantly critizing AAB to a point his arguments are not credible anymore. Next thing you know, he'll be critizing Pak Lahs sex moves on Jeanne as wrong as well, and how wrong is he in his way of drinking coffee, etc....

THis ol' man should just shut up, spend his ill gotten gains happily and spend more quality time with his children and grandchildren to make up for loss time, travel as a tourist and not as guest speaker, and do more charitable work before entering the gates of hell.
report abuse
disagree 6
agree 10
...
written by Badaksumbu, January 05, 2009 19:05:08
Siapa pula proxy saya?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Hope4all, January 05, 2009 19:41:52
Satu mimpi yang ikhlas
======================

Saya mempunyai mimpi, bahawa satu hari nanti, ahli-ahli politik kita mempunyai otak di luar tempurung, selaras dengan pemikiran rakyat jelata.

Saya mempunyai mimpi, bahawa satu hari nanti, rakyat Malaysia memandang sesama sendiri bukan secara perkauman tapi dengan ihklas, jujur dan tanpa prasangka bukan saja di Lembah Kelang, tapi di seluruh negara.

Saya mempunyai mimpi, bahawa sesiapa ahli politik yang tidak bersih, berasuah dan memisahkan rakyat dengan isu perkauman untuk kepentingan diri sendiri, akan dilanda petir oleh Tuhan serta-merta.

Saya mempunyai mimpi, bahawa Pakatan Rakyat yang kini merangkumi parti PKR, DAP, PAS akan diperkembangkan lagi untuk menerima parti-parti lain yang mengikut falsafah untuk menjayakan semua rakyat berbilang kaum di taraf antarabangsa, bukan saja mendapat piala gergasi di kampung sendiri.

Saya mempunyai mimpi, bahawa hari itu akan menjadi kenyataan di suatu hari yang terdekat!

Saya mempunyai mimpi, bahawa mimpi ini bukan setakat....mimpi.

Majulah Pakatan Rakyat! Undilah PAS di KT.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Tompios, January 05, 2009 20:56:36
Mahathir, pergi ambil counseling untuk dapat adapt dengan civilian. Sudah lama ditaktor sampai2 tidak tahu jadi orang awam.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by asguard, January 05, 2009 21:00:06
Syabas...peluang PAS begitu cerah sekali mengkuti syarah Dr M....
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Pangkis Pangazou, January 05, 2009 21:26:46
Good move Mahathir! Syabas! Maybe you are "subconsciously" admitting your sins against Malaysians via this outburst. Bravo to the greatest Malaysian dictator! More please.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Kotadamansara73, January 05, 2009 23:14:05
Mahathir sangat takut Pakatan ambil alih kerajaan. Kerana dia punya perbuatan-perbuatan jahat akan diketahui oleh orang ramai jikalau Pakatan mengambil alih.

Mahathir adalah orang yang paling jahat dan hatinya berwarna hitam.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Fuminari, January 06, 2009 01:22:05
with this kind of talkock,solid evidence of that c4 najis would be jus a 'fronting' for the kerala crab!
beware,KTs!!this kerala crab might be playing the 'reverse psychology' along the line that jus too many malaysian hate him.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM