A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Al-Quran sumber perundangan utama - Lim Guan Eng

Al-Quran sumber perundangan utama - Lim Guan Eng PDF Print
Posted by admin   
Friday, 05 December 2008 11:06

(Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

ImageTurut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau.

Comments (11)Add Comment
...
written by axppin, December 05, 2008 11:29:33
Absolutely correct YB KM Lim. Perhaps YB could also constantly remind the people to read and study the book instead of just 'hafal'. Only then can we achieve the kind of country that Malaysia should be. Coming from you, maybe they will listen. And eventually practice.
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by The dragonheart, December 05, 2008 12:37:53
Weldone YB,
Read to understand and be understood before one can talk about Islamic Jurisprudence.

You don't have to be a muslim to study the contents of the quran and the Hadist.

If every Non-Muslim is like you, I think UMNO have no place in Malaysia and PAS will agree almost everything with people like you.

If you want to live in the water, learn to be like a fish. Then only you can survive.

report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by GunaGanes, December 05, 2008 15:01:11
Saya setuju.. Saya nak kongsi pengalaman saya semasa saya belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Ada suatu ketika samasa saya tengah makan di kantin asrama sekolah kawan saya seorang Melayu yang beragama Islam mengejek saya kerana tak makan lembu. 1st dia tanya kenapa Orang Hindu tak makan Lembu. I just bagi tahu yang kami tak makan ia kerana ia dianggap binatang yang suci.Tetapi dia masih tidak puas dengan jawapan saya dan terus mengejek saya tanpa berhenti.Saya tidak dapat menahan rasa marah saya so saya terus marah dia balik dan menunggu di kat bilik hostel. Sebaik dia masuk ke dalam bilik i cuba pukul dia tapi saya ditahan oleh beberapa kawan saya yang berasal dari Kelantan. So I just Tell them apa yang berlaku. Apa yang mengejutkan saya ialah mereka semua marah budak yang mengejek saya dan agama saya..dan mereka berkata kat dia seorang Islam yang baik dan faham apa kah itu Islam tidak sesekali akan kutuk atau menghina ataupun menyakitkan hati orang dari agama lain. Sejak hari itu saya mula respect agama itu dan juga rakyat kelantan walaupun saya beragama Hindu. (walaupun ada orang kata orang PAS Kelantan fanatic Islam)I minta Kepada saudara yang beragama Islam kadang kala kami mendapat pandangan negatif terhadap Islam kerana orang seperti budak yang mengutuk saya. dan kepada Orang yang bukan Islam saya ingin memberitahu bahawa Agama Islam itu adalah suatu agama yang Indah hanya segelintir yang tidak memahami ajaran Islam dengan baik mambawa nama buruk kepada agama itu. Pada pandangan saya tak salah kita mengenali tentang agama lain sekurang kurang untuk pengatahuan kita baru kita boleh memahami sesama rakyat malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by MalaysianUnited, December 05, 2008 16:31:09
Now..biar orang muslim dan bukan muslim lihat..betapa seorang pemimpin bukan muslim benar2 memahami Islam dan mengambil nilai2 kebaikan untuk digunakan kedalam sistem pentadbiran.

Bagi UMNO..ia adalah satu tamparan hebat.

Begitu juga dengan SEGELINTIR non-muslim yang begitu cetek akal mengejek agama Islam sebagai pengganas dan menyamakan pendekatan Malaysia dengan negara2 yang mundur.

Bagi orang yang pernah kata 'kenapa wanita muslim tak boleh kawin 4?' dan kenyataan 'orang Islam boleh kawin lebih dari 4'..silalah rujuk kepada Lim Guan Eng selepas ini yea..

harap sikap takbur dan jumud anda telah terhakis..

Bro..buat apa nak simpan perasaan hasad dengki tuh?..
report abuse
disagree 2
agree 6
...
written by 1351, December 05, 2008 18:37:14
Bro..buat apa nak simpan perasaan hasad dengki tuh?.. MUtd

Saya rasa bukan dengki tetapi ramai yg mempersoalkan sifat 'cakap tak serupa bikin'. Raja Petra kerap memberi contoh golongan UMNO khasnya yg munafik(hypocrite). Kerap sangat golongan pencuri, penyamun, perogol dari golongan terpelihara ini langsung tak makan saman. Islam pula dijadikan senjata mengungkitkan balah tetapi hidup mereka jauh dari ajaran murni Islam.

Salam kpd semua
Casper

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Siapabohong, December 05, 2008 20:14:41
Syabas kepada semua yang hadir dalam majlis itu seperti TYT, LGE, TKM1, EXCO2 dan VIP2 dari Majlis Agama Islam PP . Ini satu 'break through' yang memberangsangkan dan memberi kesan positif dalam persepsi khasnya masyarakat bukan-Islam terhadap agama Islam. Tapi...tunggu sekejap..LGE.. ledakan bom dari gerombolan PKMB yang hipersensitif itu akan datang melayang membakar dirimu... bersedialah... Takut nanti you akan didakwa dengan kesalahan 'seditious'....
report abuse
disagree 0
agree 2
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by nsm, December 06, 2008 23:21:27
YB Lim, please keep up the good work. Thank you.

82Strongest among men in enmity to the believers wilt thou find the Jews and Pagans; and nearest among them in love to the believers wilt thou find those who say, "We are Christians": because amongst these are men devoted to learning and men who have renounced the world, and they are not arrogant.

83And when they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognise the truth: they pray: "Our Lord! we believe; write us down among the witnesses.

84"What cause can we have not to believe in Allah and the truth which has come to us, seeing that we long for our Lord to admit us to the company of the righteous?"

85And for this their prayer hath Allah rewarded them with gardens, with rivers flowing underneath,- their eternal home. Such is the recompense of those who do good.

Al Maida V- The Table Spread 82-85 Translation by Abdullah Yusuf Ali
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by deunan, December 07, 2008 06:05:39
Guan Eng should be careful not to play to the Islamic gallery. DAP is a secular party and should not enter into the world of Islamic politics. I understand DAP's desire to shed its Chinese chauvinist and anti-Muslim image but this has to be handled with great delicacy and honesty otherwise DAP could be undermined.

There are many passages in the Koran which are not relevant to current times and indeed can be considered divisive.

Guan Eng said:

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, "

Koran 5:51
'Believers, take neither Jews nor Christians for your friends. They are
friends with one another. Whoever of you seeks their friendship shall become one of their number. Allah does not guide the wrong-doers.'

Does Guan Eng believe that this passage in the Koran is consonant with DAP values? Does Guan Eng believe that passages like the above can actually bring harmony to Malaysia?


The most misleading post ever..

I am, by no means an expert but I can think. "Akal dan Fikiran"..

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543362&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar
http://en.allexperts.com/q/Islam-947/Holy-Koran-5-51.htm

An excerpt -

The correct translation of the verse in Surat Al-Maidah is: [O you who believe! Do not take Jews and Christians as your patrons. They are patrons of their own people. He among you who will turn to them for patronage is one of them. Verily Allah guides not a people unjust.] (Al-Ma'dah 5: 51)

It is obvious that Jews patronize the Jews and Christians patronize the Christians, so why not Muslims patronize Muslims and support their own people. This verse is not telling us to be against Jews or Christians, but it is telling us that we should take care of our own people and we must support each other.

In his Tafsir, (Quran exegesis) Imam Ibn Kathir has mentioned that some scholars say that this verse (i.e. the one you referred to) was revealed after the Battle of Uhud when Muslims had a set back. At that time, a Muslim from Madinah said, "I am going to live with Jews so I shall be safe in case another attack comes on Madinah." And another person said, "I am going to live with Christians so I shall be safe in case another attack comes on Madinah." So Allah revealed this verse reminding the believers that they should not seek the protection from others, but should protect each other. (See Ibn Kathir, Al-Tafsir, vol. 2, p. 6smilies/cool.gif

report abuse
disagree 0
agree 2
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by deunan, December 11, 2008 22:55:00
To Proarte

Me? Digging a hole? Just merely trying to point out that - there has been misinterpretations of the Al-Quran. Furthermore, there are people who will try to twist it's interpretations to suit them.

And exactly here we have _you_ trying to do exactly that!

I purposely put a disclaimer that I am not a 'subject matter expert' and with the links I provided, I point out that there are other opinions that warrants serious considerations - not just _your_ version of the translations.

Suggesting that I imply that Christians and Jews being unjust people is simply another example of you trying to twist words here. For your own aims? Why is that? Doesn't matter, people can deduce from it.

I should add further, a mere excerpt does seem to open myself to attacks from opportunists like you. Since you refuse to cite the contents of the links that I refer as a whole but rather the short translation and even just that short one, not even including short explanatory excerpts that I've included.

I could just put in mere links,but that does not explain why the links are there. Reposting the whole article content of the link here would unnecessarily spam the comment section here. It's a whole article! Abang Pete wouldn't like it. Next best thing is to put a short excerpts with hope those curious for more would go look-up the link contents.

Now I've pointed out your modus operandi in twisting facts for your aims, I believe, the hole being dug up here is yours and by you.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM