A+ | A- | Reset
Home

Perjalanan ke Seri Perdana PDF Print
Posted by admin   
Friday, 05 December 2008 08:55

LALUAN NAJIB SEMAKIN SUKAR

Seharusnya kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar difikirkan berhubung  kemungkinan besar Abdullah Ahmad Badawi akan terus memegang jawatan yang disandang olehnya untuk tidak menyerahkannya kepada Najib.

KAMAL AMIR MENULIS

KENYATAAN mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang berliku dan berbelok serta kian samarnya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak  untuk segera melangkah kaki ke Seri Perdana mengundang resah orang keliling calon Presiden Umno itu berhubung pelbagai kemungkinan yang bakal tercetus dalam tempoh empat bulan.

Cakap-cakap kedai kopi,sembang bual di Coffee House, gebang santai di padang golf serta bisik-bisik kalangan penjawat awam hampir keseluruhannya menjurus kepada satu konklusi, jawatan Perdana Menteri  ibarat “dekat tapi jauh serta  hampir yang belum pasti” bagi Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kesamaran serta kian sukar untuknya  berkesempatan “mengangkat sumpah” sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam begitu jelas. Lebih meyakinkan lagi apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah semakin kerap menyatakan beliau mahu melangsaikan janji pilihanraya 2004 dengan melakukan “reformasi terancang” berhubung persoalan rasuah, kebebasan badan kehakiman disamping melaksanakan sepenuhnya perubahan di persekitaran landskap politik di rumah Umno untuk lebih telus serta terhindar dari percaturan politik wang.

Kenyataan beliau sewaktu melawat Tashken bekas negara  jajahan Soviet Union tiga minggu lalu kemungkinan adanya rombakkan kabinet  menambah lagi keyakinan kalangan pemerhati politik bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal lebih lama menjadi Perdana Menteri mungkin sehingga pilihanraya umum ke 13 sekali gus menafikan adanya pelan peralihan kuasa menjelang bulan Mac seusai Umno melaksanakan musim Persidangan Agung Tahunannya.

Sementara itu kalangan pengamal undang-undang, pakar –pakar kajian politik negara ini cukup yakin tiada satupun kuasa mutlak yang boleh menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari anjung kuasa selain daripada Dewan Rakyat di Parlimen. Hakikat ini amat jelas bahawa hanya kalangan 221 orang Ahli Dewan Rakyat (bukan para Senator di Dewan Negara)  sahaja  berkemampuan menyingkirkannya dari jawatan Perdana Menteri.

Perlembagaan Negara fasa 143 begitu jelas menyatakan, hanya kepercayaan dikalangan ahli Dewan Rakyat sahaja mampu menjamin tersingkir atau tidaknya Abdullah Ahmad Badawi dari kerusi Perdana Menteri. Dalam erti kata lain soal janji mahu melakukan pelan peralihan kuasa sekadar retorika yang berkemungkinan tidak akan terjadi.

Kalangan rakyat selama ini telah dikelirukan berhubung cara naik turunnya sesaorang Perdana Menteri di mana kebanyakkan mereka digambarkan hanya Presiden Umno sahaja dijamin untuk jawatan tersebut. Mereka di yakini seandainya selesai musim persidangan agung Umno pada bulan Mac 2008 dan sebaik sahaja Najib dinobatkan jawatan Presiden Umno maka Abdullah sudah kehilangan kuasa sebagai Perdana Menteri.

Alahai.... dangkal dan dungunya pentafsir politik yang berfikiran sedemikian. Jika Abdullah Ahmad Badawi masih mahu meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, tanpa adanya sebarang usul tidak percaya di Dewan Rakyat, mustahil pelan peralihan kuasa boleh terjadi.

Seharusnya kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar difikirkan berhubung  kemungkinan besar Abdullah Ahmad Badawi akan terus memegang jawatan yang disandang olehnya untuk tidak menyerahkannya kepada Najib.

Sejarah telah membuktikan saat Tun Abdul Razak tidak mejawat jawatan Presiden Umno, beliau  terlantik sebagai Perdana Menteri. Begitu juga sewaktu musim Umno diharamkan oleh mahkamah di mana ketika itu Tun Ling Liong Sik  menerajui gabungan Barisan Nasional, namun Perdana Menteri yang memperolehi keyakinan di Dewan Rakyat ketika itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan kepada fakta tersebut disamping pelbagai persepsi yang menyelubungi batang tubuh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bolehlah diibaratkan  dirinya seperti “pengantin” yang sedang diarak dengan paluan kompang tetapi belum pasti berkesempatan untuk diakad nikah dan disandingkan sebagai raja sehari.

Mentafsir pelbagai kenyataan yang diluahkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sejak kebelakangan ini begitu meyakinkan tidak akan terjadinya pelan peralihan kuasa darinya kepada Najib. Seperti yang diungkapkan olehnya pada satu sidang akhbar bulan lalu bahawa bulan Mac bukanlah “dateline” atau tarikh noktah baginya menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib.

“Tidak semestinya saya akan berundur dari jawatan Perdana Menteri pada hujung bulan Mac. Banyak yang perlu dibereskan kalaupun saya mahu berundur bukanlah pada tarikh yang tertentu” merupakan ungkapan jelas pelan peralihan kuasa tidak akan terjadi pada  Mac 2008.

“Saya mahu mempastikan perubahan yang saya janjikan  dalam manifesto pilihanraya lalu terlaksana sepenuhnya seperti  mengujudkan Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah, Suruhanjaya Kehakiman dan lebih utama kesejahteraan rakyat terjamin” juga merupakan  kenyataan yang menjurus kepada tidakakan berlakunya peralihan kuasa menjelang bulan Mac 2008.

Terbaru  saat berkunjung ke Pantai Timur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau mahu  program pembangunan Koridor Pantai Timur dipercepatkan memberi gambaran berkemungkinan ia akan dijadikan alasan kukuh kenapa jawatan Perdana Menteri tidak akan dilepaskan olehnya dalam waktu terdekat.

Ledakan krisis ekonomi dunia yang pastinya  bakal turut mengheret negara kekancah  tidak menentu menjelang awal tahun 2009 di mana kesannya sudahpun mulai terasa juga bakal  menjadi alasan kukuh kepada Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak segera berundur  dari jawatan Perdana Menteri meskipun berkali-kali Najib menyatakan bahawa kesan tersebut mampu dikawal dan tidak akan menganggu gugat pertumbuhan ekonomi yang disifatkan olehnya cukup terancang dan terangsang.

Bertitik tolak dari situasi tersebut ternyata liku-liku perjalanan Najib ke Seri Perdana semakin suram dan sukar. Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan kemungkinan baginya mewarisi jawatan yang pernah disandang oleh bapanya teramat payah dan  cukup tidak meyakinkan.

Disamping itu seandainya Abdullah Ahmad Badawi bersedia mengundurkan diri, mampukah Najib meraih yakin dan kepercayaan dikalangan 221 ahliDewan Rakyat di mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudahpun melafazkan kenyataan sewaktu menutup kongres Parti Keadilan di Stadium Melawati minggu lalu bahawa jejak langkah menuju ke Puterajaya adalah pasti dan kian hampir.

Bancian rawak yang dilakukan dikalangan rakyat (bukan kalangan pengampu dan pembodek dalam Umno) ternyata keyakinan mereka terhadap Najib untuk dijulang sebagai Perdana Menteri adalah mustahil. Selain dari faktor tidak bersedianya Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri serta mantapnya langkah Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat, paling popular meniti dari bibir ke bibir, dari mulut kemulut  adalah faktor Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib) yang disifatkan oleh mereka banyak menyumbang rencam serba payah dan mengundang lelah dalam pendakiannya ke Seri Perdana.

Comments (4)Add Comment
...
written by ahmadneil, December 05, 2008 09:02:14
AAB have every right not to give up PM post to Najis becos he is rightfully elected by the people.This playboy cum murderer,with his name seriously tainted,must not be allowed to hold this high office.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by kkselvam, December 05, 2008 09:08:26
We just don't want Najis Pariah to become our PM! Period!!!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Birdbrain, December 05, 2008 09:15:11
Najis, the piece of shit has to clear his name in court before he's been handed the crown. Anything which comes free, doesn't last!

Be brave enough to face all the accusations in court, then I say you have balls! Right now, your balls in with the Mongolian spirit hanging around you.

Najib! Stop hiding behind the corrupted Judges!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by wartank, December 05, 2008 09:41:24
Wait.. this is another trick by chief manipulator, TDM. He is saying this to ensure that DSAI does not come up and claim the position if AAB steps down by holding an audience with the Agung and DSAI does the same. Likewise, if a 'no confidence'vote is passed in Parliament.
Mind games!
This old trickster is creating/enhancing this awareness while at the same time declare that it is for the worse.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM