A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Laporan rasuah Setiasaha Politik Najib masih teka-teki

Laporan rasuah Setiasaha Politik Najib masih teka-teki PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 23 December 2008 09:40

(Hrkh) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin mendakwa bahawa laporan rasuah terhadap Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak yang diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Ogos lalu sehingga kini masih 'senyap' tanpa sebarang penjelasan mahupun tindakan.

"Ini menunjukkan bahawa kata - kata Najib mengenai memerangi rasuah politik hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja.

"Harapan ahli Umno untuk melihat Najib memulihkan Umno pasti akan kecewa. Najib akan menjadi pelengkap kemuncak kemusnahan Umno itu nanti," katanya dalam blog peribadinya semalam.

Dalam blonya itu juga menyatakan pada 16 Disember yang lepas, beliau dan KeADILan Rembau telah memanggil satu sidang media khas untuk menjawab ugutan BPR terhadap Setiausaha keADILan Rembau dan mendedahkan satu lagi bukti rasuah politik dalaman Umno dan antaranya melibatkan bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media tersebut didedahkan dokumen 27 muka surat yang mengandungi aduan lengkap berkenaan kegiatan rasuah Dato' Setiausaha Politik Najib. Beliau dilaporkan mengedarkan RM1000 kepada perwakilan untuk memastikan kemenangan beliau sebagai Ketua Bahagian Umno.

Laporan tersebut yang telah diserahkan kepada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan Ketua Pengarah BPR, Putrajaya mengandungi wang tunai sogokan yang diterima pengadu dan rakaman perbualan yang jelas boleh mensabitkan kesalahan.

Semua ini telah diserahkan pertengahan Ogos namun sehingga kini masih senyap.

Dalam sidang media itu juga Badrul Hisham memberitahu hanya satu dari lebih daripada 10 dokumen berkaitan rasuah Umno yang dimiliki dan kebanyakan dokumen yang mengandungi rasuah melibatkan pemimpin Umno Negeri Sembilan akan didedahkan dalam masa yang sesuai.

Comments (10)Add Comment
...
written by Sudahlah tu, December 23, 2008 11:24:37
bukan Islam punya melayu tetapi mengelarkan diri sebagai umat yang alim. kalau ada umno, Islam menghadapi risiko menjadi satu lagi ajaran sesat yang dikemudikan oleh umno. sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Sudahlah tu, December 23, 2008 11:38:05
kalau membunuh pun tidak kena hukuman, ini apa. wang politik dalam umno bukan rasuah. istilah Islam dalam umno selalu berbeza.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by 1351, December 23, 2008 12:21:44
Imbas kembali peristiwa di Melaka Sudahlah tu !

Bayangkan betapa risau warga tua apabila mendapat khabar cucunya menghilang ? Apabila ditanya kemana pergi .... budak belasan tahun mana tahu berbelit bahasa lalu terkeluar nama pembesar UMNO.

Tak pasti saya jikalau org sebelah baikpun org sekampung tak endah dgn apa yg terjadi kepada remaja berkenaan tetapi tidak hairan kita semua jika diberitahu Polis Kontijen Melaka Tengah langsung tak terima report dari pihak nenek malang.
Cukup sedih tiada sesiapa dikalangan jiran/sesiapa saja dikalangan warga Islam yg berani membantu warga tua menebus maruah cucu kesayangan - sampailah hal ini dibawa kpd Lim Guan Eng.

Bayangkan betapa kebal nama UMNO sudahlah tu ! Bayangkan bagaimana seluruh warga di Melaka masih dilamun puaka UMNO dari dulu hingga kini. Kalau yg dulu, boleh dikatakan ada otak tapi si Ali Rustam yg sekarang bingai orangnya, tetapi 'loaded'.

Dari segi pengajaran, mungkin SPM pun tak lepas - kejayanya hanya sebagai pembaca meter di Lembaga Letrik Negara dulu-dulu. Untung satu Melaka kalau si Ali Rustam dapat bili kerusi Naib Presiden UMNO. Sudah sah dia tak 'speaking', kelulusan tak sempurna tetapi jaguh songlap duit rakyat.

Inilah dia penaung UMNO - diantara jaguh kaki pukul UMNO yg paling 'top', paling ganas(kerap sangat suruh India/Cina belah), jenis puak tak makan saman hinggakan polis dijadikan kadam kalaupun tak anjing.

Macam mana boleh terjadi ? Sudah sah "istilah Islam dalam umno selalu berbeza"

Salam sudahlah tu dan semua
Casper
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by MAMR, December 23, 2008 12:45:06
beranikah BPR menyiasat aduan kesalahan yang ada kaitan dengan Najib atau orang orang kuatnya ? Ini cerita bakal PM, nanti hidup orang orang berkaitan akan berada didalam derita bila beliau dah naik takhta.Jangan main main ooo!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by arazak, December 23, 2008 13:20:45
If you are connected to a top UMNO politician you can get away with murder. . ., getting away with corruption is nothing for them!
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by smeagrooo, December 23, 2008 13:55:53
the Q is who dares to investigate? Tak takut kena A B C 4?
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by cllim123, December 23, 2008 21:59:31
Wahai kawan-kawan senegara, warga-warga Malaysia yang disayangi, inilah tabiat Umno yang sering mempergunakan jentera kerajaan untuk kepentingan sendiri dan parti sahaja dan bukan untuk kepentingan warga negara. ACA dan polis diRaja sudah menjadi pengawal keselamatan peribadi dan pemusnah musuh-musuh politik. Tiada lagi undang-undang untuk rakyat, hanya undang-undang untuk kepentingan dan kekayaan Umno dan kroni-kroni. Sampai Hakim Besarpun ahli Umno. Sampai pembunuh pun dah mahu jadi pemimpin tertinggi. Apa lagi mahu mengundi Umno? Sampai Malaysia ini menjadi nerakake?"
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by SiHangChai, December 23, 2008 22:52:36
tak ada kes-lah. yang salah hanya mereka yang bukan ahli UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Forex, December 24, 2008 11:23:29
hahahha... kalau pembangkang terima/bagi rasuah konon, dlm 24 hours BPR sudah selesaikan kes ni.

Tapi kalau, UMNO BN punya kes, sampai pisang berbuah dua kali pun takde tindakan.

Inilah BOLEH LAND, anything is BOLEH if u are under UM NO o...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by ladasiber, December 24, 2008 17:54:50
Najib is above the law. What he'll do to prove his innocent is swear. That is what so islamic about UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM