A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Wan Farid kecam pihak edar 'gambar karaokenya' di internet

Wan Farid kecam pihak edar 'gambar karaokenya' di internet PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 03 January 2009 10:34

(Bernama) - Belum pun kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bermula, calon Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah "diserang" menerusi laman web dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Terbaru, gambar Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang sedang berkaraoke bersama seorang wanita muda tersebar dalam laman web, sebaik sahaja beliau dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil 17 Januari depan.

Menyifatkan ada pihak yang sudah mula bermain kotor, Wan Ahmad Farid berkata pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyerang peribadi beliau perlu berusaha lebih keras.

Ini kerana, katanya, wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu.

"Kuala Terengganu sekarang ini basah dengan hujan, tetapi mereka ini nampaknya kekeringan isu. Mungkin ada pihak yang nak menggambarkan saya seorang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di lounge, pusat karaoke dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.

"Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri."

"Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya," katanya.

Selain itu, SMS daripada nombor yang tidak dikenali berbentuk serangan peribadi juga mula tersebar di kalangan pengundi, namun apabila nombor berkenaan dihubungi, telefon berkenaan telah dimatikan.

"Walau apa pun yang dibuat, saya yakin pengundi Kuala Terengganu matang dalam membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan isu yang ditimbulkan. Saya sendiri, tidak akan sekali-kali serang peribadi lawan, walau siapa pun mereka," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dengan 17 Januari ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Setakat ini, hanya BN mengumumkan calon pada pilihan raya kecil itu, manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka, malam esok.

Selain dua calon itu, pilihan raya kecil itu juga dijangka disertai beberapa calon bebas.

Comments (7)Add Comment
...
written by ahmadneil, January 03, 2009 10:47:42
Wan Farid is umno's sacrificial lamb like Arif of Permatang Pauh.He will be crushed by PAS once and for all.Undi PAS!
report abuse
disagree 0
agree 45
...
written by DreamLady, January 03, 2009 11:05:29
Wan Farid, if you are angry, ask your UMNO REGIME what they have done with all the despicable tricks such as Saiful's 'so-do-mee' displayed and with loudspeaker blarring in the open air, phantom voters, swearing in masjids in an un-islamic way, UMNO running dogs dressed in Pakatan Rakyat's logo to beat up foreigners and pressmen to deceive the onlookers it was the work of the opposition party etc......

WHAT GOES AROUND COMES AROUND!!! you mula rasa apa yang dirasai olih rakyat-rakyat selama ini, mereka seringkali di tindas oleh kerajaan sendiri. Engkau tak nampak, tak dengar, buta dan pekak ke???
report abuse
disagree 2
agree 32
...
written by exzonerator, January 03, 2009 13:16:53
Thers's nothing wrong with karaoke. Why so defensive?
report abuse
disagree 2
agree 26
...
written by miwaki, January 03, 2009 14:29:13
exzonerator,
You are right,there is nothing wrong singing in karaoke.Making love also nothing wrong,what is wrong is going to war.Wan,keep singing and go discotheque or night club.Doesn't matter if the voters of KT reject you,what is important is God want you,right ?
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by SiHangChai, January 03, 2009 15:04:56
Apakah gambar Wan Farid berkaraoke sama seperti gambar anak Syed Botak Hamid and Najib Razak berpeluk-peluk dengan gadis-gadis sexy di internet? Mana gambar tersebut?
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Fuminari, January 03, 2009 18:47:28
why such a big fuss??it is only karaoke.
jikalau tak makan chili,tak pelaslah rasanya.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Vasily, January 05, 2009 00:53:21
Oiii Farid, kalau ada org edar gambar hang tengah "di karaoke seorang wanita muda"...anak sedara plak tu lg teruk...selera jenih apa nie??...hang carik laa plak gambar Wahid tengah berkaraoke ker, meliwat ker, minum2 kaa....kalau ada gambar Pak Hadi & Tok Nik lg bagus!!...tak'pun suruh ajer sapa budak jambu kat Pmtg Pauh dulu tu....alaaa yg kena liwat tu lah....tak pun put3-put3 umeno cuba2 goda Pak Wahid tuh.....
Dah sendiri pegi bersundal2 kat KARAOKE tak nak ngaku, marah kan orang pulak.....bodoh!!
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM