A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow 'Pengundi hantu' memang wujud di Terengganu

'Pengundi hantu' memang wujud di Terengganu PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 25 December 2008 22:42

(Hrkh)- PAS menyangkal kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Said yang sengaja berselindung disebalik istilah 'hantu' bagi menutup kesalahan Umno-Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi luar dari Terengganu.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong berkata Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said cuba berselindung disebalik perkataan istilah 'hantu','syaitan' dan 'jin'.

"Bukanlah 'hantu' (jin dan syaitan) yang macam MB (Menteri Besar) faham itu tetapi jika mahu berselindung di sebalik perkataan itu boleh kerana apa yang dikatakan 'hantu' itu baik PAS, baik Umno. Kita (PAS) ada jentera dan jentera kita (PAS) buat semakan, buat penilaian dan banci dari rumah ke rumah," katanya kepada wartawan Harakah

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan negeri ini mudah bagi mengesan para pengundi kerana bukan seperti Kuala Lumpur atau negeri-negeri maju yang penghuni tinggal di apartment, kondomunium dan sebagainya.

Menurutnya, semakan dan kajian dibuat mendapati nama pengundi dalam daftar pemilih ada tetapi pada realiti sebenar tidak ada orang tersebut.

"Ini (pengundi) dalam daftar ada tetapi on the ground realitinya tidak ada. Kita (PAS) cari alamat dia (pengundi) pun tidak ada melainkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan setiap pengundi itu dengan alamat penuh.

"Lot tanah itu ada tetapi tidak ada rumah dan tidak ada orang yang tinggal di atas lot tanah itu dan ini berlaku di kampung Durian Burung, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam. Keduanya, rumah-rumah orang yang didaftarkan dengan pengundi-pengundi 'mendatang' sehingga dalam sebuah rumah itu ada 15 hingga 20 orang gunakan satu alamat," tegasnya.

Justeru itu, kata Dato' Wan Abdul Muttalib tidak timbul persoalan apabila PAS menang dikatakan tidak ada pengundi hantu dan bila kalah ada pengundi hantu.

Menurutnya, istilah 'pengundi hantu' itu tetap wujud selama-lamanya selagi tidak dibersihkan oleh pihak berwajib kerana menguntungkan parti pemerintah (BN).

Comments (2)Add Comment
...
written by amoker, December 25, 2008 23:07:41
what is new? We support PAS against these kind of ill works.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Tompios, December 26, 2008 05:26:40
UMNO stop talking nonsense. Sedarlah diri tu. Sebagai pejuang agama suci, hati-hati berkata-kata. Jangan guna mulut belakang bila bercakap. Apa yang Anda pot-pet-pot-pet itu memang kerja UMNO sejak dari dulu. Kerja orang 'JUJUR' rentas benua terutama di Sabah.

Pengundi hantu? Andalah sebenarnya HANTU wahai UMNO. Penghisap darah orang Malaysia. Jin dan Toyol memang peliharaan mu. Sila bertanya dgn 'Pehin' Mahmud Taib KM Sarawak, beliau tahu banyak tentang Jin dan Toyol.

Pengundi hantu memang projek besar UMNO. How about floating vote? PAS, sekurang2nya Anda jelas dalam perjuangan mu bagi negeri dan agama mu.
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM