A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Presiden PAS bidas MB isu 'rekacipta' pengundi hantu

Presiden PAS bidas MB isu 'rekacipta' pengundi hantu PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 03 January 2009 18:22

(Hrkh) - "Kita berharap agar mahkamah SPR boleh menjamin keadilan dan menghalang daripada kesalahan pilihan raya lalu berulang,"

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang menuduh pembangkang sengaja mereka-cipta isu pengundi hantu setiap kali tibanya musim pilihan raya.

"PAS telah menemui data pengundi yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan yang berbeza selain alamat yang meragukan daripada senarai daftar semak pemilih yang digazetkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)," katanya kepada Harakah ketika merasmikan jentera pilihan raya Dun Kijal di Losong Atap Zink baru-baru ini.

Tegasnya, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sendiri mengakui bahawa senarai semak daftar pemilih itu masih belum dibersihkan.

"Bekas pengerusi SPR sendiri mengakui ada pengundi yang meninggal dunia yang masih belum dibersihkan daripada senarai semak daftar pemilih itu, ia bukannya ciptaan.

"Bagaimana pula Umno-BN boleh menyatakan pembangkang yang sengaja buat cerita untuk mensensasikan isu pengundi hantu dalam setiap pilihan raya?"

"Jika sekiranya ianya tidak wujud, mana mungkin akhbar membuat liputan dan mengiktiraf kewujudan pengundi hantu," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ditanya mengenai tindakan pihak PAS dan Pakatan Rakyat, beliau hanya boleh berharap agar mahkamah SPR dapat menjamin perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan bersih.

"Kita berharap agar mahkamah SPR boleh menjamin keadilan dan menghalang daripada kesalahan pilihan raya lalu berulang," katanya lagi.

Beliau menyelar kenyataan Ahmad yang menghalang media daripada membuat laporan mengenai pengundi hantu yang dianggap tidak wujud dalam pilihan raya.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menegaskan bahawa PAS merupakan satu-satunya harapan rakyat negara ini bagi membela nasib dan hak Melayu dan Islam.

"Orang Melayu yang bukan ahli PAS mengharapkan PAS menjadi pemimpin kepada Melayu dan Islam setelah melihat Umno-BN dilanda politik wang yang teruk.

"Sudah tiba masanya Umno berundur daripada persada politik tanah air," katanya lagi kepada lebih 100 jentera yang hadir.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menyangkal sikap pembangkang yang sengaja mewujudkan istilah pengundi hantu sehingga menyebabkan media turut sama terheret bagi mensensasikannya.

Justeru, beliau menyeru kepada media agar turut sama memainkan peranan bagi mengelakkan diri mereka terikut-ikut dengan rentak yang cuba dimainkan oleh pembangkang yang ketandusan isu.

Comments (10)Add Comment
...
written by MAMR, January 03, 2009 19:02:01
"Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang menuduh pembangkang sengaja mereka-cipta isu pengundi hantu setiap kali tibanya musim pilihan raya".

Berpandukan kenyataan diatas DS Abdul Hadi saya berpendapat Dato Ahmad Said yang membuat kenyataan tersebut cuma nak bertindak garang bukan sebab apa ? Sebab beliau telah membuat kesilapan besar dengan membelanjakan jutaan ringgit wang Rakyat Trengganu untuk membeli Mercedes Benz bagi menggantikan Perdana. Masalah utama pembelian tersebut pada mulanya tidak direstu olih PM dan TPM tetapi selepas dipanggil berbincang beliau mendapat restu mereka.Inilah tauladan terbaik olih Dato Ahmad Said dan bos bos BN untuk Rakyat Trengganu.

report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by DreamLady, January 03, 2009 19:02:22
Abdul hadi Awang, you cannot change the colour of the leopard. ACA will not help you, on the other hand, they will help the goons to create more imaginary voters, and the UMNO goons will continue to produce phantom voters, plus the poster voters from the military to slash you real bad.

Search for a good 'akal', do something positive and creative ,and find a solid solution to overcome this potential death trap for PAS's success. UMNO goons know that they stand very slim chance of taking over the seat from PAS. But they are going to cheat you by hook or by crook.

Hadi Awang, alwasy watch your back, and make sure there is no foul play against your team. GOOD LUCK TO YOU and may God bless you in your endeavor!!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Tompios, January 03, 2009 19:33:43
UMNO bin BN sudah terkenal dgn pemborong pengundi jerangkung. Sudahlah tu UMNO, benang mu tidak pernah tegak walaupun anda balut dgn lilin dari kuburan Cina. Pengundi hantu memang kerja mu dari dulu belum termasuk floating votes!!

UMNO=Untuk Melayu No Otak.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by borneoman, January 03, 2009 20:30:21
"..membela Nasib dan Hak hak melayu dan islam..." adakah ini bermakna nasib dan hak cina,india dan orang asal/asli tidak akan dibela?please be very carefull with what you say otherwise it will be used against you in the MSM of tuan umno led bn.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by ahmadneil, January 03, 2009 20:35:54
Latest poll show that PAS will win with a 6,000 majority.VIVA PAS !
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by ahmadneil, January 03, 2009 20:38:48
If umno offer anything,take it and vote PAS.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by ahmadneil, January 03, 2009 20:41:10
I will be in KT with my friends on Monday not to help PAS but to ask the voters to vote for PAS in order to kick out umno and latter join in the victory celebration.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Susuit, January 03, 2009 20:47:09
Pembangkang tiada kuasa mengujutkan pengundi hantu, hanya kerajaan UMNO mampu.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Sudahlah tu, January 03, 2009 20:56:29
kalau umno tidak tipu , bukan umno tu .....
cuba kita lihat di Kelantan tu .... kehidupan harian mereka selalu mencukupi dan diberkati Allah.
mereka sudah biasa dengan cabaran hidup dan bersyukur setiap hari.
dengan segala dugaan dan halangan yang dibuat oleh umno , rakyat Kelantan tetap bersyukur dan berdoakan keamanan.
pembangunan yang mempertengahkan satu pendekatan unik sesama rakyat Kelantan tidak kira warna dan taraf telah membuktikan kerajaan PAS lebih bersifat kerakyatan daripada umno.
saya harap rakyat di KT pun akan relakan diri kembali ke pangkal jalan kebenaran Islam dan yang bukan Islam itu pula bersyukur kerana rasuah dapat dihapuskan daripada menjadi pedoman generasi muda bangsa.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by ibabonma, January 03, 2009 21:18:12
Kalau tidak ada undi hatnu kenapa tidak mahu pakai dakwat jari? Takut?

1. Takut selepas pilihan raya kita boleh nampak pengundi hantu berdakwat dijari bertaburan dari Perlis ke Johore.

2. Takut selepas pilihan raya kita boleh nampak pengundi hantu berdakwat dijari bertaburan dari Perlis ke Johore.

3. Takut selepas pilihan raya kita boleh nampak pengundi hantu berdakwat dijari bertaburan dari Perlis ke Johore.
report abuse
disagree 0
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM