A+ | A- | Reset
Home

PKR: Calon Parlimen K T'ganu tidak timbul soal lokal atau luar PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 09 December 2008 21:48
oleh Syukree Hussain

Kuala Terengganu, 9 Disember (MalaysiaToday) - Calon Pakatan Rakyat untuk Parlimen Kuala Terengganu yang akan ditandingi Pas untuk Pilihan Raya Kecil Januari depan tidak timbul soal orang tempatan atau luar. Perkara itu diluahkan oleh AJK PKR bahagian Kuala Terengganu, Abdul Bakar Kassim ketika ditanya berkenaan siapa yang layak bertanding di parlimen itu.

Parlimen Kuala Terengganu terpaksa diadakan pilihan raya kecil pada 17 Januari ini berikutan kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 November lalu.

Sehingga kini, Pas atau Umno belum mengumumkan calon masing-masing dan Umno dijangka mengadakan mesyuarat hari ini untuk menentukan calon mereka.

"Walaupun siapa calon Pas yang akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, PKR Kuala Terengganu terutama bahagian Ladang akan turun padang secara berhabis-habisan untuk membantu memenangkan Pakatan," kata Abu Bakar yang juga merupakan Ketua PKR Cawangan Ladang.

Menurutnya, kaedah yang digunapakai oleh Ladang pada PRU12 akan terus digunakan untuk kali ini iaitu kempen dari sebuah kedai kopi ke kedai kopi.

"Kaedah inilah yang berjaya memenangkan calon Pas di Ladang, Datuk Tengku Hassan (Tengku Omar).

"Cuma faktor kekalahan Mohamad Sabu (Naib Presiden Pas) berikutan faktor ketokohan Datuk Razali menyaksikan Pas gagal menang di Parlimen walaupun memang tiga daripada empat Dun termasuk Ladang, Batu Buruk dan Wakaf Mempelan.

Jelasnya, cuma Dun Bandar yang gagal dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR dan dimenangi MCA.

"Untuk Dun Bandar, tugas kempen akan diberi kepada DAP yang mempunyai tiga cawangan di sana," ujarnya.

Pada PRU 12 menyaksikan Parlimen Kuala Terengganu menawarkan pertandingan tiga penjuru dimana Mohamad tewas majoriti kalah kurang 600 undi sahaja.

Selain Razali, seorang calon bebas Maimum Yusuf turut mencuba nasib bertanding di kerusi tersebut, malangnya hilang wang pertaruhan.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Maimun yang hanya mendapat 685 undi tewas kepada calon BN, Datuk Razali Ismail yang memperoleh 32,562 undi manakala caIon Pas, Mohamad Sabu pula mendapat 31,934 undi.

Sementara itu, Bangunan Perhubungan PKR Terengganu yang baru dirasmikan oleh Penasihat parti baru-baru ini, terpaksa dipindahkan ke Gong Kapas berikutan masalah teknikal.

"Walau bagaimanapun, tempat baru ini lebih strategik dan lebih luas," kata Abu Bakar yang pernah ditahan selama tiga hari di lokap polis ketika bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim berdemostari Baling pada tahun 1974.
Comments (1)Add Comment
...
written by CPY, December 10, 2008 10:29:29
Tak kira kucing berwarna hitam atau putih, selagi boleh tangkap tikus, itu ialah kucing baik
Bekas Ketua Umum Penyamun Komunis, Deng Xiaoping.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM