A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Berbanding BN, Pakatan Rakyat cemerlang di 5 negeri

Berbanding BN, Pakatan Rakyat cemerlang di 5 negeri PDF Print
Posted by admin   
Friday, 19 December 2008 08:48

(Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan membuktikan prestasi yang lebih baik selepas menunjukkan kecemerlangannya selama sembilan bulan bermula pilihan raya 8 Mac lalu.

Katanya, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional.

Malah, katanya diakui pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jauh lebih baik berbanding semasa dikuasai Barisan Nasional (BN) dulu.

"Bila kita dapat perintah lima negeri, walaupun kita buat sekadar yang termampu, tetapi prestasinya jauh lebih baik dengan apa yang dilakukan BN sebelum ini.

"Ini diakui para bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek," katanya ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Lenggong di sini baru-baru ini.

Turut menyampaikan ceramah di depan lebih 2,000 pendengar itu ialah Wakil kerajaan negeri Perak yang juga Exco Dewan Pemuda PAS (DPP) negeri, Mohd Tee Wai Tiang Abdullah dan Ketua DPP Perak, Ustaz Mohd Nor Azli Musa.

Hadir sama Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering, Ustaz Shukri Ahmad, Penyelia DUN Kota Tampan, Haji Hamzah Mat Zain dan pimpinan DAP Lenggong.

Mohamad berkata, walaupun pelbagai pembaharuan bertepatan dengan konsep 'Negeri Berkebajikan' dilaksanakan oleh kerajaan lima negeri berkenaan, masih banyak perubahan yang perlu dilakukan.

Katanya, rakyat sentiasa menunggu pembaharuan-pembaharuan seterusnya yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan semua itu perlu dilaksanakan oleh semua peringkat pimpinan lima negeri terbabit.

Menyentuh mengenai keadaan kucar-kacir dalam BN serta pemilihan kepimpinan dalam Umno sekarang ini, beliau mengingatkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PAS di seluruh negara supaya tidak bergantung kepada kelemahan orang lain.

Sebaliknya, beliau bimbang sekiranya Umno yang menjadi tonggak kepada BN, yang sekali lagi menggunakan isu perkauman sebagai taktik mengatasi kelemahannya akan pulih semula selepas ini.

"Saya takut mereka akan pulih semula, oleh itu isu perkauman yang mereka mainkan sekarang ini jangan sampai sekali lagi memerangkap kita," katanya yang turut menjadi mangsa Operasi Lalang akibat mainan isu perkauman oleh Umno dan komponen BN lain pada 1987 lalu.

Mohamad berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat dan PAS khususnya perlu mainkan isu yang akan terus menjadi relevan pada masa akan datang, iaitu isu rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan hak asasi manusia.

Isu ISA, katanya adalah antara isu yang semakin hangat diperkatakan termasuk oleh beberapa komponen BN sendiri, malah masyarakat Cina paling marah dengan akta zalim itu.

Beliau seterusnya menyeru rakyat menyertai perhimpunan paling aman yang akan diadakan pada Mac tahun depan dalam usaha mendesak kerajaan BN menghapuskan terus ISA.

Comments (9)Add Comment
...
written by CPY, December 19, 2008 09:06:40
Mat Sabu, sila sapu BN keluar KT OK!
PR memang cemerlang kerana beberapa faktor:
1) Akhbar ProBN akan 'menanagkap' kesalahan PR
2) PDRM & beberapa institusi kerajaan proBN akan cuba tangkap pemimpin PR
3) BN akan kasi negeri PR susah dlm segi kewangan. Jadi, tiada ruang untuk 'masuk poket' bagi PR

Kesimpulanya, Kerajaan PR mempunyai kepercayaan Tuhan & rakyat utk memerintah negara. Adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia utk menentang kerajaan zalim & korup, tetapi menyokong kerajaan yg bermoral & mesra rakyat memandangkan Malaysia merupakan negara berdemokrasi berparlimen. smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 30
...
written by asguard, December 19, 2008 09:17:06
Yes...i agreed with his statement....
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by kent chong, December 19, 2008 12:20:26
As quoted by HANNAH YEOH-DAP, PR is fresh and PR might not have full experience.BUT We dont need experince to practice CORRUPTION! as what been doin by BN for 51 years!!!!!
report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by amoker, December 19, 2008 12:43:24
Agree. Not perfect but you can see the effort and the rational policies.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Democrats, December 19, 2008 12:44:45
PR, please do not use BN as a benchmark. A herd of cows could have run any government better than BN. You need to more than just "better". You need to be many many many times better.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by DreamLady, December 19, 2008 13:44:23
The 5 PR states are managed mostly by people who have gone through life the hard way and have seen how UMNO/BN goons victimized the Malaysian population with their distorted laws. In addition they are mostly younger and more intelligent compared to the UMNO goons.

Besides, they are armed with integrity, dignity, discipline, dedication, perseverance, and unassuming attitude. With these qualities, they implement rules and orders in the states with so much fervent that obvious possitive result begins to surface for everybody to see.

Give these people the grace of another 2 years, the overwhelming outcome of their hardwork shall prevail as prosperity and harmony sweep over the states like a gentle morning breeze........
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Susanna, December 19, 2008 16:35:16
Memang benar. Saya sokong. Sungguh bertuah saya penghuni di Selangor. Keluarga adik di Perak turut bersetuju. Tak sabar-sabr tunggu untuk PR jadi gomen untuk negeri2 yang lain!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by fdqn, December 19, 2008 17:35:37
No matter which party you are from, If you are really sincere in making us a true new Malaysian generation X,there is no reason why you will fail in this coming election in KT.For a new Malaysian society.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by gotsms, December 20, 2008 12:56:42
Thank you Pakatan Rakyat. You indeed deserve the praise and our votes.

Never before in PJ the road in front of our house tarred when .not in period of near election time. FIRST TIME it is done, now. Bravo to the state government!

And now, in Ipoh, never before road behind the house is tarred. NEVER BEFORE.

It was so surprising and after so many years taken for granted by voting in BN again and again and again and again, we never thought that voting in PR could bring in such refreshing things and really touch us people in many little ways unimaginable.

We made the right choice campaigning to support for PR. Keep up the good work!

The government is US. And we are the government. BN or PR is only representatives of us. When the day comes they no longer represent the majority voice. They should be kicked a$$.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM