A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Khairy, Husam, Aziz Bari dalam wacana di Balai Islam Lundang

Khairy, Husam, Aziz Bari dalam wacana di Balai Islam Lundang PDF Print
Posted by admin   
Monday, 15 December 2008 11:48

(Hrkh) - Satu debat bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dengan tajuk Transformasi Politik Malaysia akan diadakan pada 20 Disember ini di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Selain Khairy, debat berbentuk wacana tersebut membariskan Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari serta dipengerusikan Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

Program anjuran Penerangan PAS Kelantan itu dijangka akan menjadi medan isu-isu semasa membabitkan peralihan kuasa dalam Umno, negara serta isu-isu tentang perlembagaan negara.

Wacana tersebut dijangka bermula pada jam 9.00 malam dan orang ramai dijemput hadir bagi mengikutinya.

Image

Comments (3)Add Comment
...
written by AUTAR, December 15, 2008 14:51:46
Tahniah PAS, pastikan yang debat ini belaku dengan hujah yang betul dan bukan buat kenyataan seperti menteri penerangaan Rakyat nak lihat perdebatan ini sebagai teras perjuangan pemimpin.

Rakyat malaysia tak nak susah kerana yang remeh temeh dan rakyat nakkan pembaharuan serta peningkatan taraf kehidupan. Inilah juga masa yang sesuai untuk membuktikan perjuangan PAS sebenar dibawah Pakatan Rakyat(PR).
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by thinktank observer, December 15, 2008 16:05:50
Tahniah sekali lagi kepada PAS. Diharapkan perdebatan kali ini dilaksanakan degan lebih profesional, dan bukan seperti menteri penerangan sebelum ini iaitu shabery chik, sehingga berbuih mulut beliau, kerana tak mampu menangkis soalan yang diajukan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar. Diharapkan budak mentah (Khairy) ni, kalau bedebat, jangan terlalu emosi.. kerana anda sememangnya sudah lama dikenali sebagai samseng malaysia.. lebih teruk daripada along kat KL. Cheers Malaysia.. and to PR. smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by ladasiber, December 15, 2008 17:18:42
Boleh ke budak OX Ford ni berdebat dengan Datuk Husham? Lepas tu nak bicara pasal transformasi politik. Yang betulnya dia hanya tahu tranfer duit ke akaun dia saja.
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM