A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow SEKALI LAGI - HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH

SEKALI LAGI - HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 17 December 2008 16:15

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Tiga bulan lagi Dolah akan berundur. Ini hakikat.

Cerita-cerita dongeng telah mula keluar mengatakan bahawa Dolah akan terus menjadi Perdana Menteri  Malaysia walau pun dia bukan lagi presiden gerombolan United Malays National Organisation. Ini cerita karut.
 
Dalam politik Malaysia ini terlalu banyak cerita-cerita  karut. Saya telah mengatakan bahawa penganalisa politik di Malaysia ini tidak menggunakan kelas dan asas ekonomi apabila membuat pandangan.
 
Politik ialah ekonomi. Kuasa politik  ialah kuasa ekonomi. Perebutan kuasa ialah perebutan kelas. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas melawan satu kelas yang lain.
 
Gerombolan United Malays National Organisation bersama MCA mewakili kelas komprador dan borjuis nasional. Parti politik ini wujud untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas mereka.  Dalam negara mereka berkuasa penuh. Tidak ada kumpulan yang dapat melawan kuasa ekonomi mereka.
 
Yang menjadi musuh dan boleh bersaing dengan  mereka hanyalah kaum pemodal antarabangsa. Justeru kita terbaca suara mereka menentang kemasukan WTO, IMF, Bank Dunia, FTA dan segala macam bentuk peraturan yang dipaksakan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika.  Sekali sekala akan kedengaran bunyi 'nasionalisma' dalam suara mereka terutama apabila  kuasa imperial Anglo-Amerika memaksa semua kontrek-kontrek besar wajib ditenderkan ke pasaran terbuka. Inilah sifat dan watak komprador dan borjuis nasional.
 
Parti Pas pula adalah parti yang mewakili borjuis kecil – kontrektor kecil, peniaga-peniaga kecil atau tuan empunya warong. Lihat sahaja Harakah  dan perhatikan dengan teliti apa bentuk iklan yang muncul dalam akhbar parti ini - minyak urut tenaga batin, minyak lintah, penerbangan Umrah, buah kurma dan sebagainya. Semua ini adalah bentuk perniagaan yang tidak menggangu atau bersaing dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo-Amerika.
 
DAP adalah parti Pas untuk orang Tionghua. Dari pandangan dan analisa kelas Pas dan DAP tidak banyak berbeza. Keluarkan retorik agama  dan ayat-ayat bahasa Arab maka kita akan memahami intipati ucapan Hadi tidak banyak bezanya dari isi ucapan Lim Kit Siang atau Karpal Singh.
 
Manakala PKR adalah parti yang mewakili satu kelas yang tidak yakin akan mendapat  perlindungan dalam Pas atau DAP. Sebahagian dari anggota PKR  gagal untuk menerbus masuk untuk menjadi  komprador dan borjuis nasional. Parti ini ingin melakukan reformasi untuk membuka jalan baru dalam hal agihan ekonomi. PKR ingin menjalankan reformasi  dalam tradisi sosial demokrat – ertinya membetulkan struktur ekonomi  yang dianggap tidak adil. Jika diagihkan secara adil mereka merasakan diri mereka juga akan mendapat peluang yang sama.
 
Semua parti-parti politik ini adalah parti politik yang dinaungi oleh falsafah ekonomi kapitalis.
 
Sesudah 8 March yang lalu, kepentingan kelas kaum komprador dan borjuis nasional  gagal di pertahankan oleh Dolah. Para kontrektor, tuan empunya syarikat ekspot/impot, tuan empunya kilang, pemilik bangunan, tukang pemungut sewa, tukang cari kontrek  dan bank-bank tempatan – merasakan bahawa Dolah tidak ada keupayaan untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka. Justeru, Dolah wajib diberhentikan.
 
Lalu kita berheboh-heboh tentang cara dan gaya Dolah hendak di ketepikan. Drama  politik ini dilihat lebih  menarik kerana ada unsur pesta-pestaan. Tetapi ini bukan intipati apa yang sedang berlaku. Pengenepian Dolah hanyalah  manifestasi dari perancangan untuk mempertahankan kuasa dan kepentingan ekonomi kelas komprador dan borjuis nasional.
 
Pembuangan Dolah  tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Melayu atau Islam. Melayu dan Islam ini hanyalah gula-gula dan warna-warna untuk mengindahkan kueh yang hendak dijual. Ekonomi kapitalis tidak ada bangsa dan agama. Ringgit, dolar dan dinar kiblatnya ialah  keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis akidahnya ialah untuk mendapat keuntungan maksima. Untung ialah rukun iman dan shahadah sistem ekonomi kapitalis.
 
Justeru cerita-cerita dongeng yang mengatakan Dolah akan terus menjadi PM  adalah penganalisaan yang salah.  Kelas kompardor dan borjuis nasional apabila terasak mereka akan merancang. Kaum pemodal  ini tidak mungkin  dengan hati terbuka akan  meninggalkan berbilion- bilion  ringgit harta kekayaan mereka.
 
Mereka akan mencari wakil-wakil yang baru untuk terus mempertahan kepentingan ekonomi mereka. Wakil yang mereka yakini pada ketika ini ialah Najib Razak. Suara dan lagu yang dinyanyikan oleh Najib cukup merdu untuk telinga mereka.
 
Najib bernyanyi untuk meneruskan projek mega. Projek mega bermakna kontrek-kontrek akan bertaburan  lagi. Najib juga memiliki rekod membeli kapal selam, kereta kebal dan jet pejuang. Najib ketika menjawat Menteri Pertahanan telah juga merancang  untuk membeli Eurokopter. Semua pembelian senjata  ini memiliki  serampang dua mata. Pertama : kaum komprador dan borjuis nasional dapat komisen. Kedua:  ketika membeli  senjata, Najib dapat juga membeli sokongan dari kuasa imperial -  tuan empunya industri persenjataan antarabngsa.
 
Memang betul ada perbezaan antara Dolah dengan Najib. Mereka mewakili kumpulan mereka sendiri. Kaum komprador dan borjuis nasional memang sentiasa berebut harta kekayaan  sesama sendiri. Berebut dan merebut adalah  hukum ekonomi kapitalis. Tetapi dalam kes Dolah, dia  tidak mendapat sokongan  yang ampuh dari kaum komprador dan borjuis nasional.
 
Dolah yang belum lama berkuasa maka  belum sempat memunculkan komprador dan  borjuis nasional yang besar, gah dan  setia. Tony Fernandes, Partick Badawi, Kalimullah, Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Badawi  adalah 'anak-anak kecil'  berbanding dengan Daim, Ananda atau Vincent Tan yang menyokong Najib.
 
Akhir-akhir ini dongeng yang Dolah  akan terus menjadi PM ini dikaitkan pula dengan bil rasuah dan bil perlantikan hakim yang sedang dibentangkan di parlimen. Dari dongeng ini kita mendengar bahawa Dolah ingin memerangkap Najib melalui bil ini. Ini karut. Orang yang berdongeng ini TIDAK membaca bil-bil ini
 
Jika bil ini diluluskan ianya akan memusatkan kuasa kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi PM. Susuk yang bertanggung jawab untuk mendakwa dalam kes rasuah masih lagi Peguam Negara. Ini cara lama yang tidak ada apa-apa perubahan. Apabila Peguam Negara dapat dirasuah maka kes tidak akan sampai ke mahkamah. Ini cerita lama macam kes Anwar Ibrahim dahulu. Dalam bil baru perlantikan  hakim pula  kata muktamad masih lagi  di tangan Perdana Menteri. Tidak ada perubahan hakiki.
 
Malah bil-bil ini akan memusatkan kuasa kepada sesiapa yang akan menjadi PM. Dalam masa terdekat ini susuk yang akan menjadi PM ialah Najib Razak. Justeru dongeng yang mengatakan Dolah hendak perangkap Najib ini adalah karut. Dari bil ini jelas kelihatan bahawa Najib akan lebih banyak mendapat kuasa.
 
Bil-bil ini adalah hadiah untuk Najib dari Dolah agar anak dan menantunya tidak  akan diganggu gugat.
 
KAMUS POLITIK:
 
Komprador - kapitalis rakyat tempatan yang menjadi ajen kaum kapitalis  antarabangsa.
 
Borjuis nasional - kapitalis rakyat  tempatan yang besar muncul dari sokongan kerajaan  yang cuba bersaing dengan kapitalis antarabangsa.

Comments (6)Add Comment
...
written by budaktapah, December 17, 2008 16:29:26
jawapan nya sudah terpapar lama, bagaimana untuk melemahkan golongan-golongan keparat ini..tanya balik pada diri sendiri mengapa Tuhan memberi kuasa, kekayaan dll kepada mereka. Jika anda menjumpai jawapan nya, maka anda akan jumpa cara untuk menewaskan golongan2 tersebut.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by educationist, December 17, 2008 16:47:29
A very blunt analysis but I believe it is an accurate one.
So, that's killing two birds with one stone.
On the surface a very noble act of wanting to carry out the reforms he had promised.
But the prawn under the stone is to safe guard his son and son-in-law interests.
Well, we are in Malaysia, aren't we?
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by tmf, December 17, 2008 17:30:33
Since when the two thousand over delegates who decide on the presidency of UMNO and therefore the premiership of this country, most being contractors themselves, need to work with MCA to get government contracts?

Remember even our beloved PM needed to dish out RM600 million worth of contracts to all the division heads to repair jalan,lampu dan longkang just before UMNO Central Delegates Meeting? Did he need to consult MCA?

MCA only benefitted by their own contractors get to finish off those long lists of uncompleted contracts originally granted to UMNO's contractors who had no technical skill nor moral responsibility nor ethical pride to carry out the contracts granted to them.

MCA is irrelevant and UMNO is corrupt to the core and all those in the game know it too well. I believe.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by asguard, December 17, 2008 20:46:02
UMNO is main idiot in every single fail dealings....
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Tornado, December 17, 2008 21:14:43
Walaupun borjuis tempatan ini mempunyai wang dan ingin mencipta lebih banyak wang, yang benar-benar ada kuasa bukanlah mereka tetapi rakyat marhaen yang makan dipinggan, minum dicawan...kais sebulan, makan sebulan.

Tetapi kurang kesedaran dari kebanyakan para marhaen ini menjadikan borjuis tempatan semakin kaya dan marhaen pula semakin papa.

Maka, sebagai pembaca Malaysia Today kita wajib war-warkan kejahatan borjuis, sedarkan marhaen untuk selamatkan tanahair tercinta...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by onnetline, December 19, 2008 21:34:51
Truly 'deformed' reforms, as someone mentioned earlier !
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM