A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Berhentilah serang saya - Tim. KM 1 PP

Berhentilah serang saya - Tim. KM 1 PP PDF Print
Posted by admin   
Friday, 05 December 2008 01:51

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 4 Disember - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin meminta pihak media terutama sebuah akhbar internet popular supaya berhenti menyerang beliau dengan isu tidak cekap mentadbir.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Malaysia Today berhubung kononnya seramai enam orang pengawainya meletak jawatan serentak minggu ini.

"Berita itu saya sudah nafi berkali-kali, dan akhbar tersebut hari ini sekali lagi mengasak saya dengan isu ini," ujarnya.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya yang berlaku perkara tersebut iaitu enam pengawainya termasuk setiausaha sulit dan setiausaha politik meletak jawatan.

Adun Penanti itu turut menasihati pihak media supaya menjaga etika ketika menjalankan tugas seperti membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum melaporkan sesuatu berita.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P Ramasamy menjelaskan tiada sebarang masalah dalam pertadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang termasuk hubungan kerajaan negeri dengan Mohd Fairus.

Beliau menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui di Parlimen semalam.

Comments (4)Add Comment
...
written by rajaphillips, December 05, 2008 03:14:20
Rakyat jangan lupa -inilah propaganda Umno yang bertungkus lumus dengan niat jahat fitnah dan nak menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat (PR). Harap rakyat sedar muslihat BN/Umno dan tidak mudah terperdaya
report abuse
disagree 3
agree 22
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Rozlan, December 05, 2008 10:04:13
I heard lots of complains about YB Fairuz.The complaints came from PR supporters themselves.I dont think PR own supporters made such stories,,I hope PKR will look into this matter so as no to tarnished PR govt images..
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by asguard, December 05, 2008 10:25:04
Well.. for sure UMNO is behind this kind tactic...
report abuse
disagree 2
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM