A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Apa salah saya?

Apa salah saya? PDF Print
Posted by admin   
Friday, 05 December 2008 11:26

Zaid
Isteri saya masih ahli Umno dan belum dipecat - Zaid

Bekas menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim, yang dipecat daripada Umno Selasa lalu berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat ini, demikian menurut laporan media semalam.

'Saya tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat,' kata beliau, yang dipetik dalam laporan laman berita The Malaysian Insider.

Beliau juga mempertikaikan pemecatan mendadaknya daripada parti itu kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.

'Saya juga tidak tahu sebarang kesalahan yang saya telah lakukan. Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP atau Kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa,' katanya dalam satu sidang akhbar pagi semalam, yang dipetik laman berita Malaysiakini.

'Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan tapi itulah sikap Umno. Ia melihat provokasi dan musuh di mana-mana,' ujar beliau.

Datuk Zaid berkata, jika diberi amaran dan surat tunjuk sebab terlebih dahulu, beliau 'tidaklah terkilan sangat', tetapi beliau menekankan bahawa beliau tidak terperanjat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno itu.

Menurutnya, beliau juga tidak akan membuat sebarang rayuan di mahkamah berhubung kes pemecatannya kerana 'kalau menang pun, ia adalah kemenangan tanpa makna kerana orang sudah tidak suka'.

Bagaimanapun, Datuk Zaid berkata isterinya, Datin Shuliana Shamsuddin Alias, yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, masih menjadi ahli Umno kerana 'beliau tidak dipecat', manakala tindakan Umno memecatnya pun tidak akan mencalarkan imejnya.

Sebaliknya, pemecatan beliau daripada Umno ialah kerana Umno enggan menerima idea perubahan yang dibawanya dan bersikap 'pilih kasih', tegas beliau.

'Sedangkan ramai lagi mengkritik Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) dan mempersendakan parti, bahkan mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman, (tetapi) tiada tindakan diambil.

'Sebab mereka orang-orang besar. Mungkin ada pilih kasih. Saya pergi makan (hadiri majlis berkenaan), dipecat,' katanya.

Mengenai masa depannya pula, Datuk Zaid berkata ketika ini tumpuannya adalah kepada penubuhan Yayasan myFuture, yang bertujuan membantu generasi muda memahami kepentingan demokrasi, kedaulatan undang-undang, keburukan amalan rasuah dan pentingnya keharmonian kaum.

'Anda akan terus melihat saya dalam program pembangkang, NGO (badan bukan kerajaan) dan kalau Umno sekalipun, saya akan hadir,' katanya lagi.

Ditanya apakah beliau akan kembali semula ke Umno jika dipelawa, Datuk Zaid menjawab ringkas: 'Bukan Umno sekarang.'

Mengimbas malam pemecatan beliau, Datuk Zaid berkata beliau menerima SMS daripada seorang temannya yang menyebut 'Zaid dipecat'.

Kemudian secara berseloroh, beliau menambah: 'Orang yang jemput saya itu pun akan dipecat.'

Sebelum itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dipetik akhbar Berita Harian sebagai berkata keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Datuk Zaid adalah satu pengajaran kepada pemimpin dan ahli parti supaya tidak mengambil tindakan bertentangan dengan perjuangan dan perlembagaan parti.

Menurutnya, hukuman ke atas bekas menteri bertanggungjawab bagi ehwal undang-undang itu juga tepat dan selaras dengan dasar Umno terhadap pemimpin yang mengaibkan parti itu. - KLPOS.com

Comments (8)Add Comment
...
written by budaktapah, December 05, 2008 11:49:28
satu alasan mengapa beliau di pecat ialah kerana menghadiri jamuan makan....

ini lah dia parti katak bawah tempurung
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by Birdbrain, December 05, 2008 11:49:34
UMNO is the prosecutor and the judge. We all find you guilty, you're expelled! Just like how they use ISA for non-UMNO members. No prosecutuion, no trial. you're being ISAed! UMNO is a freak party! In Malaysia, they're bigger than the King and Sultans! The lanuns has landed. help!
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by Frankfurtguy, December 05, 2008 12:00:33
Datuk Zaid dipecat kerana dia pegang kepada pendiriannya
Beliau dipecat kerana percaya kepada "Kebenaran" and "Kehendak Rakyat Jelata"

Datuk Zaid salah kerana tidak mahu main lagu nadi UMNO
Datuk Zaid salah kerana mengutuk ISA bagi pihak rakyat jelata
Datuk Zaid salah kerana beliau tidak mahu bergaul dengan UMNO yang kotor/rasuah/gila kuasa

Tetapi TUHAN akan tahu segalanya
TUHAN akan memberi ganjaran sewajarnya kepada Datuk Zaid
Datuk Zaid akan dan terus dihormati oleh rakyat Malaysia dan intelektual luar negeri yang berpengetahuan and alim!
report abuse
disagree 1
agree 23
...
written by InEffective, December 05, 2008 12:40:43

You represent the erosion of their illegitimate methods of governance to maintian dominance and extortion of wealth over the rakyat.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by ahmadneil, December 05, 2008 13:08:53
Sent umno to hell,for that is where they belong.Yes,we can!Change is coming!
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by AUTAR, December 05, 2008 14:10:24
Zaid tak salah,cuma menjatuhkan moral Ameno dan BN di mata rakyat Malaysia je. Bila Zaid dah lakukan semua ni maka Ameno terasa tercabar, nak tarik semula malu so teruskan je la. Pak Lah pulak bodoh nak mampus, bak kata orang Pahang"BODOH LAMA BELUM HABIS, BODOH BARU DAH TAMBAH".
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by lamepug, December 05, 2008 19:58:42
abang zaid...tidak di ummno pun tak rugi. ummno tu ada apa? ramai sini tak di ummno. kita tetap semangat, bahagia.

cheers, bro.. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by SiHangChai, December 06, 2008 08:16:11
Because you are Mr Nice and MR Fair. You need to be corruptted, womaniser and coloured preference to stay.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM