A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rasuah: Ezam tetap konsisten, cabar Fariz desak Anwar 'open the 6 box'

Rasuah: Ezam tetap konsisten, cabar Fariz desak Anwar 'open the 6 box' PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 03 January 2009 10:30

(Sinar Harian) - BEKAS Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor mendedahkan enam kotak dokumen yang didakwa ada hubung kait dengan rasuah dan penyelewengan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu ada pada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam berkata, tidak timbul isu beliau perlu menyerahkan dokumen berkenaan kepada sesiapa, sebaliknya jika mereka (AMK Terengganu) mahukan dokumen itu, mereka hanya perlu bertanya kepada Anwar “Saya cabar Ketua AMK Terengganu (Fariz Musa) suruh Anwar dedahkan enam kotak dokumen yang disimpannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, AMK harus berani desak Anwar untuk dedahkan itu.

“Saya berani keluarkan dokumen OSA dan sanggup dipenjara kerananya, sebaliknya Anwar dan AMK tidak pernah keluarkan sebarang dokumen rasuah. Saya cabar Anwar jelaskan hal ini. Saya ingin jelaskan, Anwar tidak dedahkan dokumen berkenaan atas sebab politik. Rasuah tidak boleh dipolitikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fariz yang disiarkan Sinar Harian kelmarin bahawa AMK Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam untuk berkempen bagi BN di pilihan raya kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari ini seterusnya mendedahkan enam dokumen yang didakwa ada kandungan rasuah dan penyelewengan oleh beberapa pimpinan UMNO dan BN.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, beliau telah membuat kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak polis pada tahun 1999 bahawa enam kotak dokumen berkenaan ada dalam simpanan Anwar yang disimpan di dalam dan luar negara.

Menurutnya, semua enam kotak dokumen penting itu tidak ada dalam simpanannya sebaliknya Anwar telah mengambilnya untuk tujuan tertentu.

“Kenapa saya (perlu dedahkan), mereka perlu tanya kepada Anwar kenapa dia tidak mendedahkan dokumen itu setelah bebas dari penjara?” katanya.

Dalam pada itu, Ezam yang kini berada di Jakarta berkata, beliau akan meluangkan masa sepenuhnya untuk membantu BN bagi pilihan raya kecil yang akan datang.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan calon BN yang sudah diumumkan baru-baru ini.

“Saya akan beri tumpuan mengenai penipuan Anwar berhubung 16 September yang ternyata gagal, mesej saya juga sama seperti kempen di Permatang Pauh iaitu Anwar pengkhianat bangsa,” katanya.

Ezam berkata, Anwar adalah pengkhianat bangsa Melayu dan berbohong kepada masyarakat Cina dan India semata-mata mahu merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.

“Anwar menukar slogan Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat semata-mata untuk menjadi PM,” katanya.

Comments (8)Add Comment
...
written by Sudahlah tu, January 03, 2009 10:49:52
bagai binatang yang dikawal oleh umno , mereka tidak akan beralih mengikut aliran masa dan perkembangan semasa sebab mereka dilatih oleh umno menunggu arahan daripada umno sahaja. binatang ini bagaikan robot pertahanan umno yang berkulitkan manusia ... (kira Malaysia pun canggih kerana dapat mencipta robot di dalam tubuh manusia ).
dalam politik , kelemahan pihak pembangkang sememangnya boleh dijadikan modal ataupun sumbar kemenangan sokongan rakyat.
DSAI mungkin menyimpan segal bukti dan akan mendedahkan apabila masa itu lebih sesuai memandangkan kepada keadaan semasa dimana semua bandan berkanun dianggota oleh anjing-anjing umno maka tidak berguna DSAI mendedahkan.
Si binatang ini pula tidak berarah waras dalam politik negara yang berlandasankan perpaduan kini terpaksa mengukit isu-isu DSAI agar rakyat keliru dengan agenda terkini daripada PR.
Ingin saya mengatakan dengan lebih jelas sekali lagi , ini bukan pasal PR ataupun pemimpin PR .... INI ADALAH SUARA RAKYAT ...sepadu , sekata ,sehati yang ingin melihat kezaliman umno dihentikan semua sama sekali ....
cukuplah generasi kami 'dipinggirkan' oleh kezaliman umno ... sudahlah tu.
Kami inginkan sati pendekatan baru dalam perlembagaan negara dan perpaduan rakyat yang dapat mempertengahkan SATU MALAYSIA ...
INI KEHENDAK RAKYAT !!!!! umno tetap akan dihalau keluar daripada berkerajaan.
Allah memberkati suara rakyat !!!!!
report abuse
disagree 5
agree 13
...
written by ahmadneil, January 03, 2009 10:55:11
This frog is now in dilemma becos his mentor is leaving in March and he will be left with the wolves.I want to see want he will be after this!
report abuse
disagree 3
agree 12
...
written by cheekhiaw, January 03, 2009 12:25:05
Thieves' challenge.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Rainbowseahorse, January 03, 2009 12:47:52
Yes, indeed, what's in these 6 boxes? I bet alot got to do with Mamathir and UMNO business; right?
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by DreamLady, January 03, 2009 13:36:10
Manusia tak bermaruah ! Gadai segala-segala demi 6 kotak duit rasuah!!!

You are trapped by your own first lie in Permatang Pauh by-election. You are now trying to cover your first lie with the second lie, and the stupid game goes on and on till all the lies shall BURY YOU ALIVE!!!!

Your days as a traitor are numbered !!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by SiHangChai, January 03, 2009 15:08:16
Si Ezam berular dua, bukan-kah engkau yang kata 'saya ada menyimpan bukti 6 kotak' sebelum menjadi pengikut parti rasuah UMNO? jangan nak tunjuk jari pada Anwar bila ini datang dari mulut manis awak.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by exzonerator, January 03, 2009 15:20:21
Whoever has the boxes please stand up.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by othman hitam, January 05, 2009 02:22:31
Masa berceramah dulu, engkau kata, engkau ada 6 kotak tu...sekarang pusing 360 darjah. Biasalah tu...Muhyidin pun suroh PAS jadi gentleman...jangan serang peribadi lawan...macam kat P pauh tu...asyik main video klip si saiFOOL. Pintu gelanggang akan di buka pada 060109....silakan masuk wahai pedekar Ezam. InsyaAllah, sokongan kamu sokongan yang membawa rebah...
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM