A+ | A- | Reset
Home

Suruhanjaya Pelantikan Hakim hanya komestik - Ahli Akademik PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 21 December 2008 14:50

(Hrkh) - Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.

"Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan.

"Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri.

"Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.

Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.

Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.

Dr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.

"Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.

Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.
Comments (7)Add Comment
...
written by Tompios, December 21, 2008 15:06:12
Plastic surgery kot? Susah bila semua orang pintar. Thank you RPK. Anda telah memberikan kami sarana untuk jadi orang pintar dalam dunia alam maya. Kehakiman jangan sampai ala Bollywood. Lambat pick up!!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by uxzee, December 21, 2008 17:54:56
Pak Lah faham duit sahaja. Dia tak faham Undang Undang atau senaja tak faham.

Yang dia berebut dengan SPRM dan SPH hanya untuk perbodohkan rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by anakperlis, December 21, 2008 18:54:54
Suruhan 2jaya ni semua utk mengaburi mata rakyat Malaysia saja, depa ambil masa yang lama utk menyampaikan laporan mereka, tapi siapa yg akan mengpengaruhi suruhanjaya nilita rakyat Malaysia dah tau pun, jgn perbodohkan kita.Jgn jadika Malaysia sebagai medan sarkas BN/UMNO, pi lah mampus BN/UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sudahlah tu, December 21, 2008 20:19:29
jangan harap akan umno memberi ruangan untuk rakyat berdikari dan menentukan perlembagaan negara kembali ke jalan pangkal...
mana pernah manusia yang sudah lama menikmati kekayaan dan kuasa akan melepaskan peluang sebegini demi negara apalagi binatang seperti umno...
mereka tetap akan bersendiwara dan mempergunakan agenda orang melayu sebagai modal.
kesianlah orang melayu kita semua ini , terpaksa dijadikan boneka umno selagi umno ingin memecahbelahkan perpaduan negara ....
kita sememangnya lemah dan tamak akan kehidupan serba berada walaupun pada hakikat sebenarnya semuanya janji kosong umno ...
sudah biasa dilabelkan oleh umno sebagai bangsa yang lemah dan diagungkan sebagai tuan punya tanah negara , orang melayu selalu dibuai mimpi - mimpi indah dan bergaya ...
artis khawin pun diberi tayangan secara langsung untuk mengkaburkan perhatian golongan muda agar tetap bermimpi seperti artis tersebut yang sebelum ini budak biasa ..... itulah taktik pengawalan minda generasi muda melayu ...
kita bagaikan hamba umno yang tidak dapat membebaskan generasi muda kita daripada menjadi anjing umno .. MENGAPA ?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by CPY, December 22, 2008 09:57:40
Biasalah tu! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by joeawk, December 22, 2008 17:06:05
Not many are fooled by Pak Lah. What Malaysians want are changes which will exclude from the appointmwent process and tha AG(UMNO lapdog) from the prosecutive process.

Malaysians accept nothng less than that. Down with UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by AUTAR, December 22, 2008 18:10:26
Kesimpulannya begini lah kawan kawan,budak KJ yang dihantar ke Kelantan tu pun bodoh jugak, nama je belajar kat luar negara , kat mana tu?, ooo, kat university Big Pork Ameno. Saya ingatkan kat Mesir. Budak KJ ni mana tau apa itu hudud? Tolong hantar dia kat saya n saya nak bagi sekolah.

Tentang nak diujudkan suruhanjaya2 ni, pada pandangan saya semuanya mainan Ameno.Lagipun Pak Lah nak bagi peluang pada orang orang yang dah nak pencenbuat kerja tu. So tak ada peluang lah orang muda yang berkaliber untuk menjawatan tersebut. Macam Pak Lah ambik anak Amit jadi menteri KDN. Apa yang dia tau. Mulut macam punggung ayam.

report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM