A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kuala Terengganu: Ronnie mahu Mat Sabu kekal calon

Kuala Terengganu: Ronnie mahu Mat Sabu kekal calon PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 07 December 2008 17:04

oleh Syukree Hussain

Dungun, 7 Disember (MalaysiaToday) - Exco Selangor Ronnie Liu berharap Naib Presiden Pas Mohamad Sabu terus dipilih sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian, ketika ditanya berkenaan adakah soal calon tempatan atau tidak mempengaruhi sentimen pengundi di Kuala Terengganu.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan selepas penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 November lalu.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan 17 Januari tarikh membuang undi untuk P036 itu.

"Tidak timbul soal calon tempatan atau luar, yang penting seorang itu boleh membuat kerja.

"Sentiasa turun padang dan sedia berkhidmat dan berkorban untuk mereka yang diwakilinya," ujar Ronnie yang dihubungi oleh Malaysia Today hari ini.

Menurut beliau, jika seseorang itu calon tempatan tetapi tinggal di Kuala Lumpur atau tempat lain sehingga tiada masa untuk kawasannya, tidak berguna juga.

"Pengundi sekarang sudah bijak memilih pemimpin, sudah tiada sentimen mereka memilih berdasarkan calon tempatan atau luar," jelas Adun Pandamaran itu.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan sumbangan DAP untuk Kuala Terengganu, katanya, walaupun DAP hanya mempunyai beberapa cawangan sahaja di Terengganu, tetapi

DAP akan turun padang membantu Pakatan Rakyat merampas kerusi Parlimen itu.

"Kita akan menumpukan kepada pengundi cina terutama dalam Dun Bandar yang satu-satunya dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu," tegasnya.

Pada PRU 12 menyaksikan Parlimen Kuala Terengganu menawarkan pertandingan tiga penjuru dimana Mohamad tewas majoriti kalah kurang 600 undi sahaja.

Selain Razali, seorang calon bebas Maimum Yusuf turut mencuba nasib bertanding di kerusi tersebut, malangnya hilang wang pertaruhan.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Maimun yang hanya mendapat 685 undi tewas kepada calon BN, Datuk Razali Ismail yang memperoleh 32,562 undi manakala caIon Pas, Mohamad Sabu pula mendapat 31,934 undi.

Comments (8)Add Comment
...
written by ahmadneil, December 07, 2008 17:22:12
umno will face another crushing defeat in less than a year.The failure in Permatang Pauh cost AAB his job and another failure in Trengganu will sent Aminah's boyfriend into exile in Mongolia.
report abuse
disagree 2
agree 25
...
written by zanie, December 07, 2008 20:40:24
Mohamad Sabu adalah seorang pejuang rakyat seperti DSAI dan Lim Guan Eng serta beberapa lagi yang sanggup dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah demi perjuangan murni mereka. Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin pembangkang yang amat lantang Malah kelantangannya berhujah di parlimen menggerunkan pihak pemerintah. Beliau perlu diletakkan semla ke parlimen demi kelangsungan perjuangan dalam mempertahankan hak rakyat. Beliau mungkin pernah kalah di KT tetapi kita perlu belajar dari kesilapan dan mencari teknik dan taktik demi memenangi semula pilahanraya ini.

Muhamad Sabu adalah tokoh yang paling layak!
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by borneoman, December 07, 2008 21:00:50
pr/dap/pkr/pas must find out the reasons why bn managed to recapture trengganu from pas state govt once upon a time.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by BUTEK, December 07, 2008 21:07:15
PILIHLAH CALON YG LANTANG DI PARLIMEN CAM MAT SABU....
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Proarte, December 08, 2008 01:24:52
Mat Sabu for KT. Way to go! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Proarte, December 08, 2008 03:53:50
borneoman asked:


"pr/dap/pkr/pas must find out the reasons why bn managed to recapture trengganu from pas state govt once upon a time."

The reason is simple. Malay people are devout but not to the point of extremism. Malays do not have a Taliban mindset. What Hadi did was to impose Talibanism which was rejected by the people of Terengganu.

Another factor was UMNO using 'wang ehsan' to buy support which was denied to the State government. Religion comes second when it concerns bread and butter issues.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by CPY, December 08, 2008 09:56:34
Mat Sabu kasi Sapu Semua Syaitan BN! smilies/cool.gif smilies/cool.gif
Datuk Razali Ismail: HAHAHA! Saya menang Pilihanraya!
Mat Sabu: Saya akan kembali!(I'll be back!) smilies/cool.gif

Para penontonn, spt anda jangkakan, MS telah kembali, bukan Michael Schumacher kat F1, tapi Mat Sabu yg Sapu undi spt Michael Schumacher yg sapu kejuaraan!
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by ROBERTNGTG, December 08, 2008 10:24:48
Kuala Terengganu: Ronnie mahu Mat Sabu kekal calon

SOKONG. KEKAL DAN SAPU SEMUA UNDI. BUANG BN DALAM TONG SAMPAH.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM