A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Kekuasaan polis ganti keluhuran Perlembagaan

Kekuasaan polis ganti keluhuran Perlembagaan PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 18 December 2008 16:16

Mohamed Hanipa Maidin, HARAKAH

Jika hobi boleh didefinisikan sebagai satu amal perbuatan yang berterusan yang dilakukan dengan penuh keceriaan, maka kerja menangkap dan menahan orang yang terlibat dengan perhimpunan boleh dikatakan sebagai hobi pihak polis di negara ini.

Tetapi hobi itu sendiri ada yang baik dan ada yang tidak baik. Menangkap orang yang hanya berhimpun secara aman sudah pasti adalah satu hobi yang tidak baik.

Bercakap tentang perhimpunan aman di negara ini ianya dikawal oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah hak yang asas yang dijamin oleh undang-undang tertinggi di negara ini. Secara teorinya apabila sesuatu hak itu dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan kita boleh katakan hak tersebut adalah satu hak yang amat penting.

Tidak sepertimana di England di mana Parlimen adalah kuasa yang tertinggi di negara tersebut, di negara ini Perlembagaan Persekutuan diisytiharkan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini (lihat Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan).

Tetapi itu hanya di dalam teori. Kata-kata manis sering diabadikan di dalam teori. Tetapi apa yang penting adalah perlaksanaannya secara praktikal. Dari segi praktisnya jaminan dan perlindungan hak berhimpun secara aman di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak memberi nilai apa-apa.

Benar, ianya tidak memberi nilai apa-apa. Secara praktisnya, apa yang berlaku adalah kuasa polis amat besar di dalam isu perhimpunan. Ketinggian kuasa polis (police supremacy) hakikatnya menggantikan ketinggian Perlembagaan Persekutuan (constitutional supremacy).

Bagaimana ini berlaku? Sebahagian kesalahan itu bolehlah kita kaitkan dengan penggubal Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Meskipun Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman namun penggubal Perlembagaan masih merasakan perlunya memberikan kuasa kepada Parlimen (elemen lain selain dari Perlembagaan) untuk menghadkan hak berhimpun secara aman di dalam Perlembagaan itu.

Walau apa pun niat penggubal Perlembagaan itu, apa yang pasti mereka tidak sedar apabila Parlimen dikuasai oleh parti yang sama untuk tempoh yang panjang, hak berhimpun tersebut dengan mudah dinodai oleh Parlimen itu sendiri.

Memandangkan Parlimen sering dikuasai oleh BN sejak pilihan raya umum yang pertama, ahli-ahli Parlimen BN menggunakan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan untuk menghadkan hak berhimpun tersebut. Maka digubalnya satu akta untuk tujuan tersebut iaitu Akta Polis 1967.

Seksyen 27 dimasukkan di dalam Akta Polis tersebut. Seksyen tersebut bukan sekadar menghadkan hak berhimpun tetapi sebaliknya 'membunuh' hak berhimpun itu.

Hak rakyat untuk berhimpun di mana-mana bahagian di dalam negara kini bergantung kepada belas ikhsan seorang Ketua Polis Daerah (KPD). Bayangkanlah hak berhimpun yang dijamin oleh undang-undang tertinggi di negara ini kini ditentukan oleh sekeping permit yang dikeluarkan oleh seorang KPD yang amat berkuasa dan sering menyalahguna kuasa. Fakta bahawa KPD adalah proksi BN adalah suatu yang sukar nak dipertikaikan.

Sebagai satu contoh lihat sahaja satu diskriminasi pihak polis. Perhimpunan menyokong ISA yang dianjurkan oleh badan-badan pro-Umno di Jalan Tun Razak pada 23 November tidak langsung diganggu oleh polis, jauh sekali pesertanya ditangkap. Sebaliknya perhimpunan menentang ISA anjuran Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dibuat di sebelah malam pada hari yang sama di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyaksikan ratusan kehadiran polis bertopi merah dan berakhir dengan tangkapan sembilan orang termasuk Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu atas alasan tiada permit.

Kita pun tidak pasti pada malam itu adakah rakyat berhimpun tiada permit atau hakikatnya polis yang berhimpun tiada permit!

Terdapat dua bentuk perhimpunan di dalam Akta Polis 1967. Pertamanya perhimpunan di tempat awam yang memerlukan permit polis di bawah seksyen 27 Akta Polis. Keduanya perhimpunan di premis persendirian yang tidak memerlukan permit dan ianya di kawal oleh seksyen 27A Akta Polis.

Dalam banyak keadaan, pihak KPD sering tersalah anggap bahawa Akta Polis memberikan kuasa yang amat luas kepada mereka untuk memberikan atau tidak memberikan permit. Hatta Akta Polis membenarkan perhimpunan yang diberikan permit dibatalkan permitnya tanpa sebarang alasan perlu diberikan.

Sering kali pemberian permit dinafikan di atas alasan yang diulang-ulang iaitu menjejaskan keselamatan negara sedangkan apa yang berlaku ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN! Pernah berlaku di Negeri Sembilan polis membatalkan permit kerana perhimpunan diadakan berhampiran kawasan perkuburan. Pernah juga berlaku perhimpunan yang nak di buat di Muar dan di Klang, KPD meminta tuan rumah mengemukakan geran tanah. Minta permit dah macam buat pinjaman di bank!

Sebagai peguam dan aktivis politik saya mempunyai pengalaman yang agak banyak dengan Akta Polis. Alhamdulillah, setakat ini hampir semua kes mahkamah berhubung permit dimenangi oleh PAS. Sebagai aktivis politik pula saya sendiri sudah dua kali dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Polis.

Pengalaman mengendalikan kes perhimpunan haram di bawah Akta Polis memberi keyakinan kepada saya bahawa pihak polis khususnya KPD tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan Akta ini.

pengalaman menyoal Ketua Polis Daerah

Saya pernah menyoal balas seorang KPD di Mahkamah dan bertanyakan dia perbezaan seksyen 27 dan seksyen 27A Akta Polis dan dia tidak boleh menjawab. Saya katakan kepada KPD tersebut bagaimana beliau boleh memproses permohonan permit jika beliau sendiri tidak tahu seksyen 27 dan 27A Akta Polis.

Dalam satu perbicaraan di mahkamah, saya menyoal seorang KPD tentang bentuk perhimpunan yang memerlukan permit. Dia menjawab perhimpunan yang dihadiri oleh tiga orang atau lebih. Saya pun bertanya jika saya, isteri saya dan anak saya berhimpun di rumah adakah saya perlu dapat permit?

Dia menjawab: "Oh! Perhimpunan yang perlu permit mesti dihadiri oleh empat orang."

Saya bertanya lagi: "Baiklah, jika empat orang, saya tambah satu lagi anak saya. Adakah masih perlu permit?"

KPD itu tidak dapat menjawab dan beliau ditertawakan oleh polis-polis yang ada di Mahkamah dan juga oleh tuan Majistret sendiri.

Polis mungkin berkuasa menangkap dan menahan rakyat yang tidak berdosa yang berhimpun secara aman. Tetapi apabila berada di Mahkamah saya berani mengatakan polis adalah saksi yang paling tidak berkuasa dan paling teruk apabila memberikan keterangan mereka di Mahkamah di dalam kes-kes perhimpunan haram.

Yang terbaru apabila Dr Hatta dan seorang lagi aktivis KeADILan didakwa terlibat di dalam perhimpunan haram (perhimpunan protes kenaikan harga minyak) di bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Kami sebagai peguambela dengan mudah berhujah dan berjaya meyakinkan Mahkamah bahawa pertuduhan itu tidak sah dan dakwaan ke atas Dr Hatta patut dibatalkan. Hujah kami, perhimpunan haram di bawah seksyen 143 mestilah mempunyai 5 orang ke atas dan memandangkan hanya dua orang sahaja di dakwa maka pertuduhan itu tidak sah. Mahkamah bersetuju dengan kami dan memerintahkan Dr Hatta di bebaskan tanpa dibicarakan.

Untuk pasukan polis, janganlah membuang masa mengganggu perhimpunan aman rakyat. Bukankah lebih baik tenaga dan masa anda ditumpukan kepada menangkap para penjenayah yang sebenar. Di situlah letaknya kemuliaan uniform anda!-

Comments (12)Add Comment
...
written by borneoman, December 18, 2008 16:28:18
anybody align to barisan nasioanal party are above the law e.g.PDRM,ACA,JUDICIARY ETC.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by asguard, December 18, 2008 16:33:08
Segala masalah tertimbul boleh dikesan balik kepada UMNO / BN....
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by educationist, December 18, 2008 16:48:03
Tetapi seperti penulis kata, menangkap orang yang berhimpun secara aman telah jadi hobi polis kita.
Apa lagi jika hobi itu dibayar oleh rakyat KPD mereka dapat ganjaran tambahan daripada pihak UMNOPutra yang berkuasa.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by lab76820, December 18, 2008 17:51:22
Kalau lebih 4 orang berhimpun sekali mesti ada permit? Kalau cam ni, sibuk betul polis kita ni.....sebab yang pasti setiap hari setiap waktu pasti ada perhimpunan yang melebihi 4 orang! Katakan waktu makan.......tak kiralah makan petang ke malam....senang aje nak dapat 4 orang....so, semua kena minta permit?? Restoran atau gerai tepi jalan kira tempat awam kan???
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by carribeanking7, December 18, 2008 18:01:09
Saudara Hanipa,

Ada banyak lagi akta-akta selain dari akta polis 1967 yang bercangah dengan perlembagaan persekutuan pada asasnys.
malah perlembagaan persekutuan sendiri dirogol dengan pindaan rakus kerajaan BN

Contohnya

Akta longkang dan taliair dimana majlis perbandaran tidak akan bertangungjawab atas sebarang akibat atas kelulusan projek.
Mangsa tanah runtuh bukit antarabangsa dan peguam mereka sekarang tak tahu dimana nak mendapat keadilan.

Akta pembangunan petroliam 1974- pemegang jawatan lembaga penasihat petroliam,
(Petroleum advisory council) boleh dipilih oleh Perdana menteri tanpa diperiksa oleh sesiapapun. Di sini kita lihat bagaimana kenaikan yuran bas sekolah dibincang cincang di parlimen, tapi harga petrol boleh naik 41 % dengan mendadak tanpa hujah atau debat diparlimen.

Akta percetakan- dimana ada pindaan yang membenarkan menteri dalam negeri mengharamkan apa juga cetakan atau publikasi ikut suka hati dia dan makamah tidak bolek masuk campur, jadi bukan orang sahaja boleh di ISA, malah buku pun menjadi mangsa dihukum sebelum diadili.

Akta PLKN(National service) ada peruntukan terselit yang memberi kuasa kepada kerajaan memaksa seorang sehingga berumur 35 tahun untuk dikerah, kalau masuk kelas peralihan 2 kali pun baru berumur 19 tahun, jadi apa tujuan seksyen ini ?

Akta kesihatan- ada seksyen yang memberi kuasa kepada Pengarah Kesihatan sihingga melebihi kuasa Menteri kesihatan.

Kerajaan perlu ditukar dan akta akta yang tidak adil saksama perlu digubal.

Personaly my area of interest is the Federal constitution, but after the March 8 tsunami i started browsing other acts as well, and I discovered that many acts in malaysia give certain individuals sweeping powers, like the medical profession act that gives the director general of healthmany powers some even undermining the health minister.just an example suffice to say that many akta akta or acts give to much power to certain individuals whereas in other countries the acts have check and balance and a consultative approach. clause 5 of the petroleum act provides for a petroleum advisory council, but the prime minister gets to pick whomsoever he likes, thats ridiculous! it would make sense if council member are made up of some independents.

The police act 1967 needs to be thoroughly revised, no question about it.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Fart Fart Wah, December 18, 2008 18:03:20
Kalau kita bincang tentang imej seorang polis, kita harus memikir bahawa tanggung jawab nya adalah menjamin keselematan kepada rakyat biasa. Tugas utama nya adalah untuk mengawal. melindung dan memasti rakyat adalah selalu dalam keadaan selamat, selesa, aman dan damai. Peranannya dan tanggung jawab nya boleh dikatakan hanya untuk memasti rakyat adalah selalu dijamin ini di mana jua. Rakyat boleh tuju serta merta kemana mana balai untuk perlindungan dan layanan yang boleh dipercayai..itu lah yang rakyat mahu.

Tetapi imej polis dimana mana kini telah dicemar sebagai, kaki rasuah, kaki rogol, kaki gangster, kaki pengedar dadah, kaki memberi kawalan kepada pelacuran, judi dan
menjalan business2 haram..

Dari suatu Institusi yang patut melindung rakyat ia tertukar kepada suatu Institusi yang selalu disyaki dan ditakut. Apabila polis menahan pemandu driver atau menahan sesiapa..soalan utama bukan ..mungkin.yang ditahan itu adalah pesalah..tetapi berapakah mangsa itu perlu bayar..untuk melarikan diri pada saat saat itu..supaya tidak ditindak dengan keganasan atau dilayan tanpa perasaan keperimanusiaan.
Ini lah gambar dan imej pada masa ini dimata rakyat jelata. Kita tidak boleh lagi percaya atau harap layanan yang tulus, iklas dan baik..disebaliknya ..kita selalu segan hendak pergi kebalai atau talipon untuk mendapat pembantuan untuk sesuatu.
Terpaksa..dan tiada haluan lain..baru kita pergi..dan itu pun kita sudah serah..bahawa apa akan terjadi jadi lah..

Imej polis kini...dibanding dengan kelakuan anjing..dan ..imej ini sukar di tukar..
lagi jika kita dapati polis yang ditangkap kerana berharta 20juta, 10juta atau pun 5 juta...??? Dari manakah wang sebanyak datang tiba2 sedangkan gajinya hanya beberap ribu aja???
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Bandit, December 18, 2008 18:29:29
Next time I play golf (full flight 4 persons) I must apply for police permit.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by AUTAR, December 18, 2008 19:06:40
Saya amat setuju dengan apa yang dinyatakan diatas. Kerana akta polis 1967 ni lah polis menunjukkan yang mereka (polis)amat berkuasa di malaysia ni, malah mereka(polis) ini saya berani mengatakan semuanya kaki makan rasuah, tak kira lelaki maupun perempuan.Yang pangkat kecil,makannya kecil.Yang pangkat besar, tentulah lebih besar, malah ada orang lain pula yang tolong ambilkan bahagian untuk yang berpangkatbesar ni. Pernah suatu ketika bila saya bersama mereka dan saya amati tingkahlaku mereka(polis)ini, amat sungguh memalukan.

Sila tuan tuan rujuk pada suatu ketika apa yang belaku di Sabah (Pulau Gaya), seorang pegawai dan bersama tiga anggota polis pergi untuk mendapatkan bahagian. Bila dah belaku pertumpahan darah, barulah polis mengeluarkan kenyataan yang anggotanya pergi membuat serbuan. Hanya orang bodoh sahaja yang menghantar nyawa ketempat (Pulau Gaya) seperti yang belaku sedangkan di tempat tersebut (Pulau Gaya)pendatang asingnya hanpir ke empat ribu orang. Adakah polis cukup kebal bila berhadapan seramai itu? atau sanggup pergi kerana imbuhan yang belum setimpal.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Sudahlah tu, December 18, 2008 20:43:40
anjing umno cuma tahu makan rasuah sahaja dan bodek tuan mereka supayadapat naik pangkat dan dapat pingat darjat .....
setiap hari , kita boleh nampak anjing umno ini mengejarkan motosikal dipandu pleh PATI , motokar dan lori tidak ber-sticker untuk mendapat 'lubuk' ... itulah yang paling tugas yang paling cekap yang mereka sumbangkan demi keselamatan negara.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Heaven8402, December 19, 2008 11:53:12
Woofff, woofff, wooffff!...Good boy, good boy!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Jutawan, December 20, 2008 07:21:27
PRDM (POLIS RAJA DI MALAYSIA)
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Jutawan, December 20, 2008 07:22:46
PRDM (POLIS RAJA DI MALAYSIA)
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM