A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kuala Terengganu: KeADILan, DAP akan beri sokongan padu pada PAS

Kuala Terengganu: KeADILan, DAP akan beri sokongan padu pada PAS PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 10 December 2008 11:21

(Hrkh) - Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari kelak.

Anwar, yang juga penasihat KeADILan, berkata Kuala Terengganu bukan merupakan kerusi yang selamat bagi mana-mana parti dan Pakatan Rakyat akan berusaha keras untuk memenangi kerusi itu.

"KeADILan dan DAP telah memutuskan untuk memberikan komitmen penuh kepada calon PAS sama ada Mohammad Sabu yang amat berpengalaman atau calon lain yang dipilih untuk bertanding di Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan harijadi ke-56 isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Yayasan Aman,Penanti semalam.

Katanya, Pakatan Rakyat yakin dapat memenangi kerusi itu yang kosong selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton pada 28 Nov.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun ini, Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi mengalahkan Mohamad Sabu dan calon Bebas Maimun Yusuf, 89, dalam pertandingan tiga penjuru.

Selain itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menggesa kerajaan persekutuan menubuhkan panel pakar bebas untuk mengkaji punca kejadian Highland Towers yang runtuh pada 1993 dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Sabtu lepas.

Comments (2)Add Comment
...
written by shamadz72, December 10, 2008 11:47:05
How i wish Yonnex can do us a favor by sponsoring to give every BN MPs a badminton racket and save us all from BN misery smilies/smiley.gif

report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Heaven8402, December 11, 2008 01:20:24
Diharap orang Terengganu akan terjaga dari lamunan and tunjukkan kepada um-no/bn bahawa Malaysia adalah negara rakyat dan BUKAN negara saudara-mara atau anak-cucu cicit um-no/bn yang tak bersih!
Saya juga setuju dgn cadangan Shamadz72, the faster the better.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM