A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Kempen 'Jom Sertai Pas' sasar 100,000 ahli

Kempen 'Jom Sertai Pas' sasar 100,000 ahli PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 28 December 2008 09:24

(Hrkh) - Dewan Pemuda Pas dengan kerjasama Lajnah Pemerkasaan Parti hari ini telah menganjurkan satu kempen yang dikenali ' Jom Sertai Pas' yang turut mengalakkan golongan muda agar mendaftar sebagai pemilih berdaftar untuk Pilihanraya Umum ke-13.

Ia dilancarkan secara rasmi pada jam 3 petang semalam di Dataran Shah Alam oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ia juga bakal berlangsung selama lima bulan iaitu bermula pada bulan Januari dan akan berakhir pada bulan Mei 2009 serta akan dilancarkan di beberapa buah negeri lain seperti di Pulau Pinang, 24 Januari. Kedah pada 14 Februari, Perak pada 28 Februari dan Kelantan pada bulan Mac.

Pengarah kempen ini, Ahmad Subki Yusuf yang juga merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat berkata PAS mensasarkan jumlah ahli sebanyak 100,000 orang.

"Semua ini adalah terdiri daripada Ahli Pas dan Ahli Kelab Penyokong Pas baru dan pelbagai aktiviti akan digerakkan untuk menambahkan lagi keahlian baru" katanya.

Bagi memudahkan lagi urusan pendaftaran, boleh hubungi 03-26925000 samb. 210 atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip nama jarak daerah dan hantar ke 013-2226018 atau layari www.jomsertaipas.com.

Comments (1)Add Comment
...
written by avicenna, December 28, 2008 10:28:35
PAS needs more non-muslims to balance the thought process. Well, March 2008 Tsunami will change PAS forever, whether they like it or not. For good or for worse? only time will tell.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM