A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow William Leong antara khatam dan hudud

William Leong antara khatam dan hudud PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 27 December 2008 22:44

Hudud, sebagaimana berkhatam, tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Namun, sebagaimana berkhatam, mereka boleh melakukannya jika menerima falsafahnya.

Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider

"Orang kata, buat ini macam gigit semut saja. Tarak sakit. Potong sikit saja. Tetapi sampai sekarang saya pun tak berani nak buat. Kamu semua yang berani."

Inilah kata-kata perangsang yang diberikan YB William Leong, anggota Parlimen Selayang, kepada 20 kanak-kanak Islam ketika merasmikan majlis khatam beramai-ramai yang diadakan di surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang 20 Disember lepas.

Saya sendiri adalah pengacara di majlis tersebut. Sebelum majlis itu, William juga yang merasmikan majlis berkhatam di Kuang. Lebih 70 kanak-kanak terlibat dalam majlis itu.

Apakah pentingnya majlis ini sehingga saya petik perkataan anggota Parlimen PKR ini.

Pertama, inilah hubungannya antara hudud dan khatam. Kedua-duanya adalah wajib bagi orang Islam melaksanakannya. Ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam. Bahkan, dalam kes William Leong, dia sendiri menjalankan tugasnya selaku anggota Parlimen kawasan berkenaan merasmikan majlis tersebut walaupun dia sendiri tidak perlu berkhatam.

Kedua, kedua-duanya melibatkan potong memotong. Kalau berkhatam melibatkan potong sebahagian kemaluan kanak-kanak lelaki supaya tidak timbul masalah kebersihan di kawasan berkenaan, salah satu hukum hudud pula adalah memotong tangan atau kaki atau kedua-duanya jika mereka didapati bersalah dan memenuhi syarat mencuri.

Ketiganya, pemimpin bukan Islam sampai boleh merasmikan majlis ini walaupun dia sendiri tidak perlu berkhatam kerana tidak disyaratkan orang berkhatam dahulu baru boleh merasmikan majlis ini.

Inilah dia isu hudud sebenarnya. Ia sama sekali berbeza dengan isu negara Islam. Kedua-duanya memang menjadi taboo bagi bukan Islam di negara ini tetapi kedua-duanya berbeza.

Hudud, sebagaimana berkhatam, tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Namun, sebagaimana berkhatam, mereka boleh melakukannya jika menerima falsafahnya.

Sejak kebelakangan ini, ramai orang lelaki bukan Islam pergi berjumpa doktor atau mudim untuk berkhatam. Ini kerana mereka menerima falsafah berkhatam ini untuk kepentingan mereka menjaga kebersihan. Tetapi adakah Islam memaksa mereka. Tidak, ia hanya wajib bagi lelaki Islam sahaja.

Begitu juga hudud. Ia diwajibkan kepada orang Islam sahaja. Bukan Islam tidak ada kaitan. Tetapi jika mereka menerima falsafah di sebalik hudud ini, mereka boleh menerima pengadilan di bawah hudud ini. Ini jelas dinyatakan ketika Rang Undang-undang Jenayah Syariah dibentangkan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Apakah falsafah di sebalik hudud? Hudud bermakna had. Ia bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada pencuri, perompak, pembunuh, penzina dan lain-lain pesalah bahawa undang-undang yang berat menanti mereka jika mereka berbuat kesalahan sebagaimana yang ditetapkan.

Bagi mereka yang memahami falsafah di sebalik hudud ini, mereka faham hanya inilah caranya untuk menghadapi masalah itu. Hukuman yang berat ini pula datang dengan falsafahnya bukan undang-undang yang kering begitu sahaja. Ia ada roh.

Hukuman mati terhadap pengedar dadah juga berat tetapi ia tidak ada roh. Tidak ada soal dosa dan pahala, sedangkan undang-undang hudud ini ada rohnya.

Saya tidak arif untuk menghuraikan panjang lebar tentang undang-undang ini tetapi itulah yang diajar oleh para guru saya. Saya lebih tertarik dengan isu politik dalam hal ini.

Sebagaimana yang saya kata tadi, isu hudud berbeza dengan isu negara Islam. Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan tidak perlu parti-parti yang mewakili orang Cina atau India bimbang dengannya. Kalau mereka bimbang tentang perasaan orang Cina atau India terganggu dengan isu ini, saya fikir langkah YB William Leong merasmikan majlis berkhatam beramai-ramai di Bandar Tasik Puteri itu patut menjadi pengajaran.

William tidak bimbang dan tidak risau untuk terlibat dengan majlis itu kerana dia tahu berkhatam untuk orang Islam. Dia tidak perlu berkhatam dahulu untuk merasmikan majlis yang dianjurkan rakyat kawasan beliau.

Begitu juga hudud. Ia tidak ada kaitan dengan orang yang belum atau tidak beragama Islam. Jadi, apa isunya apabila Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata, jika mendapat mandat dari rakyat negara ini, Pas akan melaksanakan undang-undang yang diwajibkan kepada orang Islam ini?

Saya yakin, Umno tahu hal ini. Khairy Jamaludin juga tahu hal ini. Profesor Agus Yusof yang memprovok Datuk Husam Musa di Kota Baru juga tahu hal ini.

Jadi saya sokong sepenuhnya kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran, bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Menurut YB Kula, beliau menghormati pendirian Pas dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Comments (5)Add Comment
...
written by macaufan, December 28, 2008 00:08:50
corrupted regime racist umno has Bankrup of idea how to campaign for his KT's 'buy-election' !
so.... in P.Pauh, regime umno guna 'Buntut'
di KT pula, regime guna 'Hudud' !
nex buy election, regime will use 'Kentut' !
pohdahlah umno.... rakyat dah MUAK !
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by quietguy, December 28, 2008 01:12:57
Aiyah. You mean khatan lah, not khatam. Those are two very different things.

khatan = circumcision
khatam = finish/graduate
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by taxidriver, December 28, 2008 04:43:03
thank you for your article but would like to add

hai MCA CHIEF DOG THIS IS WHAT YOU WILL TURN TO IF to see that pls login to streetvoices.*********.com all the MCA KEEP ON THE vulgarization OF ISLAM religion AS long as it serves YOUR sectarian agenda
can ‘anak singga’ became a ‘tikus’where is syed Hameed Albar,if you can get Tresa KOk arested on hear say we the muslim want you to arrest the Datuk Seri Ong Tee Keat failing you must resign to save the honour of islam
MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat says it is the DAP that should boycott the coming Kuala Terengganu by-election following PAS’s unrelenting stand to impose Hudud laws.

Ong posted this in his blog in response to DAP veteran Lim Kit Siang’s call to the MCA not to campaign in Kuala Terengganu’s by -election on Jan 17 over Ong’s alleged lack of stand in the Port Klang Free Zone (PKFZ) controversy.“I think this is Lim’s latest attempt to distract the public from one of the worst conflicts affecting PR following PAS vice-president Datuk Husam Musa’s Hudud statement. If DAP feels so strongly about Husam’s remarks, it should as a matter of principle, not campaign for the PAS candidate in the by-election.

HEY YOU ARE A KAFIR IN EYES OF MUSLIM

YOU NOT AN AUTHORITY IN ISLAM TO ISSUE THIS STATMENT
“By choosing to campaign for PAS would only mean the DAP supports public whipping, amputation and stoning for criminal offences under the Hudud laws. Mere words objecting to Husam’s statement would not suffice if not demonstrated by action.”

HEY YOU ARE A KAFIR IN EYES OF MUSLIM

BY POSTING THESE IN YOUR BLOG YOU ARE vulgarising the purity of islamreligion to serves YOUR sectarian agenda
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by MalaysianUnited, December 28, 2008 04:56:45
wonder what ultra-chinese in DAP will say when they heard this story..will they screaming and put YB William Leong as traitor to their 'own' culture?

Still remember about DAP YBs who refuse to wear songkok..hahaha. and still want to fight for 'Malaysian Malaysia'?..hahaha

p/s: hope to see this butch of YBs have a debate with BTN supervisors..and they will continuing argue from Malaysian current issues to Merdeka times..continue to Malacca times until they stop..why?..when they realize they come from one species..hahaha
report abuse
disagree 3
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM