A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kempen berbasikal Jerit, 16 ditahan

Kempen berbasikal Jerit, 16 ditahan PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 06 December 2008 21:54

oleh Syukree Hussain
 
Johor Bharu, 6 Disember (MalaysiaToday) - Seramai 16 orang telah ditahan di Balai Polis Skudai hari ini di sini selepas polis mengadakan sekatan jalan raya untuk menggagalkan kempen berbasikal yang dianjurkanJaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Skudai.

Jerit

Kempen yang bertujuan membawa tuntutan rakyat Malaysia kepada pihak kerajaan telah masuk hari keempat selepas dilancarkan pada 3 Disember lalu.

Sementara itu, lebih 36 orang pula tidak dibenarkan keluar dari pejabat Suaram JB dan kesemuanya kad pengenalan mereka dirampas.

Akibatnya, kempem yang bertemakan 'Rakyat Mengayuh Perubahan' itu terpaksa diteruskan di bandar seterusnya iaitu Kulai.

Menurut penganjur, walaupun Negara kita sudah merdeka genap 51 tahun ,tetapi masih kehidupan rakyat tidak selesa dengan perolehinya pendapatan tidak mencukupi, inflasi, penswastaan kemudahan asas adalah kini menghimpit kehidupan mereka.

Justeru itu, katanya, kempen basikal ini diadakan yang julung kali di seluruh Malaysia ini akan membawa 5 tuntutan rakyat Malaysia.

"Tuntutan-tuntutan tersebut ialah Gubal Akta Gaji Minima, Perumahan Selesa Untuk Rakyat, Harga barangan harus di kawal dan mampu dibeli, Pilihanraya tempatan dan Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air,hospital dan pendidikan" dipetik daripada laman web Jerit.

Kempen berbasikal ini dijangka akan berakhir di Kuala Lumpur pada 17 Januari ini, di mana peserta akan berbasikal menuju Parlimen.

Comments (1)Add Comment
...
written by CPY, December 07, 2008 13:54:30
Wahlau, berbasikal pun boleh kena tahan. Bodoh punya polis! smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM