A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow MP Kapar keluar PKR minggu ini?

MP Kapar keluar PKR minggu ini? PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 27 December 2008 12:18

Manikavasagam: Hadiah tahun baru bagi parti

Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini.

"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

"Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi.

DIPUJUK ANWAR

Manikavasagam, yang kelihatan antara pemimpin lantang bersuara dalam PKR, mengakui beliau pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan meletakkan jawatan sebelum ini tetapi telah dipujuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

"Tetapi kali ini, saya sudah buat keputusan dan tidak bercakap dengan mereka (Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain).

"Saya tidak mahu bercakap dengan mereka, saya sudah membuat keputusan muktamad saya," kata beliau dalam nada sambil memperlihatkan kekecewaan dengan perkembangan semasa dalam parti tersebut.

KECEWA

Dua hari lalu, Manikavasagam melahirkan hasrat untuk keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurutu Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Manikavasagam menambah, beliau sudah kecewa dengan perkembangan sejak sembilan yang lalu.

"Saya sudah kecewa. Pengundi-pengundi saya tahu saya bekerja untuk mereka, saya tidak mahu ditipu lagi selepas mengalami nasib yang sama selama 50 tahun yang lalu," katanya.

Selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, jelas Manikavasagam, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

TIADA SOKONGAN PEMIMPIN PKR

Kata Manikavasagam lagi, apabila dikritik oleh pemimpin parti komponen, tiada pemimpin PKR yang tampil mempertahankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam penjelasan itu, Manikavasagam secara langsung merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang didakwa menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar.

Dua bulan lalu Manikavasagam juga pernah mengugut akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebagai tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober lalu.

Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor.

AMARAN TIMBALAN PRESIDEN

Dalam pertemuan dengan mStar Online, beliau juga memaklumkan bahawa menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali yang antara lain menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media.

Syed Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam agar menghentikan perbuatan itu.

Manikavasagam berkata, beliau menjawab SMS itu dengan menjelaskan bahawa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden seharusnya meneliti tohmahan yang dilemparkan ke atasnya oleh Teng dari pelbagai sudut dan kesukaran yang dialami selama ini.

Katanya, pemimpin PKR tidak menghulurkan bantuan dan sokongan apabila diharapkan dan tidak melihat isu itu dari satu sudut semata-mata.

Comments (15)Add Comment
...
written by Sudahlah tu, December 27, 2008 12:34:43
Inilah apa yang mengasingkan seorang kanak-kanak dengan seorang dewasa.
sedih juga melihat perkembangan sebegini berlaku , akan tetapi ada juga kebaikannya kerana rakyat boleh mengenali mereka secara mendalam lagi dan kebolehan mereka memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil yang akan bekerja keras untuk masa depan rakyat.
kalau dia seorang yang berfikir serta berkelakuan sebagai kanak - kanak maka penuhlah laman ini dengan isu - isu semasa dan umno pula dapat mencuri peluang untuk mengelirukan lagi tanggapan rakyat serta keyakinan mereka terhadap keberkesanan PR.
kalaulah dia seorang dewasa maka segala isu - isu semasa akan dipertengahkan dan secara spontan dapat mengenali perkembangan semasa dimana kepentingan setiap isu sedang dalam proses perlaksanaan. dia akan menjadi diri sebagai orang perantaraan yang sentiasa bersama rakyat dan berkhidmat secara terbuka dan aman.
bukan semua orang yang boleh berjaya dalam perkhidmatan tulus di dunia politik terutamanya keadaan politik di Malasyia yang mengamalkan rasuah dan politik wang.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by ananthSR, December 27, 2008 14:11:59
Adui pening la dengam Mani ini!!! i think the best solution for him is to be calm and leave pakatan to join the kindergarden school to learn how to get resolve small games problems rather then thinking of resolving state or party problems....shame on you lah mani, ur acting like school kids...
report abuse
disagree 3
agree 22
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Awaken64, December 27, 2008 14:57:51
Hakikatnya ada kebenaran dalam isu ini. Cuma yang memutar belitkan situasi ini ialah kurangnya seorang pemimpin yang berkesan dan ramai yang nak memimpin tanpa agenda yang jitu. Kalau PKR tidak menyatu padukan parti komponen dengan segera akan timbul rasa TIDAK SETUJU antara parti komponen dan ini akan membawa kepada perselisihan dan MASALAH!
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by born2reign, December 27, 2008 16:24:48
Cry Baby throwing tantrums when doesn't get his way
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Bloodhound, December 27, 2008 17:03:24
When the going get tough, only the very tough can get going!

Whatever happened to the spirit of the great Manikavasagam?.......guess the current generation of Manikavasagams can't hack it anymore.

Only the very best should serve the rakyat, anything less is just a waste of time - if he can't hack it, its no use having him represent the community. Anyone who can give up so easily without a fight has no respect for the community they represents.

I do believe that the late Mr. Manikavasagam would have given his all to ensure that his ability to represent the rakyat is not eroded. He would never just give up the fight and walk away from a position that could make a difference!

Shame on you!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by taxidriver, December 27, 2008 17:23:03
we dont take notice one mans dream we got larger dreamTHIS TIME THE TAXIDRIVER STRIPE THE MALAYSIAN INSIDER NAKED the bitch spinng dogprostuting the intelligences of Malaysian more information log in malaysiapolitictoday.worpress.com
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by banzai, December 27, 2008 18:20:55
Tiada MASUK... Lompat lah. Tunggu ape lagi.
The next ELECTION BEWARE of FROGs PLEASE...
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by banzai, December 27, 2008 18:23:14
No MONEYCOME GUA LOMPAT.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Bosan, December 27, 2008 18:29:59
Ini MP ada tak ada pun tak apa, sikit sikit keluar parti, macam budak budak main pasir. Sebagai seorang MP, jangan bersikap macam gengster, bincanglah didalam, bukan diluar.Pakatan Rakyat, let him go, let him go, saya punya satu undi bagi dia sudah masuk longkang.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by SL Chan, December 27, 2008 18:58:31
YB Mani...

What the xxxx are you doing??????? Little litle bit throw your tantrum. Realy an idiot!!!!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by johanssm, December 27, 2008 20:40:51
mani, if you want to quit, quit now.Dont delay your bloody tail until the 1st of January. PKR will NOT pay you more or gives you some contract just to retain an idiot like you. PR is NOT about making MPs and ADUNs happy.Too bad we also have retards in PR just like the bn. But what can we do? As some of them are former bn"s people.
It is not the peoples mistake who voted you in, it is your own failure to make things right according to the rakyat's demand. If an MP cannot communicates with own leader then there is something wrong with you mani. Go kiss some other people's shoes.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by asguard, December 27, 2008 21:05:47
Next election please conduct vet process for election candidates ...we don't want this type of problem makers to an MP or state assemblymen!
report abuse
disagree 0
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Knight, December 27, 2008 21:27:31
Mani,

The people voted for the party (i.e. PR) and not you. Please resign your MP-ship if you leave PKR. That is only the gentleman thing to do. Don't give us the shit that you want to continue to serve the people. An independent MP like you can't do shit for your constituency.
report abuse
disagree 0
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM