A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Lima cara untuk pengundi PRK Kuala Terengganu buat semakan maklumat

Lima cara untuk pengundi PRK Kuala Terengganu buat semakan maklumat PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 21 December 2008 11:31

(HRKH) - Daftar Pemilih Pilihan Raya yang diwartakan pada 5 Disember lalu akan digunakan untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Ngah Senik dilaporkan Bernama sebagai berkata, daftar pemilih tersebut mengandungi 80,229 pemilih, terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos.

Menurut beliau, semua pemilih boleh menyemak maklumat pengundian mereka termasuk nama pusat mengundi, nombor tempat mengundi (saluran) dan nombor siri pemilih menerusi laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my.

"SPR juga ada menyediakan khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

"Perkhidmatan ini mula beroperasi hari ini sehingga 17 Januari depan dan setiap sms dikenakan caj sebanyak 35 sen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ngah berkata, pemilih perlu menaip SPR NO KAD PENGENALAN dan menghantar SMS itu ke nombor 15888 untuk mendapat maklumat yang mereka inginkan.

"Selain itu, mereka juga boleh membuat penyemakan di bilik gerakan Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan menghubungi talian 09-6221218 atau 09-6236161 mulai pukul 8 pagi sehingga 12 malam setiap hari bermula hari ini hingga 17 Januari depan," katanya.

Comments (3)Add Comment
...
written by CPY, December 21, 2008 14:36:32
Cepat semak. Jgn kasi hantu keluar undi.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Sudahlah tu, December 21, 2008 20:39:09
umno akan menggunakan segal taktik kotor untuk menang nanti ....
binatang seperti ini manalah mempunyai keperhatin seperti manusia walaupun mereka berjaya berkulit seperti satu.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by asguard, December 22, 2008 09:28:56
UMNO adalah hantu dalang bagi segala keputusan dalam setiap pilihan raya kecil... tengok tiba sahaja ada berberapa pencalonan bebas bertanding di KT... ini mungkin kerja kotor UMNO untuk menpastikan PAS kalah dalam pilihan raya kecil KT!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM