A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Laporan pertama dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Laporan pertama dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 03 January 2009 10:12

(Hrkh) - Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan pemulan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari tahun ini.

Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.

"Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.

Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.

"Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan," katanya yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Selain kes Rahim dan Rafidah yang kedua-duanya dalam perebutan jawatan didalam Umno, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan skandal korupsi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, keluarga serta kroninya di dalam Perwaja dan Perlantikan Hakim dalam Skandal VK Lingam.

Skandal korupsi Perdana Menteri Abdullah Badawi, keluarga dan kroni dalam beberapa organisasi, antaranya, Scomi, ECM Libra, korupsi antarabangsa 'Oil For Food' serta agihan kontrak makanan tentera dan Mas turut diserta dalam laporan berkenaan.

Laporan skandal korupsi bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak serta kroninya yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam, eurocopter dan jet serta pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu turut diserahkan dalam dokumen berkenaan.

Kata Badrul lagi, BPR hanya membuat siasatan terpilih, malah menurut beliau, kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR sebaliknya proses berkenaan hanya boleh dilakukan oleh Peguam Negara.

"Kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR, kuasa pendakwaan di yangan Peguam Negara yang boleh dipengaruhi oleh orang atasan dan kepentingan politik," kata Badrul kepada Suara Keadilan.

Comments (4)Add Comment
...
written by Motherchell, January 03, 2009 10:43:53
This is an uphill task to get the powerful. Now its the same pack of wolves, staying in a different cave . They are still beholden to the Alfa male in the corridors. How difficult is it for Paklah to throw out the old sick wormed carcass??
To seek justice is still a dark shadow in this Bolehland.
http://sjsandteam.*********.com/
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by anakbuaya, January 03, 2009 10:55:43
Good job saudara Badrul Hisham. Anyhow, SPRM will disappoint u. I totally agreed with Motherchell. Anyhow, I wish saudara dream will come true.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by borneoman, January 03, 2009 11:44:38
at least we keep ön trying till justice is done.this will also act as a reminder to all bn supporters so that they will realise the evil deeds of those whom they supported all these while.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sudahlah tu, January 03, 2009 13:40:23
segala laporan kes kepada SPRM cuma memberi peluang kepada umno menutup kelemahan mereka dan menipu rakyat lagi ....
tak usah melaporkan kepada badan itu yang diketuai oleh anjing umno.
kita berusaha memperhentikan kegiatan haram umno daripada menyelewang kekayaan negara dan kuasa kerajaan.
selepas itu barulah kita kemukakan segala bukti kepada kerajaan baru dan senanglah anjing dan binatang umno dihadapkan ke mahkamah keadilan.
Kes - kes yang sudah terdedah kepada pengetahuan umum rakyat kita teruskan dengan mengemukakan kepada SPRM dan biasanya keputusan siasatan mereka samada masih dalam siasatan ataupun bukti tidak kukuh ..... politik mah !!
kita berusaha secara bersatu untuk memperhentikan kezaliman umno lebih penting ...
teruskan perjuangan kita yang iman ini.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM