A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Harakah sumbangkan RM40 ribu pada mangsa ISA

Harakah sumbangkan RM40 ribu pada mangsa ISA PDF Print
Posted by admin   
Friday, 19 December 2008 08:49

(Hrkh) - Biarpun beberapa tahanan ISA sudah dibebaskan baru-baru ini, Harakah masih terus memyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan yang masih meringkuk di Kemta.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, menyerahkan cek bernilai RM 40,000.00 kepada GMI, hasil sumbangan pembaca Harakah dan Harakahdaily yang tidak putus-putus memberi bantuan.

Sumbangan tersebut diserahkan Lutfi kepada wakil isteri tahanan ISA, Norlaila Othman dan Bendahari GMI, Nashita Mohd Noor, di Pejabat Editorial Harakah,baru-baru ini.

Menurut Lutfi, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang musim persekolahan dibuka, yang dilihat akan memerlukan kewangan yang banyak.

"Saya menyerahkan kepada GMI untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan, khususnya menjelang buka sekolah ini. Sudah tentu, keluarga tahanan ini memerlukan sejumlah wang bagi melunaskan yuran sekolah serta keperluan-keperluan lain seperti baju, buku dan sebagainya," kata beliau.

Tambah beliau, menyedari tentang kesukaran keluarga berkorban masa dan tenaga untuk mencari nafkah setelah kehilangan tempat bergantung, Harakah sentiasa komited dalam menyantuni segala kesusahan dan keperitan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA dengan terus memberikan sumbangan kepada Harakah untuk disalurkan kepada keluarga mangsa ISA.

Katanya, sumbangan daripada para pembaca Harakah dan Harakahdaily yang prihatin inilah yang berjaya merealisasikan impian untuk melihat keluarga tahanan akta zalim ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Sementara itu, GMI yang terharu dengan penerimaan sumbangan berkenaan berkata pihaknya turut merakamkan rasa penghargaan kepada para penyumbang yang prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA.

"Kami benar-benar terharu dengan sumbangan yang diberikan pembaca Harakah dan Harakahdaily. Begitu juga dengan sikap prihatin Harakah yang komited dengan menubuhkan tabung ini. Sumbangan ini memberi erti yang sangat besar kepada kami yang dinafikan hak kasih-sayang dan kehidupan angkara ISA ini," kata Norlaila.

Sementara itu, Norlaila berkata sehingga kini terdapat empat tahanan ISA yang sudah melebihi enam tahun yang masih ditahan di Kamunting, termasuk suaminya, Mohd Sah Satray.

Beliau yang digelar sesetengah pihak sebagai 'wanita besi', berkata beliau tidak akan berhenti berjuang dan mendidik rakyat berkenaan kezaliman ISA yang seharusnya sudah dikuburkan.

Comments (4)Add Comment
...
written by DreamLady, December 19, 2008 09:09:00
Harakah, there is no word to describe how grateful all Malaysians are for the financial help you rendered to the families of ISA victims. Rebuan Terima kasih kapada Harakah dan penderma-penderma!

At the same time it makes me wonder where are our Muslim politicians who preach heavens and hell but fail to show any mercy or compassion for those victims who are the preys of UMNO's jungle law. The politicians and their families squander rakyat's money to make overseas trips, not an inkling of concern for those who are rotting in the cells without fair trials. Are they not afraid that God might punish them like the way He punished the late Zakaria who died a tragic death by hanging himself in the room?

Sedarlah sekit sebelum terlambat!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by CPY, December 19, 2008 09:32:31
Wah RM40 ribu bagi PAS adalah jumlah yg besar! Mangsa ISA perlukan pertolongan & keADILan!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Jit Dharma, December 19, 2008 11:49:09
Syabas Harakah serta pembaca yang menderma dengan semangat masyarakat enyayang.Dalam keadaan ekonomi yang tak tentu, diharap penderma akan terus menyumbang.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by AUTAR, December 19, 2008 16:50:49
Tolong robohkan rumah Zakaria Mat Derus dan jual semua asetnya yang ada, lepas tu wangnya buatlah amal dan bantu pada orang miskin tegar. Tiada salahnya dalam islam merampas hak itu kerana hasil itu pun datangnya dari bukan yang halal.
report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM