A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ezam dakwa 6 kotak rasuah ada pada Anwar....

Ezam dakwa 6 kotak rasuah ada pada Anwar.... PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 31 December 2008 11:13

(Malaysiakini) - Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

khairy jamaluddin nalakaruppan ezam md noor ceramah 230808 07“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.

Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.

Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telahpun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.

'Perjuangan konsisten'

Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.

“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.

Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam
kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.

Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsistesten.

Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.

Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”

“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”

Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.

Comments (30)Add Comment
...
written by Mark C, December 31, 2008 11:24:31
kakaka, this fraudster playing "taiji"....pushing the blame......


still got credibility ? smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 3
agree 50
...
written by DreamLady, December 31, 2008 11:33:39
Ezam, tak akan engkau tak tahu, kalau betul betul tak tahu, jangan lah kelentong rakyat. Cakap yang benar, TRUTH is what you really need. I followed you from permatang Pauh till now, I truly understand your mindset, you are like a ship without an anchor, sway to the left, and sway to the right according to the changing of the unpredictable tides...

By the way, the six boxes you claimed you had but now you said they are with Anwar. Are you still a kindergarten kid that loves to play hide and seek game? You think we could buy all the things that come out from your filthy mouth??

Remember this: a bird in the hand is better than 2 in the bush !!

Stop bull-shitting!!
report abuse
disagree 2
agree 48
...
written by Zym Zym, December 31, 2008 11:36:25
Ezzam, gua orang caya sama lu lah. you will go down in history as one of the greatest strategist ala trojan horse way. good good. feed more info to pkr. where n when are your next rendezvous?
report abuse
disagree 2
agree 25
...
written by Mee Udang, December 31, 2008 11:54:57
Ezam, apa kerja kau dlm UMNO?
Bila ade pilihan-raya, kau muncul "po pek po pek",
Bila dah kalah, kau hilang!
UMNO hire you juz to be MR.PO PEK....PO PEK KOSONG!
report abuse
disagree 2
agree 47
...
written by Almighty, December 31, 2008 11:55:25
Ezam do not has “enam kotak dokumen rasuah” but he has "Enam kotak duit rasuah" smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 56
...
written by Democrats, December 31, 2008 12:01:11
Ezam, you don't need the evidence in the six box to expose the culprits.

Go check with Pak Lah and KJ, they too have a black book on everyones dirty deeds to keep them in check and as political leverage. And they too have a black book on Pak Lah and KJ. That is why most of the time, these politicians are like Siamese twins or triplets that seems to be kissing each others a55.
report abuse
disagree 2
agree 28
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Counterpointer, December 31, 2008 12:25:37


Scientific species name: Ezam Nor

This double headed snake is known to appear only at by-election periods. Perfectly harmless. Spits venom but other excreting a foul smell, its venom is perfectly harmless, especially to opposition members.
report abuse
disagree 2
agree 67
...
written by MAMR, December 31, 2008 12:26:42
“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan."

Berpandukan pada petikan diatas nampaknya Ezam ni memang "teramat konsisten "perjuangan nya didalam memerangi rasuah, apa tidaknya beliau belot dan lari dari PKR dan masuk parti yang terkenal mengamalkan rasuah, malah di perakui olih mantan Perdana Menteri TDM ,Rais Yatim dan lain lain Pemimpin Umno bahawa parti itu banyak mengamalkan rasuah terutama semasa pemilihan perjawatan didalam UMNO.
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by commonfolk, December 31, 2008 12:29:58
The smear Anuar campaign kick start again because of sarawak and sabah.
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by cheekhiaw, December 31, 2008 12:30:09
At least now we know which jokers had been passing the 6 boxes of bijis of those thieves around.

xxx
report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by Milo, December 31, 2008 12:41:09
Ezam, We trust DSAI because his heart is with the people now. Even if he had past wrongs, we are wise enough to forgive him so as to encourage the goodness in him to continue flowing. As for you, your morals are on the way down...down...down...once you choose the path of betrayal.
report abuse
disagree 2
agree 27
...
written by The dragonheart, December 31, 2008 12:48:36
Ezam,

Kalau betul you tahu tentang isi enam kotak itu, dan sepatutnya you tahu kerana you memang SU politik DSAI, beritahu je lah ke pada rakyat apa isi kandongannya. Sekarang pon you dah bukan kerja dengan DSAI, lagi senang.

Tunjukan yang you benar2 konsisten dalam memerangi rasuah dan tidak hanya nak kelentong rakyat untuk anjakkan politik sendiri.

You nak tunggu perasuah tu semua dah mati baru nak dedah?

Ezam, Ezam... Tidakkah kau takut pada tuhan...?
report abuse
disagree 1
agree 26
...
written by maverick, December 31, 2008 13:15:46
eh ezam,

shut up la, even if you have the 6 boxes, i believe you will use it for you own benefit too instead of exposing it la.
report abuse
disagree 2
agree 24
...
written by Rozlan, December 31, 2008 15:15:27
Sudah la tu ezam...Tak payah la ckp berbelit belit...lagi byk bercakap lagi byk buat silap...Dont put yourself to further shame
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by myke, December 31, 2008 15:40:36
It's good strategy in this political environment to do what Anwar suggest because, in boledland, the BN or government of the day will never prosecute anyone from their own barn, so moment of impact is very important. Striking when its most vulnerable is for the good to get maximum results.

As for you alakazam, you are history.
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by Sudahlah tu, December 31, 2008 16:21:46
ini adalah anak bangsa melayu ayng diasuh oleh umno atas nama ketuanan melayu...
relakah anak kita pula dijadikan seperti begini ?
masa depan kita sudah pudar dizalimi umno , mengapa pula kita membiarkan masa depan anak kita juga disaluti dengan kezaliman sebegini ?
apa gunanya berhidup dengan taraf gaya yang ditentukan oleh umno sedangkan budaya rasuah itu tidak halal dan berdosa besar.... ?
siapakah yang sebenarnya merampas ketuanan melayu daripada orang melayu ?
apakah orang melayu begitu mudah diperdayakan dengan wang kerana kesempitan hidup ?
apakah sembahyang 5 kali sehari tidak dapat menolong menahan nafsu tamak seorang bangsa melayu ?
apakah mempunyai harta banyak dan berumah besar dapat mencontohi keimanan itu besar dan kuat bersama Ajaran Allah ?
Mari kita bertaubat dan bersyukur kepada Allah selalu ..
Petanda keretakan umno jelas berlaku dengan kuasa Allah kerana tamak binatang - binatang sudah cukup membuat Allah bertindak.
keretakan umno bukannya untuk kita bergembira tetapi bertaubat supaya tidak lagi dengan mudah diperdayakan oleh manusia zalim yang merosakkan bangsa dan agama.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Fuminari, December 31, 2008 16:24:53
Lee major was made famous as the six million dollar man,but this ezam is on the contrary infamous as the six boxes man!!
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by gogsard, December 31, 2008 16:50:26
Damn u Ezam .. Damn u ! Dia ingat org M'sia ni bodoh ka ?
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by arazak, December 31, 2008 16:58:27
They call him "Mr. Katak" and "Mr. Chemeleon". Than "Mr. Kotak". And now "Mr. Double-headed Snake". What next?

"Mr. Katak" aka "Mr. Kotak". . ., sounds melodious!
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by carribeanking7, December 31, 2008 18:58:54
Aiks , pelik bin ajaib dulu Ezam kata ada kat dia , sekarang ada kat Anwar pulak.
kat Permatang pauh kononnya dia nak dedahkan semua, takde pun-lepas tu hilang-
Sekarang muncul lagi buat lawak bodoh -macam cerita dokumen penting batu putih ada dengan pihak singapura.

kalau betul pun cerita ajaib nih, dah lama Anwar bakar kotak kotak tu-si ezam banggang

Saya pun boleh cakap, gambar Najib makan malam dengan Altantuya di Paris, Najib sendiri yang simpan.

ah ha ha ha ha kelakar betul, mesti ezam ambil kelas lawak bodoh dari Syed Hamid Albar.

Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by macaufan, December 31, 2008 18:59:06
Ezam,
berapa kau dibayar berkempen di KT utk rejim racist umno?
i pikir...... rejim tak layan kamu lagi. sebab di P.Pauh umno 'buy election' ur performance is terrible !!!!
resulting rejim kalah teruk sekali....!!!
kakakaa.....
yang 6kotak duit rasuah tu kau simpan baik baik utk kau bersara & anak bini, ok?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ladasiber, December 31, 2008 20:13:12
macam mana beruk ni boleh timbul balik. Ingatkan dah masuk zoo mana2. kotak yang dia ada hanyalah kotak keranda politik untuk dia masuk nanti.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Susuit, December 31, 2008 20:23:40
Ezam, Kata nah masuk UMNO tapi masih digelar Bekas Ketua Pemuda PKR. Fikirlah baik-baik UMNO hanya memperbodohkan engkau Ezam.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by SiHangChai, December 31, 2008 20:59:08
Such a BIG LIAR! I still remember he said that he has all the 6 boxes instead of Anwar when he is still in KeADILan. All his karut stories, a product from from UMNO-BN pariah party. I pray to Almighty to punish the LIAR.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Sabahfan, December 31, 2008 23:16:15
EZaM whoooo ????


oooooh, another of those typical Malay Bullshitter... he he he
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by ZOMA, January 01, 2009 00:00:13
Ezam, ISA had worked well on you. Cakap merapu2. Ingat lupa, lupa ingat.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul to have seen your wife and children. When you were inside, you were turned over to become a pembelot.Slowly and steady you left the party which you planned well for it.
report abuse
disagree 0
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by glock17, January 01, 2009 08:08:39
pusing dan pusing...untuk cari makan politik pariah. boleh blahh lah!!!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by ROBERTNGTG, January 02, 2009 12:19:40
Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

DONT LAH DENY. THESE 6 BOXES HV LONG AGO BEEN CONVERTED INTO HARD CURRENCY CAREFULLY STASHED OR SPENT. MAYBE THE EMPTY BOXES ARE WITH DSAI. SO NOW THE KT ELECTION FEVER IS ON, YOU HV TO SPIT YR VENOM TO REPAY YR AMENO MASTERS??
AFTER THAT, GO BACK INTO HIBERNATION?? WHERE'S YR OTHER HALF - SAIFUL??
report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM