A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow BN Terengganu 'umpan' RM6.1 juta tarik pengundi Cina - Mustafa Ali

BN Terengganu 'umpan' RM6.1 juta tarik pengundi Cina - Mustafa Ali PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 30 December 2008 07:55

(Hrkh)- Masyarakat Tionghua diingatkan supaya tidak mudah termakan 'umpan' pilihan raya dengan penyaluran bantuan dana berjumlah RM6.1 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

PAS Terengganu menyifatkan pemberian peruntukan tersebut sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik kerana berlaku disaat Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bakal diadakan pada 17 Januari depan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata PAS tidak mempunyai 'halangan' jika kerajaan benar-benar menyediakan peruntukkan demi kepentingan dan kebaikan rakyat.

Namun begitu, katanya pengagihan peruntukkan yang berlaku pada waktu ini (pilihan raya kecil) sudah tentu mempunyai hubungkait dengan tujuan politik.

"Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat .

"Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, PAS tidak menghalang sebarang peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan BN tetapi melihat perkara tersebut sebagai 'umpan' pilihan raya.

Katanya, setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pelbagai peruntukkan dan bantuan diagihkan kepada rakyat yang menjadi amalan parti pemerintah.

Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi 'jaminan' memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P.36 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi.

Comments (10)Add Comment
...
written by mypanida, December 30, 2008 08:14:22
take the money but vote for PAS...... smilies/grin.gif
report abuse
disagree 2
agree 30
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Rozlan, December 30, 2008 09:23:21
yess.take the money and asked for more.Jangan lepas peluang but dont forget to vote for PAS when the time come.. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by CPY, December 30, 2008 09:30:39
Acts like supporting UMNO, but later take Panadol. If can, go & pray all UMNO MPs & Assemblyman dies, then, got angpow & panadols. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by steviewonger, December 30, 2008 10:14:08
Peruntukkan RM6.1 juta adalah wang rakyat. Jangan sekali-kali membenarkan BN membazirkan wang rakyat. Jikalau nak menggunakan wang, sila guna wang sendiri atau tarik diri dari pilihanraya KT.
Tak tahu malu mengguna wang rakyat untuk kepentingan sendiri.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by asguard, December 30, 2008 12:04:22
Got money to lure the chinese voters but got no money for the economy crisis soon to hit malaysia .....umno .... where is back- up plan in case the 7 bilion is not enough????
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by commonfolk, December 30, 2008 12:31:50
It is an indirect insult to the chinese so KT chinese think for yourselves, are you that greedy without dignity.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by amoker, December 30, 2008 14:27:18
What an insult to the chinese. Ingat orang bodoh ke? Why not give to the poor? Terengganu tu kan ramai?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by borneoman, December 30, 2008 14:32:47
money is the root of all evil in umno malaysia
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Malaysia Ku, January 01, 2009 18:08:38
Huray! This can only happen when there is no 2/3 majority in the Dewan Rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM