A+ | A- | Reset
Home

'Hadiah terburuk' KDN kepada Kristian PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 03 January 2009 10:16

(Malaysiakini) - Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai "hadiah terburuk" tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh.

"Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tidak munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia,” kata Teresa Kok.

"Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan."

Beliau, yang juga exco kerajaan Selangor, mengulas sikap kementerian itu baru-baru ini yang diambil sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung pertikaian penggunaan kata 'Allah' dalam penerbitan itu dengan KDN.

herald the catholic weekly online 241207Mingguan itu – diedarkan di kalangan 850,000 penganut Katolik di Malaysia – hampir ditarik balik lesen penerbitannya tahun lalu kerana menggunakan nama "Allah" sebagai terjemahan perkataan "Tuhan".

Pihak berkuasa melarang perkataan "Allah" digunakan dengan alasan ia hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Tarikh penggantungan tersebut yang berkuatkuasa kelmarin akan berakhir selepas mahkamah memutuskan sama ada akhbar tersebut boleh menggunakan “Allah” atau sebaliknya.

Teresa menyifatkan tindakan KDN itu mendahului mahkamah yang belum diketahui keputusannya dengan pasti.

"Penggantungan KDN itu sehingga mahkamah putuskan, yang tidak sesiapa tahu bila, ibarat meletakkan kereta kuda di depan haiwan itu, kerana kementerian telah merampas keputusan mahkamah itu!" tambahnya.

teresa kokBeliau berkata, kementerian menafikan hak bersuara dan mengeluarkan pendapat apabila mencampuri kandungan sebuah akhbar Kristian yang hanya dijual kebanyakannya kepada penganut Katolik, dan bukannya untuk edaran umum.

Sehubungan itu, beliau menggesa menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar menyemak semula keputusan Unit Penerbitan dan Unit Kawalan Teks al-Quran yang disifatkannya melanggar perlembagaan negara dan menambahkan kebencian masyarakat Kristian terhadap kerajaan BN.

Comments (6)Add Comment
...
written by Hope4all, January 03, 2009 10:38:27
Apa kata pemimpin BN Katolik kuat dari Sabah dan Sarawak macam Dompok, Pairin dan Alfred Jabu?
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by borneoman, January 03, 2009 11:31:10
tuan melayu umno obsession with racial and religious discrimination will be the catalyst to their own demise.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by borneoman, January 03, 2009 11:34:22
dear hope4all,please do not expect any thing from all those bn ball polishes you mention.the devils who has power and money are their god.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sudahlah tu, January 03, 2009 13:49:23
semua rakyat Malaysia diwajibkan mendalami Bangsa Melayu sebagai Bahasa Malaysia mengikut arahan umno.
Itulah sebabnya ramai rakyat Malaysia boleh berbahas Bahasa Malaysia dengan baik .....
Kini isu Bahasa dikaitkan dengan isu keagamaan pula , jadi ke mana umno ini hendak rakyat pergi lagi ?
umno sememangnya memperalatkan bangsa melayu sebagai modal pertahanan politik mereka sebab minda orang melayu lebih mudah dikawal oelh umno.
jelas sekali kejayaan umno dalam kegiatan haram mereka terhadap bangsa melayu begitu berjaya hingga generasi muda melayu sudah mula menunjukkan sokongan padu kepada umno apabila dibeli dengna wang.
isu ketuanan melayu merupakan projek umno semenjak 1969 agar bangsa melayu digunakan sebagai perisai umno jikalau berlaku apa-apa kejadian kebangkitan Bangsa Malaysia yang hanya akan melemahkan pengaruh umno.
Mengapa eh ?
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by cruzeiro, January 03, 2009 13:58:16
Why is the other Tan Sri - the screaming all dynamic, bombastic, Prince Gunaratnam of the AOG so quiet?
Where is his oh so "christian" zeal for righteousness?
Maybe there are no Malay speaking sheep in his pasture?
What - he can't be so Chickenshit can he?
Maybe just ball polishing by "staying out of controversy"?

Considering his cutting deals skills with the most unlikely bed-mates, could it be that he's bargaining for something with the thieves? But then again, knowing such a busy man, he must be needing a golfing holiday for now ....
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by Forex, January 04, 2009 08:44:06
Walauuu...Ahkbar itu hanya dijual di Gereja dan tempat2 yg sepatutnya, dan bukannya di kedai buku/magazine atau tempat awam!

UMNO nak jadi Tuhan di Malaysia!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM