A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA esok!

Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA esok! PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 28 December 2008 09:26

(Hrkh) - "Kini, masih ada lebih 40 tahanan ISA di Kem Kamunting..Ketika sessi sekolah dibuka kelak, Pengetua Sekolah, penjual buku dan unifom serta pemilik bas sekolah, tidak akan bertanya samada mereka ini anak tahanan ISA atau tidak.

"'Semua anak-anak yang dizalimi ini terpaksa membayar semua urusan yang berkaitan dengan persekolahan."

Justeru bertitik- tolak daripada luahan isi hati keluarga mangsa ISA, Norlaila Othman mengajak orang ramai untuk memberi sokongan membantah kezaliman dengan menghadiri Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA esok, Isnin 29 Disember jam 9 malam di Stadium Bandar Baru Bangi

Katanya bapa-bapa yang sepatutnya menjadi kepala keluarga, menjadi orang yang mencari nafkah untuk anak-anak, dikurung tanpa sebarang kerja dalam blok-blok usang di Kem Kamunting.

"Anak-anak masih kecil dan kurang memahami kenapa bapa mereka masih terus menerus di kurung di Pekan Kamunting sana..

"Hanya si ibulah yang pening kepala, memikirkan bagaimanakah hendak mencukupkan wang yang sedikit, bagi memenuhi keperluan yang begitu banyak.

"Justeru semoga sudi meringankan beban mereka dan hadirlah memberi sokongan di majlis itu nanti," kata Norlaila.

Comments (1)Add Comment
...
written by kkselvam, December 28, 2008 12:31:21
Ha! Like this la what should PAS be doing. Fighting for the right of those under ISA detention and those matters that closer to the heart of the rakyat. Not talking about hudud law and confuse and scare the ordinary rakyat.
Bravo PAS. Keep up the good work.
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM