A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow APA MAKNA PENSWASTAAN

APA MAKNA PENSWASTAAN PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 24 December 2008 11:31

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 80'an dahulu. Ini adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ini adalah dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrim.

Sebelum dasar penswataan di perkenalkan banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat awam. Banyak syarikat-syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.

Kaum pemodal meleleh air lior apabila melihat syarikat air, syarikat api, pejabat pos, syarikat talipon, syarikat kapal terbang, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.

Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat in diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksima. Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.

Khidmat untuk orang ramai ialah shahadah untuk semua syarikat-syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan - khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai. Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada orang ramai.

Tiba-tiba Mahathir Muhamad melancar skim cepat kaya pada tahun 80an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, Pembeklan Air, Pejabat Pos, Hospital, Taman Negara, Jalan Raya, Balai Raya, Dewan Orang Ramai, Rumah Rehat – semua ini adalah contoh-contoh syarikat dan harta orang yang ditelah diagih-agihkan oleh Mahathir Muhamad kepada kaum kerabat dan kroni-kroninya.

Inilah skim cepat kaya Mahathir Muhamad yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Di tahun-tahun itu, ketika Mahathir ditahta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi towkay gedung-gedung perniagaan. Kita mendengar Mat Driber Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.

Semua harta-harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk di jadikan milik pribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni. Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada badan Unit Perancangan Ekonomi - EPU. Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan Perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.

Hasilnya di zaman Mahathir Muhamad banyak lanun dan perompak menjadi kaya raya.

Bayangkan berpuluh puluh tahun syarikat dan harta-harta ini telah dibagunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS - dari dua buah kapal terbang yang disewa dari BOAC akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa. Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara. Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka dan jalan raya dan landasan keretapi dibuat.

Berapa bilion ringgit pelaboran telah di curahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat yang telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini? Dalam sekelip mata sahaja semua harta-harta ini telah dirompak oleh Mahathir Muhamad. Harta-harta milik kita semua ini dengan bagitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.

Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar pengswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar globalisasi ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.

Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom. Tidak kah kita merasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar. Tidak kah kita merasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika? Tidak kah kita terganggu apabila syarikat talipon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea dan Australia?

Dasar penswastaan ini telah berjalan lebih dari 20 tahun. Porak peranda hasil dari dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung 'menipu' untuk membuat duit. Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang 'tidak bermutu' tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar. Jika tidak ada duit maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.

Lihat pula berapa banyak jalan-jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan harga saban tahun. Talipon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat swasta ini.

Dahulu - ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung – keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Bila syarikat ini di swastakan bila ada untung maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini. Ini bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.

Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan rompakan di siang hari. Najib Razak sedang mula membuat jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby adalah kroni pertama Najib Razak. Jika di selidik dan di halusi maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib Razak dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan dalam syarikat Sime Darby ini. Atau telah ada 'persetujuan' yang syarikat Sime Darby ini akan memperkukuhkan kedudukan Najib dari segi sokongan politik dan kewangan.

Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara. Ini telah di persetujui oleh Najib Razak. Najib Razak sendiri membuat kenyataan - DIA TIDAK AKAN MENGHALANG NIAT SIME DARBY.

Lihat dengan jahat dan licik Najib Razak telah 'membocorkan' berita rancangan rompakan ini sesudah perlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Ini niat jahat.

Najib Razak tidak mahu projek rompakan IJN ini dibicangkan di parlimen. Pasti perancangan rompakan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap. Secara sulit pasti ada 'deal' yang telah dibuat. Kenapa projek rompakan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib besetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu di warwarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?

Semua rompakan penswastaan di buat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan. Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang di janjikan.

Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengkayakan kroni dan kaum kerabat. Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai dari kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.

Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran. Selagai mereka berkuasa rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan –hentikan dasar ini dan mereka kita nyahkan dari tampok kuasa.

Comments (16)Add Comment
...
written by 4country, December 24, 2008 12:22:43
Saya terasa amat gembira akan paparan Artikal ini. Sebelum ini saya ingat tiada ramai tahu akan Konsep penswastaan di Malaysia telah disalahgunakan oleh Buaya Tunggak Malaysia. Insyaallah artikal ini telah memberi harapan kepada saya bahawa Fikiran Orang Malaysia semakin matang!

Pernahkah Rakyat Malaysia berfikir "Mengapa Badan Utama Negara diswastakan?" Masih segar dalam ingatan saya, Mahathir memberi alasan bahawa Badan-badan tersebut mengalami kerugian, maka harus diswastakan supaya Malaysia tidak mengalami kerugian.Sekarang, marilah kita Memforensikkan hakikat ini satu demi satu.

Pertama, Andaikan kita seorang peniaga mentah, Apakah perniagaan kita akan ceburi supaya mendapat keuntungan? Jawapannya tidak jauh berbeza, iaitu kalau boleh, Jenis perniagan yang terpilih mesti saya seorang Pemilik Skill disamping itu hasil kerjaya mendapat sambutan semua lapisan masyarakat secara terpaksa.
Baik, sekarang kita tinjau balik, TNB, salah satu badan yang telah diswastakan.
TNB diswastakan kerana kerugian? Alasan demikian telah lama memperbodohkan Rakyat Malaysia. Semua Rakyat terpaksa menggunakan elektrik, bagaimana kerugian berlaku? Kerugian berlaku disebabkan kakitangan berlebihan? Kerugian disebabkan Silap membuat "Investment"?

Cuba kita bayangkan bagaimana kerugian berlaku? Adalah mustahil TNB mengalami kerugian! Apakah sebenarnya cerita ini? Sebenarnya TNB susah mengalami kerugian. Tujuan penswastaan BADAN UTAMA kerajaan kerana "Segala keuntungan Negara susah nak sampai ke saku para politik yang berkuasa, pengambilan wang terus dari badan tersebut rumit.Kalau TERambil wang, bekas/bukti akan tercatat." maka, Masa untuk memberi alasan dah tiba. KERUGIAN - sebagai alasan

Apabila TNB diswastakan begitu lama, kerugian tetap berlaku sehingga rakyat Malaysia dipaksa menikmati "kadar lonjatan".Mengapa TNB tidak boleh mengumum Keuntungan? Kerugian berterusan Untuk menunjukkan Orang Berkuasa betul ramalan atau terus menghisap titik peluh rakyat?Kalau TNB terus gagal menangani kerugian, mengapa rakyat masih memilih perlu percaya kepada kerajaan yang tidak berwibawa atau kerajaan yang terencat akal?

Fikirkanlah Rakyat Malaysia. Huraian atas dah jelas memberi kita tahu akan siapa hantu siapa tuhan. Kalau dah insaf, TUMbangkan Buaya Malaysia di kuala Terengganu!
Sakali lagi memberi tamparan kepada mereka bahawa Rakyat Malaysia dah insaf!
report abuse
disagree 0
agree 58
...
written by A MI, December 24, 2008 12:54:02
aisay
Makna penswastaan= teknik salurkan duit rakyat kepada pihak tertentu aje.

By the way did anyone suspect the real reason IJN gonna be bought by Sime Darby besides the obvious - the gome looking for $? Elementary my dear Watson- the land. This is one way to get hold of the valuable land IJN is sitting on. Before you know it IJN will move to a new location.

Here is another thought! KLGH may be moving too under Najis's tenure more high value land there. Let's just sit back (what else can we spinless Malaysians do right?) and listen to the excuses given to move the hospitals smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by Tompios, December 24, 2008 13:09:10
Mahathir talam dua muka. Anti Barat tetapi tiru cara pemimpin2 Barat dalam dasar penswastaan. Tujuan utama penswastaan adalah untuk mengatur sesebuah negara melalui proxies tertentu. Bilderberg group plans since in the beginning.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by zanie, December 24, 2008 13:21:20
Benar sekali! Penswastaan ialah rompakan besar-besaran para lanun yang berselindung di sebalik jawatan politik. Inilah dosa Mahathir maha besar kepada rakyat Malaysia. Segala entiti TNB dulunya LLN, Pos Malaysia dsbnya adalah dibangunkan dengan modal rakyat, wang rakyat..tetapi diambil secara percuma oleh individu yang merupakan kroni dan juak-juak Mahathir. May they be burned in hell!!
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by Almighty, December 24, 2008 15:08:04
BN khususnya UMNO diketuai sekumpulan "Peniaga Korporat" yang sentiasa meneliti setiap peluang untuk menggunakan "Penswastaan" untuk merompak duit dari rakyat. Contohnya, penjanjian dengan syt. buaya tol yang berat sebelah & buaya-buaya yang tidak berhenti-henti inginkan kenaikan tol walau sudah untung besar tanpa menghiraukan sengsara rakyak. Bila untung milik sykt buaya & bila rugi kerajaan yang tanggung. Fenomena unik yang hanya boleh kita nampak di negara kita. Sykt TNB yang pantas menaik harga lektrik dalam masa tersingkat. Harga minyak naik dia pantas naik, harga minyak turun dia banyak alasan enggan turun. Menteri kita pula sibuk minta Roti Canai turun 10sen, hebok-hebok kehebatan beliau meminta hypermarket ada promosi turun harga (walau promosi tu tidak banyak beza dengan promosi lama). Tapi, menteri tidak penah terfikir untuk mengarah Tol turun, elektrik turun, caj telephone turun (walau sykt itu dikuasai oleh kroni kerajaan). Kesemua ini, padahal lebih berkesan untuk menghalang inflasi.

Apatah lagi, IJN sudah lama diperhati oleh kroni ini sebagai daging BBQ yang sedap. Bil rawatan yang melambung tinggi & konsep bila untung sendiri, bila rugi kerajaan subsidi. Kroni ini pasti untung besar dan Rakyat akan terus sengsara & menderita.

report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by arazak, December 24, 2008 15:24:06
Hai. . .,tak cukup dia bunuh warga Mongolia, kini nak di bunuh pula warga Malaysia sendiri yang tak mampu dengan ongkos mengubati penyakit jantung.

. . . Betul-betul le malaon dia orang ni!
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by Steven Tan, December 24, 2008 15:54:13
Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh saudara Hishamuddin Rais adalah benar belaka. Penswastaan adalah salah satu cara untuk mereka yang menswastakannya mendapat keuntungan berpanjangan secara senyap-senyap. Oleh yang demikian mereka akan menggunakan kroni-kroni mereka untuk mengambil-alih syarikat-syarikat daripada kerajaan (rakyat). Oleh yang demikian kroni-kroni tadi akan mengagihkan sebahagian daripada keuntungan (percentage) dan memasukkan ke dalam akaun sulit ketua-ketua kerajaan tersebut.

Sebenarnya kos operasi mana-mana syarikat milik kerajaan adalah jauh lebih murah daripada kos untuk operasi syarikat yang sama apabila dimiliki oleh pihak swasta(kroni). Jadi untuk menampung kos tersebut, kitalah (rakyat) jadi mangsa di mana kita akan diperah untuk mereka mendapatkan keuntungan berlebihan tersebut.

Kebanyakan ahli politik adalah jenis manusia yang pandai berkata-kata. Oleh yang demikian, mereka akan menggunakan kelebihan tersebut untuk memperbodohkan kita dengan alasan-alasan dan cerita-cerita imaginasi lalu "meragut" hak kita tanpa kita menyedarinya. Satu contoh yang boleh saya nyatakan di sini ialah di mana baru-baru ini pemimpin-pemimpin kita telah mengeluarkan kenyataan yang Negara Kita Tidak Akan Terjejas Daripada Krisis Ekonomi Dunia tetapi lihat apa yang sedang berlaku... Ramai akan kehilangan pekerjaan tidak lama lagi...

Jadi apa yang saudara Hishamuddin Rais perkataan adalah benar belaka... lagi lama kita percaya pemimpim kita lagi teruklah kita akan terlengkup.

sekian
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by ibabonma, December 24, 2008 15:54:50
When I was very young, form 1 may be, I ask my late father what he understood by Socialist? He told me, "If we make RM 1.00 we shared them but in Democracy, if you make RM1.00 you just put it in your pocket and 'balun' all, like what UMNO and the British did...damned the white monkeys!"

And, may be, for that he was ISAed for 5 years in Pulau Jerejak.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Sudahlah tu, December 24, 2008 17:36:02
kaya bukan bererti bebas. ianya menjadi satu penjara halimunan sendiri yang asyik mengejar bayangan orang lain. bukan semua orang tahu akan kebaikan menjadi kaya dan dispilin diri yang ketara untuk menjadi kaya. apabila kekayaan bukan lagi menjadi satu keperluan maka manusia akan bertukar menjadi binatang. inilah yang diminati oleh anak razak. dia inginkan dirinya dikenali sebagai binatang buas dan mempunyai tahap nafsu yang begitu kuat sebab kekayaannya tidak menjadi satu keperluan asas dalam hidupnya. bayangkanlah apa yang sedang bermain dalam fikirannya begitu merbahayakan. kekayaan yang ada padanya sebenarnya kurniaan Allah agar dia dapat membantu lebih ramai umatNya dalam kehidupan harian mereka dan juga masa depan anak - anak mereka. apabila pedoman keimanan diri menjadi satu halangan kerana lebih tertarik dengan dunia nafsu dan suka melihat badan sendiri diagung-agungkan oleh perempuan maka fikiran sebagai seorang pemimpin menjadi rumit. pengorbanan diri demi negara tidak mungkin tercapai maka kemungkinan lebih dosa-dosa besar yang akan berlaku dan kekebalannya membenarkan dia dijauhi daripada pengundangan negara. mangsa - mangsa keghairahannya akan dipinggirkan. jadi, kalau bukan berasas seorang pemimpin yagn berkalibar besar demi negara, mengapa lagi diberi tanggungjawab sedemikian. sebab dalam umno politik wang bukan merupakan satu kesalahan. ianya merupakan satu kewajipan untuk mendapat sokongan padu daripada semua ahli. kalau begini, siapa yang sebenarnya merupakan pengkhianat bangsa melayu? janganlah kita salahkan bangsa lain sedangkan kita yang sebenarnya menyokong segala kezaliman umno. kita yang menjual maruah melayu untuk kekayaan diri dan dapat hidup bergaya sendiri. jangan salahkan orang lain.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Malaysiaputra, December 24, 2008 19:58:58
Adakah Itulah jawapan kenapa Mahathir dan kroni mahu kekalkan DEB ?, bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Negara, tetapi kerana kepentingan sendiri, kaum kerabat dan kroni kroni?.

Lihatlah kroni saperti Daim, dimana dia sekarang ?.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cheekhiaw, December 24, 2008 22:27:00
Penswastaan is a Malay word for stealing public money in private.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Pakyeh, December 24, 2008 23:37:45
Salam Sheikh Hishamudin dan kawan2 semua,
Saya setuju bahawa penswasraan ini adalah korupsi moden/terselindung.Penswastaan adalah Menteri Level Merompak (M.L.M) dan "Pemerintahan Ali Baba dan 40 perompak".Sila baca polirical analyst dan nujum baru dgn rencananya "Nasi Kangkang Rosmah and the winds of change.Sila lawat
http://warongpakyeh.********.com

report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by future, December 25, 2008 00:23:12
Penswastaan adalah pencapaian terbesar Mahathir merompak harta rakyat dan sehingga kini tersenyum sebagai Negarawan Ulung.Orang melayu tidak lupa hanya ahli UMNO yang
mudah lupa.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by DreamLady, December 25, 2008 06:02:25
Merry Chirstmas, Raja Petra, Marina, and your beloved children!!!

I would like to take the opportunity to express my heartfelt gratitude for keeping the rakyat well-informed of news which are most often than not, beyond the reach of ordinary folks like us. And many thanks again for allowing me to hold your hand on the fateful day of 7th Nov. I was very honoured on that special day when I could meet you for the first time in person.

Take very good care of yourself and family, May Allah bless you all !!!!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by shatis, December 25, 2008 15:57:19
Penswastaan di malaysia

MAS - RUGI
TNB - RUGI
Proton - RUGI
Telekom - RUGI
POS - RUGI
MARA - RUGI

Siapa CEO syarikat swasta2 diatas?? Melayu
Siapa majoriti pekerja malas di syarikat2 ini ? Melayu
Siapa tak bayar balik Loan? Melayu
Siapa ambik rasuah dan mentababkan kerugiaan? Melayu

Habih tu apsal selalu kata bangsa lain rompak negara?? Bodoh
pikirlah wahai melayu..

sikap racist kamu akan menghancurkan negara ini. Stop being racist. Be malaysian...
report abuse
disagree 9
agree 12
...
written by lynn, December 25, 2008 16:24:01
A MI,

Bingo. You are absolutely right! The land - there is hardly any prime land left in the Golden Triangle undeveloped.

Again, these b@stards, their greed knows no bounds, their actions unassailable.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM