|
Kyveas Tunggu Apa Lagi... |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Wednesday, 10 December 2008 11:44 |
|
UGUTAN berasas Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) M Kyveas untuk keluar dari BN jika Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) tidak dilakukan pindaan mana-mana yang perlu nampaknya tidak dilayani oleh Pengerusi BN, Abdullah Ahmad Badawi. Sebaliknya Abdullah menyerahkan kepada Kyveas samaada hendak keluar BN atau tidak.
"Terserah kepada PPP jika pemimpinnya mahu berbuat demikian (meninggalkan BN)," begitulah kata Abdullah. Kata-kata itu boleh difahamkan sebagai Abdullah sudah menghalau Kyveas dari BN. Mungkin beliau tidak ada masa untuk melayan tuntutan-tuntutan begitu kerana beliau sendiri pun sudah berada di penghujung waktu. Kyveas (foto) baru-baru ini membayangkan partinya akan keluar dari BN sekiranya kerajaan tidak pinda akta berkenaan. Menurutnya ISA perlu dipinda pada tempat-tempat tertentu mengikut kesesuaiannya. Permintaan Kyveas itu lebih lunak sedikit berbanding dengan tuntutan pembangkang yang mahu akta berkenaan dihapuskan terus kerana ianya dianggap zalim dan kejam.
READ MORE HERE
|